| 0 comments ]
Kawan-kawan aku dah masuk universiti. Yang tinggal sikit je yang akan ke UMP sebab kami daftar 1 Julai. Bila online, tak ada orang pun. Memang kebosanan. Tak mengapalah, mungkin sekejap sahaja perkara ini berlaku. Tetapi, ia memang amat membosankan.

Nak tonton televisyen pun tiada cerita-cerita yang menghiburkan. Semuanya bosan-bosan belaka. Ada yang telah aku tonton sehingga lima kali. Dah banyak kali dah diulangnya cerita yang sama.

Nak duduk depan komputerpun sudah bosan. Nak keluar tonton wayang pun tiada teman. Kesunyian itu tetap terasa. Sangat dirasai apabila sebelum ini comment dalam Friendster boleh diterima sehinnga 20 komment sehari, tetapi, sejak 27 Julai sehingga sekarang, tiada satu pun comment aku terima. Tagged pun sudah tiada. Apatah lagi dalam Myspace aku yang sememangnya amat jarang aktif dalam Myspace.

Apa pun, aku berharap sangat 1 Julai akan tiba untuk menutup kesunyianku. Juga menghilangkan kebosananku. Tetapi, aku tetap tidak meminati minggu orientasi, kerana ceramah yang lebih membosankan daripada tiada apa yang perlu dilakukan.

Apa-apa pun, aku berharap aku akan gembira apabila memulakan bab baru dalam hidup aku. Bab yang bertajuk kehidupan di universiti. Aku tidak tahu apa yang akan berlaku kepadaku nanti, apakah cabaran terbesar, apakah peluang kecil yang akan aku gunakan sebaiknya, dan siapakah yang akan aku temui nanti. Aku berharap aku dapat meneruskan bab ini dengan baik sebelum aku terus ke bab di alam pekerjaan.

Aku tak mahu lagi bab Matrikulasiku berulang kembali. Sejarah yang paling perit pernah aku rasai. Menyebabkan aku yang selama ini merupakan seorang yang kuat dan bermotivasi, jatuh tersungkur dan tidak dapat berlari kembali...hanya mampu merangkak menuju ke penamat.

Kali ini, aku berharap akan terus berlari ke penamat. Walaupun sekali sekala terpaksa berhenti seketika, tetapi tidak lagi perlu merangkak untuk sampai ke penamat.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.