| 0 comments ]
Hari semakin hampir. Apa yang aku mampu lakukan hanyalah... tidak melakukan apa-apa. Aku berasa sangat tertekan kerana aku tidak mampu melakukan apa-apa untuk persiapan peperiksaan akhir ini. Aku mengerti yang peperiksaan ini bukan sesuatu yang boleh dimain-mainkan.

Aku memang berazam untuk cuba membuat latihan dan rujukan. Malangnya, leherku menjadi sakit dan hampir kejang. Inilah tanda bahawa aku dalam keadaan tertekan ataupun stress. Aku hanya mampu berazam sedangkan jasadku melawan untuk duduk di hadapan buku-buku dan kertas-kertas latihan.


Aku tidak boleh melakukannya sendirian. Aku tidak boleh lakukannya di sini. Aku juga tidak boleh lakukan di rumah. Di kala aku perlukan privacy, mindaku pula memerlukan orang di sekelilingku. Di kala aku perlukan orang di sekelilingku, mindaku pula inginkan privacy.

Mengapa minda dan jasadku sering kali berselisih keinginan? Niatku pula hilang arah tujuan. Aku tidak mampu meniatkan apa-apa selain hanya reda sahaja dengan keadaan ini. Aku tidak mahu duduk diam sahaja. Aku perlu lakukan sesuatu! Aku mesti lakukan sesuatu! Malangnya aku tidak mampu melakukannya berseorang.

Aku perlu seseorng mendampingi aku, yang mampu memberi aku semangat dan kekuatan agar aku mampu melakukan sesuatu untuk kebaikan diri aku. Aku berasa kekosongan. Keluargaku sudah pun kujadikan keazaman agar berjaya. Aku mahu menjadi yang terbaik untuk adik-adikku. Aku bukanlah mahu menyaingi adikku yang sudahpun berada di Indonesia kerana dia sekarang berada di laluan yang berlainan dengan aku. Lagipun aku sudah puas bersaing dengannya sejak aku berumur 10 tahun lagi.

Aku tidak mahu sejarah matrikulasi aku kembali melingkupi aku sekali lagi. Cukup sudah aku merasai penderitaan saat itu. Itulah pertama kali aku berasakan putus asa untuk menggapai masa depan. Kini aku tidak mahu berputus asa lagi. Aku mahu ke hadapan, tetapi aku perlukan sokongan. Sokongan yang sampai ke benak hatiku untuk aku teruskan perjuangan. Bukan sekadar sokongan serpihan yang hanya mampu menyentuh juntaian romaku sahaja.

Aku perlukan sesuatu yang mampu bangunkan aku dari hati. Dari sanubariku agar aku terus menjejak dan melangkah terus maju.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.