| 2 comments ]
Hari ini 31 Disember 2008. Tahun yang banyak kisah suka dan duka bagi aku. Tahun 2008 yang aku mulakan masih lagi menuntut di Kolej MARA Kuala Nerang di bawah program Matrikulasi untuk semester kedua.


Kolej MARA Kuala Nerang

Hari-hari tahun 2008 terus aku hadapi dengan perlahan agar aku tidak terlalu terbabas dari sasaran dan azam aku pada tahun 2008.

Azam tahun 2008 aku adalah untuk meneruskan pengajian aku ke universiti di luar negara. Namun, azam itu tidak tercapai. Walaupun begitu, aku berjaya meneruskan pengajian di universiti tempatan.

Johan pertandingan multimedia.

Februari 2008 merupakan antara permulaan yang baik bagi aku. Aku telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan multimedia dalam Minggu Inovasi Sastera Ikhtisas, MiSI 2008 yang diadakan di Intekma, Shah Alam bersama-sama dengan Azri, rakan sepasukan aku dalam pertandingan tersebut.

Awal 2008 juga memberi pelbagai cabaran bagi aku, tambahan lagi semasa aku masih di Matrikulasi. Sesungguhnya aku sudah berasa sangat putus asa untuk meneruskan pelajaran aku. Tekanan yang tinggi serta kesukaran untuk aku belajar menyebabkan aku berasa sangat putus asa. Namun begitu, walaupun aku sudah berputus asa, sedikit azam aku masih lagi tersimpan di dalam hati aku untuk teruskan sahaja apa yang talah aku lakukan sebelum ini. Sudah terlalu lewat untuk berundur.

Aku meneruskan perjalanan hari-hari dalam tahun 2008 dengan sungguh perlahan dan berhati-hati.

Walaupun aku meneruskan hari-hari aku dengan perlahan, namun dalam tempoh itu aku mengenali semakin ramai orang dan mereka terus menjadi sahabat aku! Mereka adalah (Yang memulakan persahabatan pada tahun 2008 sahaja tersenarai):

1. Afifah (Kawan Wahida ASUS)
2. Afifah EMC
3. Aiman EMC
4. Ainul Amalina
5. Ameera Ajeerah
6. Azri ICT
7. Azrinda
8. Bahiyah MPP
9. Ezah
10. Fadzlin (Menjadi lebih rapat)
11. Faezah
12. Fathanah
13. Fatin Nadirah
14. Hamidah
15. Haziq
16. Husna MPP
17. Maizurah (lebih rapat)
18. Mardiah ICT
19. Mirasue
20. Nadiah
21. Nasiha
22. Razif 4.00
23. Rubiah PF
24. Salmihah
25. Syazwan MPP
26. Wahida ASUS (aku panggil gituh sebab dia ade laptop ASUS)
27. Azai
28. Geng-geng ragbi
29. Budak EMC
30. Budak ICT
31. Sebahagian budak FET
32. Hafizah (lebih rapat)
33. Raja Hanis (Lebih rapat)
34. Roomate di UMP
35. Sectionmate M05
36. Kawan baru dalam Tagged
37. Junior KMKN
38. Dan lain-lain yang mungkin tertinggal dari senarai ini...

Tak kusangka sememangnya ramai yang telah menjadi sahabat aku sejak awal tahun 2008. lebih daripada 100 orang untuk setahun! Sememangnya aku menghargai rakan-rakan yang talah aku terima dalam hidup ini.

Di Singapura bersama dengan budak ICT KMKN.

2008 juga talah 'menghantar' aku ke luar negara walaupun seketika. Aku telah pergi ke Singapura bersama-sama dengan budak ICT KMKN (terima kasih Azri sebab ajak aku). Itulah pertama kali aku menjejakkan kaki di luar tanah Persekutuan Malaysia.

Kembali ke Labuan.

Pada pertengahan tahun, aku telah kembali ke Labuan, tempat tinggal aku pada 17 tahun dahulu. Aku telah melawat rumah lama aku dan aku hanya ada sedikit memori untuk itu.

Jun 2008, aku memulakan kehidupan sebagai pelajar universiti di Universiti Malaysia Pahang. Semester pertama di sini, aku hanya bergerak pasif sahaja di sini. Aku tidak aktif dalam mana-mana aktiviti universiti.

Maisarah Mohd( Sarah) - Birmingham, UK

Firdaus Faisal (Pesa) - Canada

Pada jangka masa yang hamir sama juga, Faisal (Pesa) telah melanjutkan pelajaran ke Canada manakala Maisarah (Sarah) pula ke Birmingham. Semoga berjaya kepada mereka.

Tidak lupa juga kejadian kemalangan kereta yang telah aku alami sebanyak dua kali pada tahun ini. Aku juga terpaksa membatalkan perancangan untuk menyertai reunion di sekolah, walauun aku yang telah mengurus perancangan reunion itu.

Suka dan duka 2008 akan menjadi kenangan dalam hidup aku. Pastinya, tahun 2009 akan menjelma dengan lebih mencabar dan harus aku tempuhi dengan lebih gigih dan cekal.

Azam 2009 aku, pastinya azam yang akan membawa aku kepada kejayaan masa panjang. Aku berharap agar azam aku untuk tahun 2009 akan menjadi lebih gemilang.

2 comments:

  1. thanx sebab sudi kawan ngan aku tau! stay in touch...
    peace

    ReplyDelete
  2. oit...ak dh wat blog br..
    br nk stat..hehe..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.