Jurnal Utara



23 Januari 2009 - Aku melangkah ke pejabat JHEPA untuk mendapatkan tanda tangan Dekan. Dengan tandatangannya, tugas aku akan selesai. Sampai sahaja di pejabat JHEPA, aku terkejut. Pejabat itu seakan-akan berhantu! Cuma tinggal seorang staff sahaja di pejabat itu.

"Assalamualaikum, kak. Saya nak dapatkan tanda tangan untuk lengkapkan borang ini," sapa aku kepada staff tersebut.

"Waalaikumsalam, nak dapatkan tanda tangan Dekan ke?."


"Yalah kot."

"Erm... Dekan semuanya tak ada. Mereka semua dah ke Hotel Vistana... ada apa entah akak pun tak tau. Akak pun baru dapat notis tadi," jawab staff tersebut.

Lalu aku pulang ke bilik dengan rasa kecewa. Tugas aku masih belum selesai.

'Riiiing!!' telefon bimbitku berbunyi. Panggilan dari papa. Aku perlu ambil kereta di luar pintu masuk UMP. Lalu aku bergegas untuk mendapatkan kereta tersebut.

'Kraaappp!!!' pintu bilik aku berbunyi. Sudah lama pintu itu begitu. Setiap kali daun pintu dibuka, pasti akan berbunyi. Bunyinya boleh didengari sehingga blok sebelah!

"Ustad, jom!," jeritku kepada Ustad. Kami lalu bersiap dan mengangkat barang-barang dan beg ke kereta. Kemudian aku terus memecut ke rumah aku.

Sampai sahaja di rumah, aku terus mempelawa ustad masuk. Aku terus menyiapkan beg aku manakala Ustad pula berehat di ruang tamu. Biasalah, kalau hal berjalan jauh, tiga jam sebelum perjalanan baru aku nak mengemas. Kemudian, adalah yang lupa nak dibawa.

Jam menunjukkan sudah pukul 8.15 malam. Mama menghantar kami ke Terminal Makmur.

"Mama nak tunggu sini lah kejap."

Mama menemani kami menunggu bas yang dijadualkan bertolak pada jam 9.00 malam. Namun, bas yang ditunggu tidak kunjung tiba. Hampir sejam menunggu barulah tiba kelibat bas tersebut.

"Alah, bukan super coach ke? Ingatkan super coach!" keluh aku. Mungkin dengan bayaran tiket RM57.70 untuk ke Alor Setar tidak berbaloi bagi aku.

"Ah, biarkanlah! Nanti sampai juga"

Aku dan Ustad bertolak dari Kuantan pada jam 9.50 malam. Aku sungguh mengantuk pada malam itu. Malangnya, kesejukan melampau di dalam bas itu menyebabkan aku tidak tidur lena. Berpusing-pusing aku mencari posisi paling sesuai untuk aku lena. Namun, bukan posisi yang menjadi masalah utama. Masalahnya sekarang ialah kesejukan! Aku menggigil kesejukan.

Aku lihat Ustad di sebelah, lena dibuai mimpi tanpa gangguan. Malam itu aku harungi dengan penuh kesejukan dan kesukaran untuk tidur.

**********

24 Januari 2009 - Aku dan Ustad tiba di Alor Setar pada jam 9.00 pagi.

"Syam, Azri kata dia nak datang sini. Dia masih dalam bas lagi. Dia suruh kita tunggu."

"Dia nak datang? Bukankah dia akan tunggu kita di Butterworth petang nanti?"

"Entahlah dia, katanya nak pergi majlis perkahwinan Sir Salman."

"Oh, ok. Kita tunggu dia."

Kami menunggu Azri di perhantian bas Shahab Perdana. Aku teringat semasa pertama kali aku menjejak di Alor Setar kira-kira dua tahun lalu. Aku dihantar ke Shahab Perdana keseorangan pada jam 8.00 pagi sedangkan bas aku ke Kuantan adalah pada jam 8.00 malam. Pada masa itu, aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan untuk mengisi masa 12 jam. Aku ternampak papan tanda ke pasaraya Giant. Aku membuat keputusan untuk berjalan kaki ke sana. Namun, setelah 1/10 jarak perjalanan, aku batalkan niat aku. Aku berpatah balik ke Shahab Perdana dan membuat keputusan menginap di hotel terdekat untuk siang hari di situ.

Itu kisah lama. Sudah lama kami menunggu. Azri masih belum tiba. 'Tetetet!' bunyi telefon bimbit Ustad. Dia menerima SMS dari Azri, "Weh! Aku dah sampai la!."

From North States


"Kalau dah sampai, mana dia ni?" soal aku.

"Entah dia ni, sengal betul Azri ni," balas Ustad.

Aku menoleh ke belakang, aku nampak Azri melulu keluar dari bas.

"Nak ke mana dulu?" tanya Azri.

"Ke rumah Sir Salman kot," aku membalas.

"Ish... awal lagi lah. Biasanya lepas Zohor baru diorang start makan, kan?"

"Ar ah," jawab Ustad.

"Kalau macam tu, ok lah. Kemana kita nak pergi?" tanya aku lagi.

"Jom ke City Plaza, jalan-jalan sekejap," cadang Azri.

"Ok juga, jom!"

Di City Plaza, aku, Azri dan Ustad pergi ke pusat boling. Hanya aku dan Azri sahaja yang menggolek bola sementara Ustad hanya melihat sahaja.

***

"Pak Cik, bloeh bawa kami ke tempat ni? Berapakah tambangnya?" tanya aku kepada pemandu teksi di Shahab Perdana sambil menunjukkan alamat di dalam telefon bimbitku.

"Boleh, RM10."

Kami bergegas ke rumah Sir Salman. Sampai sahaja di sana, kami perasan yang Cikgu Solehin ada di khemah kenduri. Lalu kami menegurnya. Seketika kemudian, muncul pula Din, Alif, Sam dan seorang rakan mereka di khemah tersebut. Kami bersembang sementara menunggu pengantin perempuan tiba.

'Pin! Pin!' bunyi hon kereta menandakan pengantin perempuan sudah tiba. Perarakan masuk bermula manakala aku dan Alif bergegas untuk mengambil gambar pasangan pengantin. Perlahan-lahan kami mendekati mereka dan seterusnya masuk ke dalam rumah.

From North States


Aku mendekati mereka lalu berkata, "Madam, Sir, kami nak minta diri dululah. Kami nak ke Penang pula selepas ini."

"Oh, thanks a lot for coming," balas Madam.

"As I promised before. Semoga berbahagia. Saya nak sampaikan salam dari rakan-rakan yang tidak dapat hadir."

"Terima kasih."

Kemudian, bergeraklah kami ke Shahab Perdana. Kami menyempitkan diri seramai tujuh orang ke dalam sebuah Proton Saga Aeroback. Keadaannya sungguh sesak tetapi kami hanya bergelak tawa sahaja.

Sampai sahaja di Shahab, Aku, Azri dan Ustad terus bertolak ke Butterworth. Perjalanan hampir dua jam itu memberi peluang untuk aku melelapkan mata seketika.

From North States


***

Aku menuruni bas. Lalu terus melangkah mengekori Azri ke jeti. Aku agak teruja kerana kali terakhir aku ke Pulau Pinang adalah pada 12 tahun yang lalu. Lama sungguh aku tidak menjejak tanah Pulau Pinang.

Kami menaiki feri ke Pulau Pinang. Aku mengambil peluang untuk menikmati suasana di atas feri. Aku menangkap gambar sebanyak yang aku boleh.

From North States


Setibanya di bahagian pulau, kami terus melulu ke perhentian bas.

"Syam, kau nak pilih bas yang mana? Bas yang awal, tetapi kau kena berjalan jauh sedikit untuk sampai ke USM ataupun bas yang kena tunggu lambat sedikit, tatapi akan berhanti betul-betul di depan USM?" tanya Azri.

"Ikut kaulah. Mana satu kau suka?"

Azri mendiamkan diri. Apabila sampai di perhantian bas, dia berkata, "Cari bas 302."

From North States


Kami pun carilah bas 302 yang dimaksudkan.

"Tu dia, kat belakang sekali tu," jerit aku.

Kami terus bergegas naik dan membayar RM1.50 seorang.

Sampai sahaja di USM, kami berjumpa dengan dua orang junior kolej aku. Hafiz dan Ikhwan.

"Weh, korang! Kalau Pak Guard tanya, cakap kita baru balik dari ekspedisi," kata Azri. Kami berjalan masuk ke kolej kediaman tanpa disoal oleh pengawal keselamatan.

Bilik Azri terletak di tingkat lapan. Mujurlah ada lif. Namun, laluan di dalamnya sangat mengelirukan. Aku hampir tersesat di dalam bangunan tersebut.

Petang itu kami semua hanya berehat sahaja. Pada malamnya pula, kami makan malam di kafe yang terletak tidak jauh dari kolej kediaman. Kami juga menjemput Taha makan malam bersama.

Malam itu kami bersembang dengan gembiranya. Maklumlah, sudah lama kami tak berjumpa bersama. Tambah-tambah lagi Si Taha, yang pernah kami gelarkan roomate yang kelima semasa di KMKN.

Kami pulang lewat malam. Sudah lewat barulah kami nak mulakan perbincangan. Masuk sahaja ke bilik, aku, Azri dan Ustad terus ke laptop masing-masing. Buat kerjalah kononnya. Beberapa ketika kemudian, Hafiz dan Ikhwan masuk ke bilik.

"Hah, banyak mana dah korang buat?" tanya aku kepada mereka berdua.

"Ada lah sikit," balas Ikhwan sambil menunjukkan apa yang mereka dah lakukan.

Aku terkejut, ini bukan sedikit. Ini boleh diibaratkan seperti tidak buat apa-apa lagi! Kepalaku semakin pening. Bagaimana mahu mengajar budak-budak ini dengan masa yang singkat dan tajuk yang berat untuk dibawa.

"Scratch pun tak ada lagi... storyboard tak ada lagi... macam mana aku nak tolong?" bisik hatiku.

"Tak apalah, aku nak korang buat scratch dia dulu, kemudian buat storyboard. Nanti kerja korang jadi lebih mudah. Tapi sebelum tu, aku nak bagi beberapa tips tentang multimedia ni... ," berceramah aku seketika malam itu.

From North States


Sambil aku berceramah, Azri sedang menyiapkan model patung mayanya untuk kerja multimedia dua orang itu. Sementata itu, Ustad... hanya melakukan... entahlah. Aku pun tak pasti apa dia lakukan pada malam itu. Mungkin sekadar mendengar lagu dan burn DVD.

Jam menunjukkan sudah 12.30 pagi. Azri sudah lama tumbang di mejanya. Tak lama kemudian, aku toleh ke kanan, Ustad pun sudah tewas. Lena sungguh dia tidur. Aku pula masih lagi terjaga mahu menyelesaikan masalah budak-budak ini.

Akhirnya, aku pun tak dapat menahan lebih lama. Dengan relanya aku melabuhkan kepalaku di atas lantai lalu terlelap sambil lagu dari laptop Ustad masih dimainkan. Aku tak sedar bila pula budak dua orang itu tinggalkan bilik.

**********

25 Januari 2009 - Pagi itu aku bangun awal dan terus berjaga sehingga matahari terus memancar. Azri dan Ustad pula masih lena dibuai mimpi. Biasalah mereka tu, asal sambung tidur, mesti dilajakkan jauh masanya ke tengah hari. Aku sudah masak dengan perangai mereka.

Agak-agak jam 9 pagi, Ikhwan dan Hafiz datang ke bilik.

"Korang, nanti lewat sikit kita sambung. Nak sambung tidur kejap," kata Azri sejurus sahaja sedar mereka masuk.

"Erm... kami sebenarnya nak balik hari ini. Ada projek nak kena buat," balas Hafiz.

"Lah, ingatkan korang stay sini sehari lagi," Azri membalas.

"Tak eh. Kejap saja kami kat sini. Hari ni lah kami balik."

Dengan relanya, Aku, Azri dan Ustad membiarkan mereka pergi.

"Azri, aku tak yakinlah dengan budak dua orang tu. Tahun ni susah diorang nak menang. Kita menang dulu pun sebab pasukan lain buat tak sempurna macam kita buat. Nasib saja," keluh aku.

"Entahlah, Syam. Kita tak boleh buat apa pun."

***

Kami makan tengah hari di restoran mamak. Kami memesan nasi goreng ayam yang rasanya hanya ala kadar sahaja. Aku tidak akan memberi kredit kepada masakan itu.

"Korang rajin baca buku tak?" tanya Azri.

"Buku? Baca? Kenapanya?" aku menyoal semula.

"Yelah, baca buku. Korang slalu tak baca buku? Ustad? Syam?"

"Jarang la... ," Ustad menjawab.

"Tengok jenis buku lah," jawapan aku menyusul.

"Jom," ajak Azri.

Rupa-rupanya Azri membawa kami ke Plaza Bukit Jambul. Ustad dengan misinya mencari external hard disk manakala aku dan Azri mencari CD. Agak lama kami di sana.

From North States


Setelah aku memilih CD yang aku mahukan, aku menunggu taukeh kedai itu menyediakan CD yang aku mahukan. Aku menunggu dan menunggu.'

"Lama lagi ke?" aku bertanya.

"Kejap lagi ya," balas taukeh kedai itu sambil memberi arahan kepada pekerjanya menggunakan walkie-talkie.

15 minit menunggu, CD yang diingini masih tak kunjung tiba. Lalu Si Taukeh berkata, "You cari CD apa tadi? Boleh cari CD lain tak? CD yang you mahu sudah habis stok lah."

"Cis, Hampeh betul taukeh ni! Aku menunggu untuk benda yang tak ada. Kalau tak ada, kata saja tak ada! Buang masa betul!" rengus aku lalu meninggalkan kedai itu.

Setelah habis urusan di Bukit Jambul, Azri membawa kami ke Queensbay. Kami menonton wayang di sana. Tajuk cerita itu ialah Underworld. Cerita yang ganas untuk ditonton. Namun, aku ada misi lain di dalam panggung. Aku tidur sahaja di dalam panggung itu dengan berbantalkan beg galas kecil Nike aku. Sungguh lena aku tidur sehinggakan aku tak tahu ending cerita itu. Bunyi bising dalam panggung langsung tidak mengganggu tidur aku. Aku hanya sedar semula setelah Ustad kejutkan aku dari tidur.

Habis di panggung, kami masuk ke kedai buku. Inilah rupanya maksud Si Azri. Membaca di kedai tersebut. Namun, hari ini bukan mood aku untuk membaca.

**********

26 Januari 2009 - "Hello, ada kereta sewa tak?" Azri menelefon syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyewa kereta. Kami akan meronda-ronda di Pulau Pinang. Akulah yang bakal menjadi pemandu mereka. Azri bukannya tahu memijak kayu pemijak clutch untuk kereta manual. Dia cuma tahu memandu kereta automatik sahaja.

Kami memulakan perjalanan pada jam 4.00 petang. Terus ke Batu Ferringhi. Azri menjadi penunjuk arah aku manakala Ustad... menjadi penumpang setia di belakang.

Setelah sampai, kami melepak di tepi pantai.

From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


Di situ juga kami menikmati suasana sunset.

Selepas maghrib, kami menuju ke Gurney Plaza. Agak lewat kami tiba di situ. Banyak kedai telah tutup. Namun, kami sempat membeli donut Big Apple.

From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


Habis di Gurney Plaza, kami pulang ke USM untuk makan malam. Selepas makan malam, Azri mengajak Taha keluar. Jadi, kami ke Seagate pula selepas itu.

Kami pergi mengambil Taha. Kami sebenarnya telah berjumpa di tempat lain, tetapi adalah lebih mudah jika kami pergi ke Seagate dengan satu kenderaan sahaja. Kami mengekori Taha ke rumahnya.

"Weh, biar betul rumah Taha ni. Kita ikut dia, mula-mula rumah satu tingkat. Kemudian masuk pula ke kawasan rumah dua tingkat, tiga tingkat... semakin besar rumah ni. Mesti rumah Taha pun besar," seloroh Ustad.

Kami mengekori sahaja sehinggalah di sebuah rumah flat 18 tingkat.

"Kan betul aku cakap, rumah Taha besar! Ingatkan dua tiga tingkat sahaja. Rupa-rupanya 18 tingkat! Memang besarlah rumah kau, Taha! Hahaha... ," seloroh Ustad lagi.

Tiba sahaja di Seagate, aku sangka tempat makan itu terletak di kawasan pantai. Jadi aku teruslah ke pagar penghadang yang terus ke lautan. Pada mulanya aku tak sedar pun air laut tersebut, tetapi sejurus kemudian, barulah aku sedar. Aku hanya selangkah untuk menjunam ke dalam air.

Aku mula cuak. Aku sememangnya takut akan air. Tambah-tambah lagi jika aku tak tahu kedalamannya. Aku menggelabah seketika. Namun, aku mampu juga mengawal ketakutan aku.

From North States


Kami berada di Seagate sehingga jam 1.30 malam. Taha pula kami hantar ke rumahnya.

*********

27 Januari 2009 - Kami keluar dari USM awal pagi untuk ke jeti. Azri akan ke Alor Setar manakala aku dan Ustad akan ke Kangar. Kami berpisah di Butterworth. Selamat tinggal Pulau Pinang!

Dua jam perjalanan memberikan kami masa untuk berehat. Kami tidur sahaja semasa dalam perjalanan.

Tibanya di Kangar, aku dan Ustad mengalas perut dengan nasi lemak. Seketika kemudian, Isma tiba. Patutlah Ustad gembira sahaja. Buah hatinya menjemputnya. Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

From North States


Isma mendaftarkan kami di sebuah hotel bajet di Kangar. Cukuplah sekadar untuk bermalam. Kemudian, kami bertiga menunggu abang Fatin untuk menjemput kami ke rumah Fatin.

Sampai sahaja ke rumah Fatin, kami menjamu selera. Kami makan tengah hari dengan seleranya.

Aku bertanya kepada Ustad, "Salwa yang mana satu?"

"Tuan Pah... kenal?" balas Ustad.

"Tuan Pah yang mana pula?"

"Alah, yang kurus-kurus tinggi tu," sampuk Fatin.

"Yang bertudung labuh ke?" tanya aku lagi.

"Tak lah, biasa sahaja!" balas fatin sambil tertawa.

Lewat selepas itu, aku mengikuti Fatin dan abangnya menjemput Nasiha dan Salwa. Nasiha sudah semakin berisi. Dia kata dirinya chubby. Bagi aku, perkataan berisi adalah yang paling sesuai.

Setelah melihat Salwa, hatiku terdetik berkata, "Dandelion rupanya." Dandelion adalah nama digital bagi Salwa.

Selepas mengambil mereka, kami terus mengambil kereta sewa yang ditempah. Beberapa lama kemudian, kami memulakan perjalanan ke Gua Kelam. Fatin menjadi menunjuk arah. Aku hanya mengekori mereka sahaja.

Aku sangkakan akan sampai, namun sudah berapa kali kami berpatah balik kerana Fatin yang kami harapkan juga lupa jalan ke Gua Kelam. Dalam perjalanan itu juga, banyak dugaan telah berlaku.

Pertamanya, aku mula mengantuk. Kedua, kereta yang Fatin pandu berbunyi teruk. Mereka juga mengadu terbau bau hangit. Bila aku periksa, tiada pula bau hangit. Aku mengarahkan agar aku dan Fatin bertukar kereta.

Semasa mahu berpatah balik, aku mendapati kereta yang Fatin pandu tak bergerak langsung. Aku terus ke keretanya dan bertanya sebabnya. Dia kata, gear kereta berat.

"Berat? Macam-macamlah pula hal yang berlaku," keluh aku.

"Fatin, kau drive kereta tu lah. Biar aku drive kereta ni."

Apabila aku memandu semula kereta itu, rupa-rupanya masalah gear berat tadi hanyalah sebab enjin kereta sudah mati. Memanglah kereta tak akan bergerak kerana enjin mati. Aku pun menjadi semakin pening dengan situasi ini.

Seketika perjalanan, Fatin berhenti seketika. Aku pula baru sedar dompet dan telefon bimbit aku berada di dalam kereta yang Fatin pandu. Maka, sementara Fatin berhenti seketika, aku keluar dari kereta aku dan berjalan terus ke kereta Fatin. Tinggal selangkah sahaja lagi, tiba-tiba Fatin melulu ke depan meninggalkan aku yang terkebil-kebil melihat kereta itu pergi. Aku toleh ke belakang, aku lihat Salwa dan Isma tertawa melihat kejadian tersebut.

Dalam perjalanan itu juga aku melihat kereta Fatin beberapa kali terbabas dan ada kalanya seperti aksi drift. Aku menjadi risau dengan keadaan mereka semua di dalam kereta tersebut. Harap-haraplah tiada siapa yang cedera.

Setelah beberapa kejadian yang memeningkan dan menyeramkan, akhirnya kami sampai di Gua Kelam. Jam sudah 6.30 petang. Kami terus ke pintu masuk gua namun dihalang oleh pengawal keselamatan. Gua sudah ditutup. Kami terlewat 30 minit. Perasaan yang agak hampa tetapi kami terus bersuka ria di situ.

From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


Kemudian, kami menuju ke tasik... aku tak ingat apa nama tasik itu. Keempat-empat anak dara tu semuanya bermain dengan pengayuh (aku tak tau apa namanya... lihat sahaja di dalam gambar).

From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


Pada malamnya, kami semua ke Kuala Perlis manikmati jamuan besar kami.

From North States


From North States


Selepas makan, kami jalan-jalan seketika. Kali ini, Fatin terbabas lagi! Nyaris-nyaris melanggar pokok!

"Isy budak ni, aku yang mengantuk, dia yang terbabas? Bahaya betullah budak ni!" terdetik dalam hatiku berkata. Nasib baik semuanya baik sahaja. Tiada kemalangan berlaku.

Kemudian, kami berhenti seketika di sebuah tempat yang aku sudah lupa namanya. Ini adalah cadangan aku. Langit pada malam itu sungguh indah. Bintang-bintang jelas kelihatan. Asalnya aku ingin membawa mereka tempat yang sangat gelap agar bintang dapat dilihat dengan lebih jelas, tetapi aku juga beringat bahawa aku membawa anak dara orang. Jadi aku memilih lokasi yang masih ada sumber cahaya dari kilang yang berdekatan.

Sudah lama aku tidak melihat bintang sebegitu. Aku di Kuantan agak sukar untuk melihat bintang kerana bandar Kuantan agak terang dengan lampu pada waktu malam.

From North States


From North States


Semasa pulang ke hotel, Fatin sekali lagi nyaris melanggar pembonceng motosikal. Kali ini, bukan salah Fatin. Mujurlah Fatin sempat memberek. Aku pula mula terlena semasa memandu. Aku cuba bertahan untuk sampai ke hotel. Akhirnya selamat juga sampai. Malam itu aku tidur dengan sungguh lena.

**********

28 Januari 2009 - Kami ke rumah Ustazah Siti Amrina. Ustazah baru sahaja melahirkan anak lelaki yang diberi nama Amar Fathullah jika tak silap.

Kaum perempuan seperti biasa memasak di dapur manakala aku menjadi pengasuh kepada Ain dan Ustad menjaga Amar.

From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


Jam 2.00 petang, kami tiba di Kangar. Mencari-cari bas ke Alor Setar. Malangnya tiada bas ke Alor Setar mlainkan bas ke Ipoh. Namun begitu, kami bertanya adakah bas tersebut berhenti di Alor Setar. Asalnya tidak, tetapi dengan kemurahan hati pemandu bas tersebut, dia sanggup singgah di Shahab Perdana untuk kami. Terima kasih En. Pemandu Bas! Aku sudah tidak risau lagi dengan keadaanku yang sudah penat ini kerana hal pergerakan aku, sudah aku serahkan kepada pemandu bas.

From North States


From North States


Kami tiba di Shahab Perdana kira-kira jam 3.30 petang. Kami mencari-cari bas ke Kuala Nerang tetapi tiada bas ke sana buat masa ini dan hanya ada pada jam 4.00 petang bagi bas HBR dan 4.30 petang bagi Mara Liner.

Kami berbincang dan membuat keputusan menaiki teksi ke Kolej MARA Kuala Nerang walaupun tambang teksi sudah meningkat sejak kami tinggalkan KMKN dulu.

Setelah sampai, pakcik pemandu teksi bertanyakan bila kami akan kembali ke Alor Setar kerana dia akan menunggu kami. Pucuk dicita, ulam mendatang. Kami terima sahaja pelawaan pakcik tersebut. Tambahan pula, tambang ke Alor Setar diberi diskaun RM5.

Di KMKN, kami berbual-bual dengan Cikgu Farehan (Kak Ann) dan Cikgu Razif. Kami tiba agak lewat di KMKN. Banyak cikgu sudah pulang ke rumah masing-masing. Namun begitu, dapat singgah di KMKN sudah cukup bagi aku.

From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


From North States


Petang itu kami berehat di rumah Salwa sementara menunggu bas. Rupa-rupanya rumah Salwa dekat sangat dengan Shahab Perdana.

Tiba-tiba, Nasiha teringat akan begnya. Begnya tertinggal di dalam teksi. Mulalah dia risau. Nasib baiklah dia ada nombor telefon pakcik pemandu teksi tu. Masalahnya hampir selesai.

Hampir jam 8.00 malam. Bas aku dan Ustad ke Kuantan hampir bertolak. Begitu juga bas Nasiha ke Butterworth. Nasiha terus bergegas ke basnya. Aku dan Ustad juga ke bas kami. Bas bertolak ke Kuantan pada 8.05 malam.

**********

29 Januari 2009 - Seperti biasa, azab aku di dalam bas semasa ke Alor Setar dari Kuantan berulang di dalam bas dari Alor Setar ke Kuantan. Aku tidak dapat tidur dengan lena. Kerusinya tidak selesa bagiku dan aku juga kesejukan. Aku sungguh cemburu melihat Ustad dan penumpang-penumpang lain yang lena dibuai mimpi tanpa masalah. Azab itu aku tahan sehinggalah sampai di Kuantan.

Semasa tiba di Kuantan, aku sangkakan bas akan melalui jalan by pass, tetapi bas terus menggunakan jalan besar. Sudah lama aku tak melalui jalan utama di antara kawasan by pass ke simpang masjid Paya Besar. Biasanya, aku menggunakan jalan by pass untuk pulang ke rumah. Aku tidak beberapa ingat apakah mercu tanda yang boleh aku rujuk menunjukkan aku semakin hampir ke simpang masjit Paya Besar. Yang aku ingat hanyalah kedai membuat batu nesan. Aku akan berhenti di simpang masjid Paya Besar itu. Nasib baik lampu isyarat pada masa itu merah. Bolehlah aku minta agar diturunkan di perhentian bas selepas lampu isyarat tersebut.

From North States


From North States


From North States


Aku menunggu papa mengambilku di situ. Jam menunjukkan jam 5.30 pagi. Akhirnya, aku sampai juga di rumah. Lalu aku hantar SMS kepada Nasiha dan Salwa.

Aku akan ingat percutian ini. Entah bila lagi akan aku ke negeri utara Semenanjung. Kenangan yang bercampur aduk ini akan aku ingat. Selamat tinggal Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Jumpa lagi di lain masa.

Aku akan menunggu Salwa dan Nasiha datang ke Kuantan. Aku akan bawa mereka berjalan-jalan di Kuantan. Aku tak akan kemana-mana. Melainkan keluargaku akan berpindah ke tempat lain kelak.

Klik gambar ini untuk terus ke album penuh North States, album percutian aku ke utara.
North States


Watak yang terdapat dalam Jurnal ini adalah benar ketika kejadian berlaku. Watak-watak tersebut adalah diceritakan dari sudut pandangan 'aku' dalam jurnal ini. Sebalik dari pandangan aku adalah tidak diketahui kejadiannya. Watak-watak yang terdapat dalam jurnal ini ialah:
1. Aku
2. Ustad
3. Azri
4. Nasiha
5. Salwa
6. Fatin
7. Isma
8. Mama
9. Papa
10. Abang Fatin
11. Ustazah Amrina
12. Pemandu teksi
13. Pemandu bas
14. Taha
15. Ikhwan
16. Hafiz
17. Din
18. Alif
19. Sam
20. Sir Salman
21. Madam Madiana
22. Cikgu Solihin
23. Kak Ann
24. Cikgu Razif
25. Watak sampingan lain

Lokasi penceritaan ini berdasarkan kejadian dalam empat buah negeri iaitu:
1. Kedah
2. Pulau Pinang
3. Perlis
4. Pahang

Cerita ini adalah benar berdasarkan kejadian yang dialami oleh 'aku'. Sedikit olahan dan ringkasan cerita dilakukan untuk menjadikan jurnal ini lebih ringkas dan menarik untuk disiarkan kepada pembaca.



Post a Comment

7 Comments

  1. aduh.....memang lengkap r citer ni...complete set.....xda satu pon yang tercicir....ahak2....erm, tapi, x da citer pon korang kene cekik darah makan nasi kandar, pastuh ustaz silap masuk pendrive kat laptop dier, pastuh aku tertido dikala mereka menjamu selera di seagate.....ahaks2.....xper syam, nanti kalo aku datang kuantan, ko ajak aku jalan2 plak eh??? (bukan aku kat kuantan ker??? hehe)

    ReplyDelete
  2. r ah...aku lupe lak plot tuh...hahaha...
    xpe...
    yg tuh aku anta citer kat komen nih ajer...

    plot 1: Ustad salah masuk pendrive (25 Januari sebelum Ikhwan dan Hafiz tinggalkan bilik)

    Ceriteranya bermula apabila Ikhwan mintak file dari Ustad. Diberinya pendrive yang kecil dan halus yf bentuknya seakan-akan memory card. Ustad dengan yakinnya meletakkan pendrive comel tersebut ke lubang memory card.

    Lalu ditanyakan kepadaku, "Syam, kenape tak boleh baca ni?"

    "Jap, aku tengok... laa... inikan pendrive, yang kau masuk pendrive ke lubang memory card kenapa? Sengal la kau ni," respon aku sambil ketawa.

    Lalu aku dan Ustad mencari jalan untuk mengeluarkan pendrive tersebut. Ustad mendapat idea dengan menggunakan safety pin yang ada di atas lantai.

    Pada asalnya aku tidak yakin, tetapi dengan usaha gigih Ustad, berjayalah dia mengeluarkan pendrive tersebut.

    "Ustad, lain kali tengok dulu ape yang kau letak... haha," ingat aku kepada Ustad.

    Plot 2: Azri tertidur di Seagate (26 Januari sebelum menghantar Taha balik)

    Sedang kami seronok berbual, Azri bermain-main dengan kamera digitalku. Kamere Taha juga tidak terlepas dari permainannya. Seronok sangat dia menangkap gambar kami.

    Seketika kemudian, kami masih lagi berborak. Dilihat azri semakin membaring di kerusinya.

    "Eh, tadi dia yang galak sangat nak ajak Taha keluar. Sekarang, dia yang tumbang dulu!" aku mula berkata-kata.

    "Entah, dia ni. Tadi dia yang galak sangat!" respon Taha.

    Tidak sampai dua minit, kepala Azri sudahpun mencecah meja makan. Sah, sudah tidur Si Azri itu.

    Beberapa ketika selepas itu, barulah kami berangkat pulang.

    ReplyDelete
  3. pergh! pjg tol post nie..
    mmg penat nk bc..
    pape pon, manis senyumnnyer
    si gadis berbaju belang2 purple puteh tue.. =p

    ReplyDelete
  4. seha?????? manis???? UWEKKKKKKKK

    ReplyDelete
  5. >> Adeq Abang - Sonok gak...hehe...bkn slalu...

    >> Meor - Heheh...mmg panjang...kering idea aku nak menaip...

    >> Azri - Aku xcakap...aku berkecuali...

    >> mirasue - don't be jeles...lain kali ada2kan diri di utara semasa aku ke sana...hahaha...janji movie marathon lom tercapai ag nih...hahaha

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)