| 2 comments ]
(English article is included after this article)

Mungkin kedengaran janggal apabila aku meraikan 'sambutan' penghataran post aku yang ke-100 dalam blog ini. Namun begitu, itulah yang sedang berlaku sekarang. Post yang anda baca sekarang ini adalah post yang ke-100 sejak aku memulakan aktiviti blogging ini sejak pertengahan tahun lepas (menggunakan server blogger.com).

'Karier' blogging aku bermula hanya setelah aku merasakan aku memerlukan satu medium untuk aku meluahkan segala yang terbuku di hati tanpa menjengkelkan orang lain di sekelilingku.


Aku telah ketengahkan beberapa jenis posting ke dalam blog aku. Antaranya adalah My Life (hidupku), Student Life (kehidupan pelajar), Politik, Info dan lain-lain. Sesetengah post adalah diambil daripada beberapa sumber luar (telah dikreditkan dalam post yang sama) yang dirasakan perlu untuk aku sebarkan kepada semua orang.

Aku telah menerima beberapa kritikan dan pujian serta beberapa teguran membina dari rakan-rakan yang sentiasa membantu aku untuk menambah baik kualiti blog aku. Antara kritikan yang aku terima adalah aku menggunakan bahasa Melayu 'skema' dalam penulisan blog aku. Bukanlah bermakna aku ini seorang jenis yang 'skema', namun bahasa Melayu yang aku gunakan adalah bahasa Melayu standard dan aku mengelak untuk menggunakan bahasa Melayu pasar, kependekan-kependekan (singkatan) serta campuran bahasa (bahasa Rojak) seperti yang biasa digunakan oleh blogger-blogger yang lain. Ini adalah antara cara terbaik yang boleh aku lakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu di muka dunia.

Dalam penggunaan bahasa Inggeris (English language), aku cuba untuk menghantar post dengan penggunaan bahasa Inggeris untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris aku. Bahasa Inggeris yang aku gunakan di sini adalah UK English dan seboleh-bolehnya mengelak dari menggunakan US English. Namun begitu, aku juga mendapati bahawa syarikat Microsoft telah mengiktiraf Malaysian English dalam perisian komputer keluarannya. Aku akan mengkaji tentang Malaysian English dan berharap dapat menggunakan Malaysian English untuk memartabatkan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia. Namun, buat masa kini, aku hanya menggunakan UK English yang standard. Aku juga menerima teguran dalam penggunaan bahasa Inggerisku jika terdapat kesalahan tatabahasa bahasa Inggeris dalam mana-mana post yang telah disiarkan.

100 post telah berlalu, pelbagai perubahan dan peningkatan telah dilakukan terhadap blog aku. Aku tetap akan berusaha untuk menjadikan blog aku sebagai satu sumber informasi terbaik untuk disajikan kepada pelawat-pelawat blog aku. Semoga impian ini akan menjadi kenyataan pada suatu masa nanti.

[p/s: Penggunaan perkataan 'post', 'posting', 'blogging' dan 'blogger' masih belum diterima oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk digunakan sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu, namun perkataan-perkataan ini telah diterima pakai oleh juru bahasa-juru bahasa dan pakar bahasa Melayu tempatan untuk mengaitkan dengan aktiviti menghantar blog. Diharap penggunaan perkataan-perkataan ini tidak menimbulkan sebarang prejudis terhadap penggunaan bahasa Melayu aku.]

----------

Celebrating the 100th post!

It might sounds weird when I am celebrating my 100th post in my blog, but it is really happen now. This post that you are reading now is my 100th post since I started to blog in middle last year (using blogspot.com server).

My blogging 'career' started when I thought that I need a medium to tell everyone about what I am thinking about without irritating people around me.

I already published vary types of posts in my blog such as My Life, Student Life, Info, Politics and so on. Some of the posts are picked from vary sources (that are credited in the same post) that I think they are important to be published to people.

I received some critics, praises and advices from friends who are willing to improve my blog quality. Some of the critism that I recieved was that I am using schemed Malay language. This is not show that I am a nerd person, but I am using standard Malay language and avoiding to use non-standard Malay language, the shirt forms and mixed language (mixing Malay language with other languages) as used by other bloggers. This is the best way to promote Malay language to the world.

For English language, I use English to improve my skills in English language. English language that I am using now is UK English and I am trying to avoid US English in my posts. Nevertheless, I found that Microsoft acknowledge Malaysian English in some of their software. I am studying the usage of Malaysian English and I am looking foward to use it soon. For now, I am just using standard UK English in my posts.

100 posts away, there were so many changes and improvements taken for my blog. I am trying to make my blog as the best information sources that is published for my viewers. Hope that this dream will come true soon.

----------

Terima kasih kepada pengikut-pengikut blog ini yang setia mengikuti perkembangan blog ini dari masa ke masa. Terima kasih atas segala sokongan dan panduan yang diberikan serta komen dan respon terhadap post dari aku. Nama-nama di bawah adalah nama-nama yang dikreditkan dalam post ini kerana setia menjadi pengikut dan menyokong blog ini.

Thanks to the followers of this blog who are devoted to this blog. Thanks for your supports and instructions, and all comments and responses sent about my posts. Names listed below are names who are credited in this post because of being the follower of this blog and support this blog.


2 comments:

  1. he3!congrats..teruskan kerjaya bloging nie...
    i think blog can help a lot in improving reading n writing skills..

    ReplyDelete
  2. First of all, congratulations on your 100th blog. I will always give my support on your blog. It's great that you write your blogs in both English and Malay, including this one above. Keep up the good job! Anyway, thanks for including my name in your list. Ganbatte kudasai!!! [Good luck!!!]

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.