| 0 comments ]

Salam perpaduan semua. Selama 51 negara kita telah mencapai kemerdekaan. Pelbagai cabaran dan rintangan telah ditempuh oleh generasi-generasi terdahulu untuk mengekalkan keamanan negara kita. Keamanan negara kita, Malaysia sudah menadi kebanggan kepada negara-negara Islam, APEC, Commonwealth, dan lain-lain malah telah dihormati dalam UN, UNESCO, WHO, dan lain-lain.


Namun begitu, dengan kebanggan dan penghormatan yang kita terima, apakah ini menunjukkan kita hanya perlu duduk diam dengan segala kebanggaan yang kita ada?

Baru-baru ini, aku telah menerima satu link ke sebuah blog yang terang-terangan menghina Malaysia. Anda boleh mengakses ke laman tersebut di sini.

Anda lihat, pandang, dan bacalah apa yang mereka perlekehkan tentang kita. Aku di sini bukanlah mahu mencetuskan lagi perbalahan, namun sekadar mengambil iktibar dengan apa yang sedang berlaku.

Apakah yang akan anda lakukan? Apakah anda hanya melihat dan membiarkan sahaja keaiban yang kita terima? Apakah anda akan melatah dan menghina mereka semula? Fikir-fikirkanlah.

Ingatlah firman Allah:

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
(Ali Imran: 103)

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.