Hari pertama yang sungguh mencabar

Hari ini hari pertama aku menyambung pengajian aku selepas Tahun Baru Cina (CNY). Walaupun bercuti, aku tak makan banyak limau mandarin kerana aku merantau di negeri orang (sila lihat post Jurnal Utara).

Aku bukanlah mahu menceritakan lagi hal cuti aku, cuma mahu menceritakan hari akademik pertama selepas CNY.

Aku secara relatifnya sihat sejahtera, tetapi, secara statistiknya tak. Sejak seminggu lalu aku telah mengalami perubahan senario penyakit.


Pertamanya, aku menghidap demam beberapa hari sebelum cuti CNY. Keudian, sejurus sahaja hampir sembuh dari demam, aku dijangkiti selesema dan selesema ini masih berlarutan sehingga sekarang. Dalam suasana selesema, aku mengalami batuk-batuk tanpa kahak di samping mulutku mengalami tiga luka (ulser).

Semakin lama, aku berhadapan dengan tonsil dan menyebabkan aku hampir tidak mampu menelan makanan dan minuman. Aku juga hampir tidak mampu mengeluarkan suara. Namun, aku bersyukur kerana tonsil tersebut tidak terlalu serius dan aku sembuh secara perlahan-lahan.

Setelah tonsil beransur hilang, batuk kembali. Bezanya, batuk kali ini adalah batuk berkahak. Batuk ini berlaku di kala aku menghidap selesema dan lebih serius berbanding dahulu.

tiga hari lalu, aku perasan yang jari jemari aku semakin membengkak dan menjadi gemuk berbanding normal. Genggaman aku pada masa itu juga amat lemah. Namun begitu, masalah jari ini hanya berlarutan selama dua hari.

Ubat-ubatan aku.

Sesudah sahaja jari aku sembuh, aku mengalami gatal-gatal seluruh badan dan aku mendapati, bintik-bintik merah muncul di seluruh badan aku. Masalah ini menjadi semakin serius dan rasa sakit pada kulit akan datang pada waktu-waktu tertentu dan menyebabkan aku berasa tidak selesa. Perasaan menahan sakit pedih semasa 'serangan' sakit tersebut, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kadang kala menyebabkan aku rasa hampir kejang menahan sakitnya.

Walau apa pun yang sedang berlaku kepadaku, aku harus sentiasa menjaga kesihatanku. Aku akan terus bertahan dan walau teruk mana pun sakitnya, aku tidak akan beralah.

Aku masih ingat kata-kata ingatan dari rakanku, penyakit itu menghapuskan dosa.

Post a Comment

0 Comments