| 2 comments ]
1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana dia tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.


3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu
dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih
berupaya untuk berjalan.

10. Utuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut....

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

2 comments:

  1. jgn merungut bila mak kita membebel...itu bermakna kita masih ada ibu tersayang...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.