| 17 comments ]



Kombinasi tiga gambar di atas menceritakan serba sedikit kejadian yang telah berlaku di bengkel FKM.

Kejadian ini berlaku semasa mengendalikan milling machine. Kejadian bermula apabila tapper yang dah rosak mata cutternya tidak dapat dikeluarkan dari spindle. Walaupun pelbagai usaha dilakukan, namun cutter tersebut masih lagi tidak dapat ditanggalkan. Dalam operasi menanggalkan tapper dari spindle tersebut, tangan kanan aku memegang tapper manakala tangan kiri menekan butang out untuk menanggalkan tapper.

Setelah sekian lama mencuba, Fadilah membantu dengan mengetuk sedikit tapper dengan harapan tapper akan longar. Sesungguhnya ia memang terus longgar dan tangan aku yang sentiasa memegang tapper tak bersedia untuk menerima kejutan dari tapper yang tiba-tiba jatuh. Aku cuba menahannya dari terus jatuh dan rosak. Aku berjaya, namun malangnya mata carbide pada cutter telah memotong jariku. Matanya memakan dalam isi jariku.

Aku tidak panik ketika itu walaupun darahku mengalir deras. Aku terus membasuh lukaku. Kemudian, aku teringat akan langkah-langkah kecemasan semasa luka. Tuntas aku menekan jariku agar pengaliran keluar darah dapat diperlahankan.

Kemudian, En Razikin membantu aku melakukan rawatan awal dengan meletakkan antiseptik Dettol, ubat kuning, dan Iodin. Sempat lagi dia bergurau dengan bertanyakan sanggupkah aku menerimanya sebagai nurse pada ketika itu. Aku dengan selamba menjawab, "lantaklah."

Setelah lukaku menerima rawatan awal, aku mula merasa loya dan seperti mahu muntah. Aku cuba bertahan dengan semampu yang boleh. Sejurus kemudian, aku menjadi pitam dan hampir pengsan. Aku terus bertahan dan cuba untuk terus ceria. Darah sudah banyak mengalir keluar dan menyeramkan rakan-rakanku. Walaupun hampir pengsan, aku tak mahu menyusahkan rakan-rakanku dengan menyerah kalah dengan diri sendiri. Aku terus bertahan dan berjalan ke klinik UMP. Aku ditemani oleh Syafiq.

Jururawat pada mulanya ragu-ragu sama ada mahu menjahit jariku, namun dia memutuskan untuk menjahit jariku. Dia membekalkan beberapa peralatan merawat luka kepadaku.

Selepas menerima rawatan lanjut di klinik UMP, aku kembali ke bengkel untuk meneruskan tugas yang perlu aku selesaikan.

Aku dengan ini mengucapkan terima kasih kepada En. Razikin, Hafizah, Fadilah, Sapiah, Along, Ally, Azma, Nine, Amin, Syafiq, Ayul, Nina, Nani, dan Fatiehah serta lain-lain kerana perhatian dan bantuan yang diberikan semasa kecemasan ini. Bagi aku, luka ini cuma kecil dari bantuan dan perhatian yang aku terima.

Walaupun teruk lukanya, aku takkan menjadikan luka ini sebagai alasan untuk aku mengelak dari melakukan tangungjawab sebagai pelajar.

Fakta-fakta:
1. Aku pernah alami luka yang lebih teruk, namun inilah kali pertama aku hampir-hampir pengsan.
2. Aku berasa pelik kerana walaupun segala ubat-ubatan dikenakan kepada lukaku, namun aku tidak berasa sakit.
3. Sehingga sekarang, lukaku masih belum berhenti mengalir dan aku perlu menukar balutan jariku dengan kerap.
4. Aku bersyukur kerana berlakunya kejadian ini. Allah telah menghapuskan sebahagian dosa-dosaku. Alhamdulillah.

17 comments:

  1. sorry for that incident..unexpectable..

    ReplyDelete
  2. rse b'salah sgt..
    huhuhu..
    mcm2 perkara b'laku dlm lab hr ni.
    sbb tu ak n fdlah xtruskan kmi nye kerja.
    rse cam nk ngis pn ad.
    huhu

    ReplyDelete
  3. wah ak trut brsimpati pd kamu bro...next tyme bhati2 tau..bru jmpe kat kafe ttbe jek ptg die kmalangn....
    stay positive bro tue attitude bgus...

    ReplyDelete
  4. isk... sakit aku tengok luke ko... huh... tapi, aku tau ko strong... hehe... baru jantan cam ni beb... hehe... papepun, next time, be careful, k. take care

    ReplyDelete
  5. ngee~
    aku plak yg rase nak pitam..
    hahah~
    feel sorry 4 u..

    btw, syam..
    1st time kot komen..
    hahah.. komen ntuk gtau..
    u've been tagged..
    hee
    aimyasminx.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. aku ingat putus tadi...
    sih...gambar ko ni wat
    suspen jer...
    "hati-hati...ingatlah org
    yang tersayang....."

    ReplyDelete
  7. dasat2..ati2 len kli,lol,ko tu xkaween lg..wahahaha

    ReplyDelete
  8. Fadilah >> xpe..name pon unexpected accident kan? bukan sengaja...xde sape salah kat sini...mayb aku agak leka sekejap td...

    hafizah >> xperlu rasa bersalah...bkn korang yg bwk aku utk kecelakaan ni, tp, bnd ni dah nak berlaku...no need to feel guilty la...ok??

    anashahira >> hehe...kemalangan tak berbau kan? kalau ade bau mcm bau pizza ke, ayam ke, dah lame x pegi lab mase tuh...hehehe...anyway, yes, "positive is good"...it is my cogan kata...

    adeq abang >> huhu...thank God He gave me a lot of strength yesterday. If not, I might collapse in front of my friends. Anyway, I'll be more careful next time.

    aimy yasmin >> thanks... rasenye mcm 2 ler...lame dah contact, tp br 1st time comment...hehe...dah le 1st time, teus tag org lak...aisey...bdenyut jari aku..hahaha...

    pakDin >> xputus...nyaris ajer...huhu..aku akan sentiasa ingat yang tersayang...

    maisarah >> huhu...aku mmg kne bhati2...2 pasal la aku soh ko carikan awek UK utk aku...ada calon, leh kawen...hhehehe...

    ReplyDelete
  9. hehe...
    ak pon luka gak.
    sket jela..
    control jelita lg la..
    hehe,,,,
    tp jatuh saham sket sape tgk luka ni..
    huhu..
    fizah tu bkn stkt nk nangis..
    mmg dh nagis pon..
    sian ak tgk..lame sgt x pegang machine katekan..

    ReplyDelete
  10. eh2..mne ad nangis..
    kureng btol si nurul neh..

    ReplyDelete
  11. syam yg lke x ngis... ade bdk len lak yg cbuk nngiskan... adeh... ni msti psl aku xde dlm grup korangmntk tlg syam ni kan huhuhu syam asory la kalo aku s'cara x lgsg slh sb ko lke nih.. xde ke nme aku wei.. hehehe

    ReplyDelete
  12. huhuhu...'sape lg hehehe' nih sape???
    hahaha..dr cre tlis tu cam knal jek..

    ReplyDelete
  13. sadis tol..ak tgok tad pgi pon dh cm cuak gak sket2..tp at least skang ak dh dpt titik kelemahan ko..agk2 ko menyengal, ak nk picit2 j jari ko yg injured tu..hahah!trauma kan kne cmtu..tgok ko tad pgi pon cm cube nk elak dr terlibat ngn mesin2 kat lab lg..xpe la..take ur time,..asek ko j wat keje kat lab, bg la dak2 kump kite yg len wat lak..ko just bg arahan j..hahah!wat2 pon jge jri tu elok2..dat day ak xde kat tmpat kjadian..klo ak ad kompom ak la manusia yg plg nk tlg ko skali kot..??hehhe!k..take care of ur finger la..=]

    ReplyDelete
  14. trimas atas keperihatinan kau...
    huhu...aku xtakut pon kalau jari aku sakit,
    aku cume xnak jari aku berdarah smle...
    leceh nak jaga...

    huhu...
    td pon aku just xbape nak sihat jer...
    2 pasal aku x buat keje sgt...

    anyway, thanks...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.