Kesibukan...

Tinggalkan seketika isu politik. Tak kisahlah siapa pun yang membaca post ini. Untuk seketika, TINGGALKAN PROVOKASI, TINGKATKAN PRESTASI. Lupakan seketika aku, anda dan mereka berpihak kepada parti mana. Seketika ini, kita semua neutral. Janganlah persahabatan musnah kerana bezanya fahaman politik. Kali ini, aku ingin menceritakan sekilas kisah yang berlaku dalam minggu ini.

Berbekalkan dengan satu projek muzik video, dua assignment, tiga tutorial, satu persedian presentation, satu review bacaan, dan menguruskan latihan bola baling bagi kokurikulum wajib pastinya belum dikira sibuk. Namun, aku juga ada komitmen lain yang perlu aku hadapi. Minggu yang sibuk ini berlaku pada awal bulan Februari. Kesibukan inilah yang menyebabkan aku kekurangan tidur dan kurang rehat.

Komitmen yang agak banyak ini memberi impak kepada jadual rutin aku dan kadar stamina harian aku. Oleh itu, nampaknya aku haruslah bertahan semampu yang boleh.


Mujur ada 5 minutes break. Boleh aku tidur sekejap.

Bekalan makanan sampai di kala dinihari yang sibuk.

Torque, top speed, dimension... pening kepala aku memikirkannya.

Study group! Sekali dalam seminggu pun jadilah.

Eksperimen... oh, eksperimen... .

Mujurlah hujung minggu agak ada sedikit masa terluang. Maka aku, Alif, Amin, Azrul, Ayul dan Kucai melepaskan penat seminggu yang sibuk dengan bermain boling di Berjaya Megamall, Kuantan. Bergembiralah kami seketika di sana.

Tibanya waktu makan, kami memilih restoran Rasamas yang terdapat di aras bawah Berjaya Megamall. Seperti biasa, rakan-rakanku yang diibaratkan seperti tak pernah jumpa perempuan menggatal dengan pelayan restoran tersebut. Manis juga budak itu. Mungkin baru sahaja tamat SPM barangkali. Kasihan juga aku melihat dia 'dibuli' rakan-rakanku yang 'sengal' itu. Kucai sudah lama meninggalkan meja kami. Katanya segan dengan kegilaan rakan-rakanku yang lain. Mujurlah aku dapat juga mengawal mereka yang 'masuk air' pada masa itu.

"Apalah kau orang ini. Kalau kita semua kena banned dengan restoran di sini, kau orang boleh lari ke negeri masing-masing. Aku nak lari ke mana? Tak dapat la aku makan di Rasamas lagi!" Inilah kata-kata gurauan aku kepada rakan-rakanku. Sedangkan dalam hati, niat aku lain. Apa lagi niatku, faham-faham sajalah... kalau sudah jumpa 'si adik manis'. Hehe... .

Aku mengharapkan minggu ini tidak sibuk, namun kesibukan itu betambah lebih dari minggu sebelumnya. Pasti penat untuk aku memikirkan apa yang perlu aku selesaikan dahulu. Jadual rutin harus dirombak. Jadual rutin harus dianjal. Mungkin boleh curi masa untuk berehat seketika.

Namun, aku harus terus gigih berusaha untuk kebaikan pada masa hadapan.

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
(Ar-Ra'd: 11)

Post a Comment

2 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)