| 7 comments ]
Sejak 23 Februari 2009, aku menukar nama digital aku kepada ketua_jahat. Ramai yang sangka aku menukar nama ini adalah aku telah menjadi jahat. Namun, ada sebab kenapa aku menukarkan fadzrulhisyam kepada ketua_jahat.

Antaranya ialah:
- Aku ingin memberi tribute kepada jurulatih-jurulatih serta guru-guru aku yang telah mendidik aku sejak di bangku sekolah.
- Sudah lama aku berkeinginan untuk memegang watak antagonis.
- Menunjukkan perkataan jahat bukan hanya menunjukkan kejahatan, tetapi ada nilai dan pengajaran di sebaliknya.


Di sini, aku nyatakan 10 prinsip ketua_jahat:
1. Beriman kepada Allah dan seluruh ajaranNya.
2. Memberikan ketaatan kepada kedua ibu bapa.
3. Menghormati guru-guru.
4. Menghormati yang tua, sayangi yang muda.
5. Jauhi prejudis.
6. Setiakawan.
7. Sentiasa mempertahankan kebaikan.
8. Sentiasa positif dan integriti.
9. Mengukuhkan jati diri terhadap agama, negara dan bangsa.
10. Sentiasa mengamalkan keharmonian dengan sekeliling.

Cogan kata ketua_jahat:
Positive is good

Tiga dasar ketua_jahat:
Alvo, Esforço, Successo (Aim, struggle, success)

Logo ketua_jahat:
sedikit pengubah suaian dari logo fadzrulhisyam. Masih lagi dalam pembikinan.

Lagu ketua_jahat:
Masih dalam pembikinan.

Aku masih lagi menggunakan nama fadzrulhisyam, namun lebih kepada pengurusan yang agak formal. Bagi urusan yang kasual, aku akan menggunakan nama ketua_jahat. Insya-Allah, aku akan melancarkan blog versi ketua_jahat untuk mengiringi fadzrulhisyam maju ke hadapan.

"Alvo, Esforço, Successo"

ketua_jahat
Positive is good

7 comments:

  1. hehe..ketua_jahat..
    sy ingin bertanya kenapa anda teringin nak memegang watak antagonis?

    ReplyDelete
  2. saya mahu memegang watak antagonis kerana mahu menyelami apakah perasaan antagonists yang telah saya kenali.

    Selalunya saya memandang serong kepada mereka sehingga timbulnya prejudis. Namun, di sebalik antagonis yang ditunjuk, pasti ada nilai-nilai murni yang ada dalam watak tersebut. Nilai itulah yang mahu dipelajari agar dapat diselami dalam watak harian yang sebenar.

    p/s: pesal la jawab style skema lak ni??? hehe

    ReplyDelete
  3. cam nk tbuhkn akademi je sham.huhu,siap b'logo,b'lagu b'motto, n berprinsip2 ag...nk join2x..

    ReplyDelete
  4. hehe...
    buleh2x
    nnt borang keahlian akan dikeluarkan...
    hahaha

    ReplyDelete
  5. adakah ketua_jahat mempunyai geng?? atau dia bergerak secara solo??? lalala

    ReplyDelete
  6. asalnya ketua_jahat bertindak solo, namun
    kalau ada pengikut,
    ketua_jahat akan meluaskan pengaruhnya...
    hahaha

    ReplyDelete
  7. nak itotttttttttt......huhuhu

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.