PERSIS: Operasi Mentally Breakdown

Senario:
4000 penduduk dari wilayah UMP mengalami masalah tekanan dalam kerja-kerja harian. Ini menyebabkan beberapa kes seperti kemurungan, depressi, kegagalan menyiapkan assignment on time, kerosakan kepada harta peribadi, printer habis dakwat, kerosakan mental, fizikal dan emosi.

Punca:
Didapati, beberapa punca utama adalah disebabkan beberapa kes kecil seperti jadual belajar yang padat, putus cinta, cinta bertepuk sebelah tangan, masalah berat badan dan terputus bekalan air.

Krisis:
4000 penduduk wilyah UMP mengalami masalah untuk melepaskan perasaan mereka. Mereka tidak mempunyai kamudahan untuk membicarakan masalah mereka dan berbincang mengenainya. Tahap kepercayaan mereka kepada orang luar juga amat rendah. Mereka hanya mahu memberikan kepercayaan kepada rakan sebaya mereka sahaja.


Tindakan:
Seramai 45 angota gerak gempur PERSIS telah dihantar ke Amberstone Resort, Ulu Yam, Selangor untuk menjalani latihan khas membanteras masalah yang melanda wilayah UMP. Proses pemilihan pada kali ini adalah secara rawak dan sukarela. 45 anggota PERSIS ini akan membantu untuk memberi pendapat dan dorongan agar masalah di UMP dapat diselesaikan dengan sebaik yang mungkin.

Laporan latihan khas:
20 Februari 2009.
Semua anggota PERSIS telah berkumpul di embark point untuk menunggu jentera jenis mengangkut penumpang untuk bersedia. Kerajaan wilayah UMP telah menyediakan dua buah pengangkut untuk di hantar ke Ulu Yam. Perjalanan yang sepatutnya bermula jam 1700, GMT+8.00 terpaksa ditunda kerana anggota dari Chemistry Wings terpaksa menghadapi peperangan awal dan menyediakan satu formula terbaru untuk menjayakan operasi ini.

From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


Pasukan PERSIS bertolak pada jam 7.00 malam. Disebabkan beberapa anggota PERSIS masih lagi baru mengenali antara satu sama lain, dilihat agak suram kerana mentaliti masih lagi berkisar kepada exam, assignment, tutorial, presentation, dan beberapa tugasan penting lain yang begitu mencengkam perasaan dan emosi seluruh anggota. Namun, mujurlah mental dan emosi semua anggota masih rasional dan mampu meneruskan cabaran latihan khas ini.

21 Februari 2009.
Jentera tiba di section point pada 21 Februari 2009, jam 0030, GMT+8.00. Seluruh anggota terpaksa menunggu di section point kerana laluan masuk ke Amberstone Resort tidak dapat dilalui oleh jentera yang besar. Jentera penumpang yang kecil digunakan untuk mengangkut anggota PERSIS ke disembark point. Dipercayai beberapa pegawai utama telah sampai terlebih awal untuk menyediakan lokasi operasi khas ini.

Anggota disambut dengan tegasnya tetapi tetap dihidang dengan makanan yang enak-enak. Anggota bernama Hisyam (dikenali sebagai 'aku' dalam laporan ini) hanya makan kuih sahaja.

From PERSIS Camp


Sejurus kemudian, briefing telah dimulakan dengan mengagihkan senjata-senjata utama seperti fail, organizer, pen, brochure, dan tag pengenalan diri. Semua anggota dimaklumkan modus operandi operasi khas ini dan sejurusnya dipecahkan dalam lima wings. Wings ini diberikan nama-nama khas bagi mengharungi latihan khas ini. Nama-nama yang diberi bagi setiap wing ialah Belacan, Cencalok, Acar, Tempoyak dan Budu.

Anggota dalam wing Belacan dianggotai oleh aku, Iz, Nas, Fahmi, Rupynn, Aza, Fiza, Puteri, dan Shidah.

Semua anggota kumpul tenaga dan rehat selepas itu.

Jam 0530, GMT+8.00. Semua anggota bangun pagi bersiap untuk urusan-urusan rasmi.

Jam 0630 GMT+8.00. Semua memulakan latihan gempur dengan memulakan latihan gempur utama iaitu membuat trademark kumpulan. Semua melakukan tugas dengan baik dan cemerlang. Kemudian, latihan diteruskan dengan aktiviti yang memerlukan kordinasi badan yang tinggi iaitu Poco-Poco. Semua anggota telah menjalankan tugas dengan cemerlang walaupun beberapa anggota melakukan langkah sumbang.

From PERSIS Camp


Operasi teori bermula pada jam 0800 GMT+8.00 oleh Brid. Jen. Faridah dengan memulakan operasi dengan mengkelompokkan anggota melalui warna stokin, warna baju, negeri asal, fakulti dan lain-lain. Aku mendapati hanya tiga orang sahaja yang memakai baju warna kuning dalam operasi tersebut dan hanya aku seorang sahaja lelaki (mulalah fikir lain tu!).

From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


Sejurus kemudian, operasi diteruskan dengan menggubah cerita yang dimulakan dengan Shin Chan dan diikuti beberapa perkataan lain dan diakhiri dengan guruh yang kuat. Setelah cerita digubah, setiap cerita dari setiap kumpulan dibacakan. Akhirnya, Shin Chan dan Puan Misae yang sebenar dapat dikenali. Untuk lebih dramatik, Puan Misae adalah Pn Faridah manakala Shin Chan adalah Rashdan.

Operasi lanjutnya diambil alih oleh Laksamana Madya Syahrul Nizam Lukman, kaunselor dan pensyarah dari wilayah UTHM. Operasi latihan ini bermula dengan meningkatkan semangat anggota agar lebih berkobar-kobar dengan menyanyikan lagi Bukan Cinta Biasa oleh Siti Nurhaliza. Akibat dari masalah teknikal, lagu tersebut terhenti di tengah-tengah jalan. Ini pastinya angkara pihak musuh. Pasukan Technical Wing bertindak dengan segera untuk membaiki keadaan dan mereka berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang. Operasi disambung dengan menyanyikan lagu Ayat-ayat Cinta oleh Rossa.

From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


Dalam operasi ini juga, seluruh kumpulan perlu membuat satu propaganda dan menyelesaikan kes CSI: Jigsaw Puzzle. Seluruh anggota mengambil bahagian dan menyebabkan anggota yang terlibat dengan propaganda mengalamai perubahan warna pada kulit-kulit mereka manakala anggota Jigsaw Puzzle pula mengalami tekanan mental yang kritikal.

Petangnya pula, operasi khas diteruskan dengan aspek komunikasi. Laksamana Madya Syahrul Nizam Lukman telah menunjukkan satu demonstrasi komunikasi yang tidak mempunyai jujukan yang sama. ini menyebabkan seluruh anggota wing Budu perlu melakukan lakonan bagi demonstrasi tersebut.

Lakonan yang bermula dari menunggang kuda berakhir dengan minum air nampaknya dilakukan dengan salah apabila akhirnya sampai kepada Kapten Udara Rahmah, tiada yang dapat difahami (sebenarnya aku nak tengok juga lakonan itu dilakukan oleh Rahmah... jahat benar aku ini... haha!).

From PERSIS Camp


Jam 1700 GMT+8.00. Latihan getir bermula dengan misi Ping Pong Piak. Seluruh anggota dibahagikan kepada sebelas kumpulan kecil dan nampaknya dalam operasi ini, Kumpulan 5 mengalami serangan besar-besaran!. Kumpulan 1 mengalami serangan air pertama apabila diserang oleh Kumpulan 7. Akhirnya, dendam kepada Kumpulan 7 diselesaikan oleh anggota Kumpulan 5. Dalam rancak serang menyerang, cuaca panas berubah kepada hujan serta merta. Operasi dibatalkan dan menyambung semula operasi Jigsaw Puzzle.

From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


Jam 2000 GMT+8.00. Suasana gelap gelita. Keadaan sungguh sunyi dan sepi. Ruang hanya disuluh dengan lilin sahaja. Tiba-tiba... bang, bang, bang! Haiyak! Hait! Iyaaaakkkk!!! Dua samurai bertempur sesama sendiri! Perang samurai bermula dengan opersai The Last Samurai. Semua aksi yang dilakukan amat ganas dengan menyeimbangkan diri dengan sebelah kaki dan menjunjung pedang samurai. Perang amat rancak dan mendebarkan. Sorakan dari wing Belacan terus memecah keheningan malam. Diapati juga seorang anggota Belacan mengalami kecederaan dan dengan semangat kentalnya, dia tidak menangis (haha... tak aci lah kategori lain berdiri sebelah kaki, kategori men double kena junjung partner pula!).

From PERSIS Camp


Jam 2300 GMT+8.00. Didapati ada musuh sedang mengintip dari luar kem. Semua anggota diarahkan untuk masuk ke kawasan hutan dan meronda keliling kem. Apabila keadaan selamat, barulah boleh pulang ke kem dengan syarat; kembali berseorangan dan ikut giliran. Isyarat yang digunakan hanyalah hud-hud. Di kala menunggu anggota-anggota lain tiba, anggota-anggota yang sudah tiba hanya bersembang dan ada yang tidur sahaja.

22 Februari 2009.
Semua anggota terlewat bangun pagi. Segalanya bermula agak lewat. Kemudian, laporan mendapati akibat dari rondaan malam tadi, anggota dapat menawan seorang anggota musuh. Ini menyebabkan musuh mengisytiharkan perang atas pasukan gerak gempur khas PERSIS. Anggota PERSIS terus bersedia dengan senjata dan perluru sementara menunggu perang bermula.

Sementara menunggu pihak musuh, latihan menembak sasaran telah dilakukan. Beberapa sasaran telah ditembak tepat oleh anggota-anggota PERSIS. Bukan sahaja setakat sasaran statik, namun latihan menembak sasaran bergerak juga telah dijalankan.

From PERSIS Camp


Akibat kebosanan kerana pihak musuh belum lagi sampai, anggota PERSIS ambil kesempatan untuk bermain bola tampar, konda kondi, bola beracun dan rehat.

From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


Jam 1200 GMT+8.00. Sesi perbarisan tamat latihan diadakan. Ruang dewan dipenuhi dengan bau yang menarik selari dengan nama-nama wings. Namun begitu, anggota PERSIS masih lagi tabah dan cekal mengharungi dugaan yang menimpa.

From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


From PERSIS Camp

From PERSIS Camp


Jam 1300 GMT+8.00. Semboyan dibunyikan! Peperangan bermula! Seluruh anggota melakukan usaha sedaya upaya untuk mempertahankan kem. Tembak menembak berlaku. Beberapa anggota telah terbunuh dan beberapa kes tertembak kawan sendiri akibat kawan sendiri lebih jelas kelihatan untuk ditembak berbanding musuh telah berlaku. Peperangan sungguh sengit. Ramai anggota gugur. Namun, mereka bangkit semula dan teruskan perjuangan. Perang terus menggempitakan suasana sehingga cuaca berubah. Hujan kembali mencurah bumi dengan lebatnya.

From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


Semasa hujan lebat, pihak musuh tetap mahu berperang. Anggota elit telah dikerah untuk berperang dalam hujan. Suasana sungguh genting, keadaan sungguh berkabus, perluru hanya bertempiaran sahaja. Aku telah ditembak sebanyak tujuh kali dalam hujan. Kepedihannya, tiada siapa yang tahu. Aku terus menembak sesiapa sahaja yang aku nampak. Tak kira Marsyal mahupun musuh. Peperangan terhenti seketika.

Pusingan kedua bermula. Kali ini, pusingan last man standing 3 0n 3. Aku dan suami Brid. Jen Faridah adalah survival bagi kumpulan kiri. Aku mengimport Lt. Fikri sebagai anggota ketiga. Peperangan bermula. Peperangan sungguh sengit. Sekali lagi, keadaan berkabus. Musuh tidak dapat dikesan. Namun, seorang demi seorang pihak musuh digugurkan. Akhirnya tinggal seorang anggota musuh yang licik menyembunyikan diri. Dia dikenali sebagai Lt. Izzati. Aku dan anggota kumpulan tidak dapat mengesan dari sayap kanan. Aku berpindah ke sayap kiri untuk mengesan musuh.

Akhirnya, aku dapat mengesan musuh dengan mengesan warna merah jambu. Disebabkan aku kesempitan jumlah perluru, aku mengarahkan Lt. Fikri untuk menggugurkan musuh. Aku menyerang dari depan manakala Lt. Fikri dari kiri. Akhirnya musuh dapat ditewaskan.

Pusingan ketiga menemukan kami dengan otai-otai perang. Mereka mengimport Lt. Fahmi. Perang amat getir. Lt. Fikri gugur awal. Aku hanya bertahan sahaja manakala suami Brid. Jen. Faridah hanya mampu menyerang dari semak sahaja. Akhirnya kami semua gugur.

From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


Akhirnya, operasi tamat. Seluruh anggota gerak gempur PERSIS bertolak pulang ke wilayah UMP pada jam 1900 GMT+8.00.

Jentera yang membawa anggota lelaki berhenti di Genting Sempah dan bersatu semula dengan anggota-anggota tempur tanpa senjata Tae Kwon-do yang juga baru tamat operasi di wilayah UniMaP.

From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


Tibanya anggota-aggota di wilayah UMP, operasi PERSIS akan dimulakan bagi membantu 4000 penduduk yang memerlukan bantuan.

From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


From PERSIS Camp


Hasil operasi:
Anggota PERSIS lebih berani dan gigih membantu. Seluruh tenanga dan jiwa meningkat dengan operasi khas ini.

Kesan lain:
Sakit belakang, penat, mengantuk, kesukaran untuk membongkok dan mengalami kekejangan otak (haha).

Fakta-fakta:
1. Telur Kumpulan 1 dah pecah! Tak siapa pun tahu.
2. Aku banyak mengelat dalam perang.
3. Ini aktiviti luar pertama aku dalam UMP.
4. Inilah kem paling mudah kerja aku sebagai ketua kumpulan kerana ahli yang sungguh bekerjasama.
5. Tak rasa macam kem, rasa seperti main-main sahaja.
6. Semasa aku menulis post ini, belakangku masih lagi sakit-sakit.
7. Aku tidur sahaja sepanjang perjalanan dari Ulu Yam ke UMP kecuali berhenti makan.
8. Aku letak gambar-gambar dalam post ini ikut aku punya suka.
9. Di samping aktiviti, aku juga tak lepas dari mengusha orang.
10. Aku tak pernah usik lagi organizer yang diberi.
11. Sememangnya aku tak minat sangat membasahkan dan mengotorkan badan, tetapi aku tetap lakukannya semasa dalam kem.
12. Aku tak pernah fikirkan assignment, tutorial dan segala projek yang ada menanti di UMP semasa berada di kem.
13. Semasa mula-mula aktiviti, aku cuma kenal Nurul Fatiehah dan Fahmi sahaja. Itu pun Fahmi kenal muka sahaja semasa itu.
14. Kali terakhir aku menari Poco-Poco dan Chicken Dance sebelum program ini adalah setahun yang lalu.
15. Dengan bangganya aku mengumumkan kakiku dihinggap pacat.
16. Sumber gambar-gambar adalah 60% dari Mato, 35% dari Nurul Fatiehah dan 5% dari aku sendiri (maklumlah, saving bateri telefon). Terima kasih kepada mereka.
17. Aku masih lagi mencari pembunuh misteri yang telah membunuh aku semasa bertembung dengan Kumpulan 3.
18. Aku masih lagi berdendam dengan Kumpulan 2 yang tiga orang dari mereka hanya menembak aku seorang sahaja.
19. Aku masih lagi tak berpuas hati kerana tak dapat menembak 'Si Berbaju Maroon' semasa bertempur dengan Kumpulan 3.
20. Setelah tamat tempuran, aku dapati ada kira-kira lapan tompokan dapat dikesan timbul di badan aku akibat ditembak oleh musuh dan banyak lagi yang tak dapat dikesan.
21. aku telah menggunakan empat pasang stokin sepanjang aku berada di kem. Jumlah stokin paling banyak aku gunakan bagi kem dua hari.
22. Gambar-gambar dan olahan post ini hanya untuk tujuan dramatis sahaja. Tiada ada kena mengena dengan hal-hal yang lain yang tidak berkaitan.
23. Tiga hari diperlukan untuk menyiapkan post ini.
24. Aku bukan penyokong Arsenal. Baju yang aku pakai itu aku pinjam roommate aku. Aku penyokong Manchester United.
25. Tamatlah sudah laporan ini.

Laporan disediakan oleh:

From PERSIS Camp

Lt. Mohd Fadzrul Hisyam a.k.a ketua_jahat

Post a Comment

20 Comments

  1. xbley blah...poyo jer..
    hoho...:p

    ReplyDelete
  2. mmg poyo r kamu nie bro....
    tp suke r gambo tyme hujan tue...
    mcm cantik aje...

    ReplyDelete
  3. mane?
    mane?
    sape poyo???
    hahaha
    mane ade poyo la...

    ReplyDelete
  4. wah...gmbr dlm ujan tu mmg dramatis..haha...
    aku pon ske..
    hik3x...
    kak ana pttnya join gak..
    sure bez..
    men perang2...

    ReplyDelete
  5. fatiehah >> haha...mmg dramatis...hehehe....btol tuh...perang saudara dan saudari...lalala

    nurwaniey >> dah ada gambar amek hadiah tuh pun dah cukup la...takkan nak membesarkan lagi post aku...

    ReplyDelete
  6. pada fatiehah aka nurul ---> kalo akk masuk gerenti menang..kang menangis lak ssorg tue kalah....hahahhahaha

    ReplyDelete
  7. cer bg tau, siapakah gerangan yg bakal menangis tuh...hehehe

    ReplyDelete
  8. perghh... best men paintball... lenkali kite battle ea... ekeke...

    ReplyDelete
  9. mana boleh perang tanpa sebab...kena ada punca perang dulu...baru leh kite fight...

    ReplyDelete
  10. org yg bakal menangis 2 adalah org yg btnye saper yg bakal mnangis tue r...lalalala

    ReplyDelete
  11. eleh...ye lah sangat...
    hahaha...
    org kene tembak byk kali xnangis pon...
    hahahaa

    ReplyDelete
  12. yeke...xdnampak d mata x bley nk kate bro...ntah2 mlm2 nangis sakit satu badan...lalalalala

    ReplyDelete
  13. anashahira >> x nampak 2 la timbulnye spekulasi... spekulasi xbermakna kalau jauh dari kebenarannya.

    applepynn >> nanti I hantar kpd u...

    ReplyDelete
  14. spekulasi tcetus bila fakta x kukuh...wawawa....

    ReplyDelete
  15. fakta kukuh ada...cuma pihak yang tak berpuas hati suka2 eksploitasi fakta dan tak mahu menerima kebenaran yg sebenarnya menyebabkan spekulasi ini terus diadakan...

    ReplyDelete
  16. kerana tiada fakta yang benar jadi sebagai seorg ahli sains kami membuat hipotesis dan kmudiannya mganalisis data....tiada spekulasi timbul wahai YB Fadzrul Hisyam...ceh sempat bdebat debik plak....

    ReplyDelete
  17. ape la kaitannya benda perang ni dengan hipotesis saintis???

    lari point dah ni

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)