| 2 comments ]
Di kala aku ketiduran, seorang ini telah tag aku. Aimy Yasmin namanya. Jagalah kau Arjuna... aku akan report salak laku Aimy terhadap aku kepada kau. Gurau saja.

Aku tak pernah lagi menerima tag ini. Namun, aku agak terkejut kerana, bukan satu, tapi dua tag perlu diselesaikan!

Tag ini asalnya berbahasa inggeris, namun aku akan selesaikannya dalam bahasa Melayu.


1. Go to your photo folder in your computer
2. Go to the 6th folder of photos
3. Go to the 6th picture in that folder
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged



Aku tiada dalam gambar ini. Gambar ini adalah semasa Aku, Amin, Alif (kiri), Azrul (Kanan), dan Kucai pergi bermain boling selepas penat seminggu menyiapkan projek Technical Writing. Gambar ini diambil selepas permainan boling, di dalam restoran Rasamas. Setelah penat mengurat pelayan restoran tersebut, kami makan sahaja. Maklumat lanjut dalam post Kesibukan.

**********

Ini tag kedua pula. Tag ini berbahasa Melayu. Jadi aku akan teruskan menyelesaikan tugas ini.

Caranya begini ;
1. Tangkap @ sertakan 3 gambar anda yang anda rasakan paling seksi
2. Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan.Mungkin anda rasa senyuman anda
masa itu seksi. Sertakan!!
3. Nyatakan kenapa gambar itu begitu seksi bagi anda.
4. Tag 5 rakan-rakan anda yang seksi.
5. Selamat berseksi



Gambar ini seksi kerana aku ada sebab untuk tak bercermin mata. Cuma, yang menghilangkan keseksian itu, adalah baju Arsenal.



Aku tak pasti apa yang seksi dalam gambar ini, tapi aku sukakannya.



Gambar ini tak seksi, tapi ada gaya budak skema. Aku suka gambar ini.

Siapakah mangsa seterusnya? aku takkan nyatakan dalam blog ini. Tunggu sajalah.

2 comments:

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.