Automechanika Malaysia 2009



Pada hari Khamis, lebih kurang 8.00 malam, aku menerima satu mesej pesanan ringkas (SMS) dari Hafizah sama ada aku mahu ikut ke Automechanika Malaysia (AMM) atau tak. Aku sememangnya tahu akan hal ini setelah membaca memo yang aku baca Rabu lalu. Namun, asalnya aku tak mahu terlibat sekali kerana menyangkakan program ini hanyalah untuk orang yang betul-betul ingin terlibat sahaja.


Seperti biasalah, kalau ada yang menyoal aku mahu ikut atau tak, aku akan bertanya kembali siapa lagi yang terlibat. Hafizah pun senaraikanlah semua yang dia nak. Nama Kucai pun masuk sekali. Pada asalnya aku sangkakan itu hanyalah umpanan untuk aku ikut sekali, namun sangkaan aku meleset apabila Kucai mengakui yang dia pun ikut ke AMM. Sapiah pun ikut sekali.

Aku mula rasa dilema. Aku tak mahu bekerja seorang diri di bengkel mekanikal. Pada masa yang sama juga aku mahu kerja disiapkan awal. Akhirnya aku membalas, "kau letaklah sekali nama aku."



Pada Jumaat paginya pula, aku menunggu Kucai untuk datang ke bilik aku. Tunggu punya tunggu, aku dapat SMS, "Syam, tunggu kejap. Aku sakit perut." Tunggulah aku lebih lama. Tunggu punya tunggu, jam sudah pun 7.30 pagi. Aku makin risau, hidup lagi atau tak budak si Kucai tu.

Semasa menunggu bas di hentian bas UMP, rakan-rakan lain sibuklah menangkap gambar. Gila sasau rasanya mereka ini. Pantang nampak kamera.

Bas bertolak pada jam 8.00 pagi dan tiba di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada jam 11.00 pagi. Kami terus ke dewan 2, tempat acara ini diadakan. Untuk masuk, kami perlu mendaftarlah dahulu.

Di dalam dewan tersebut, banyaklah syarikat dari seluruh dunia mencari rakan urus niaga dengan mempamerkan produk-produk yang mereka keluarkan. Aku pun mengambil kesempatan ini untuk mencari maklumat tentang syarikat-syarikat yang terlibat.







Semasa jalan-jalan di kawasan syarikat Korea, aku dan Kucai bersembanglah dengan staff mereka. Aku pun main belasah sahaja dengan bahasa Inggeris aku. Asalkan lawak yang aku lontarkan kepada mereka, mereka gelak sekali. Maksudnya fahamlah mereka itu dengan apa yang aku katakan. Agak nak mengelat, aku dan Kucai guna bahasa Melayu.

Setelah tamat di AMM, kami berjalan-jalan di dalam Suria KLCC. Beli sajalah apa yang mampu. Wang tak banyak katakan. Kami telah memborong donat dari Dunkin Doughnut.

Kami bersuka ria mengikut suka hati kami.







Kami bertolak balik pada jam 5.00 petang. Semasa dalam perjalanan pulang, memang riuh rendah suasananya. Ada sahaja gurau senda antara kami (geng M05 dan geng direct entry lelaki).

Namun begitu, sampai satu ketika, kesemuanya tidur (kecuali pemandu) dan suasana sungguh senyap dan sepi. Ketika itu, aku duduk di sebelah Sapiah. Ketika semua tidur, kami pun tertidur sekali. Namun begitu, setelah semuanya sedar kembali, Kucai telah memberi tahu bahawa sesuatu telah berlaku antara aku dan Sapiah. Fadilah pula membenarkan apa yang Kucai katakan. Jeng...jeng... apakah yang telah berlaku? Biarlah dirahsiakan tentang perkara itu.

Namun begitu, aku menyangkal apa yang Kucai katakan. Walaupun aku tidur, tetapi aku tidak tidur degnan lena. Aku bukanlah tidur sampai tak perasan apa yang berlaku di sekeliling aku. Boleh dikatakan setiap 5-10 minit, aku akan tersedar. Biasalah, aku sememangnya menghadapi kesukaran untuk tidur di dalam kenderaan. Aku tak percaya akan apa yang Kucai katakan kerana tidak ada bukti forensik untuk menyokong kata-kata dia.

Namun begitu, aku pun tak pasti sama ada benar atau tidak kata-katanya kerana aku pastinya ada ketikanya aku takkan sedar apa yang berlaku dalam jangka masa 5-10 minit selang aku terjaga dari tidur. Biarlah apa yang telah berlaku. Aku takkan ungkitkannya lagi.

Akhirnya, kami tiba di UMP pada jam 10.00 malam. Aku terlalu penat sehinggakan aku tidur pada jam 11.00 malam dengan pakaian yang tak bertukar dan semua kerja telah dibiarkan begitu sahaja.

Apa yang aku peroleh semasa lawatan ini ialah aku dapat mengenali lebih banyak tentang bahagian-bahagian jentera dan kenderaan darat. Aku juga dapat mengenal perbezaan variasi komponen kenderaan mengikut rekaan dan jenama.

Selain itu, aku dapat menguji tahap kompetensi aku dalam menggunakan bahasa Inggeris. Walaupun agak tergagap, namun prestasi aku kali ini adalah lebih baik berbanding tahun sebelum ini. Bahasa Inggeris aku juga lebih mudah difahami oleh pendengar. Pada masa yang sama juga aku meningkatkan lagi kemahiran aku dalam mengucapkan perkataan-perkataan asal yang di-Inggeriskan seperti perkataan Hyundai (Hyan-dei).

Pada pendapat aku, acara ini adalah baik untuk semua yang berkaitan dengan kejuruteraan. Namun, luas pameran dan jumlah syarikat yang terlibat masih dianggap kecil merupakan kelemahan yang terdapat pada acara ini. Acara ini adalah lebih baik diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerasa ruang pameran di sana adalah lebih luas. Bilangan syarikat yang terlibat juga haruslah digandakan lagi.

Walau apa pun, aku menyokong acara ini diadakan setiap tahun di Malaysia. Seterusnya, aku menyasarkan yang aku akan dapat pergi ke pameran LIMA 09 di Langkawi untuk bertemu dengan buah hati aku, MiG-29N Fulcrum dan buah hati aku yang baru iaitu SU-30MKM dan melihat 'mereka' beraksi di angkasa raya.





p/s: more picture will be updated into this post soon.

Post a Comment

7 Comments

  1. wahaha...best siot...
    aku tau, korang pergi sana
    bukan nak tengok show tu
    sangat...
    nak berjalan jer kan??haha
    weih, tulisan untuk entri blog
    ko ni aku cadangkan ko tukar
    warna putih..
    sebab background warna kelabu dan tulisan warna hitam..
    So, susah nak baca..
    Harap cadangan di pertimbangakan...ngeh3...

    ReplyDelete
  2. tau xpe...
    haha...

    erm...
    kelabu-putih?
    bukan kombinasi yg baik...
    kalau tulisan putih, nnt lagi x nampak ape2...
    just tgk beza putih background imej automechanika ngan background utk font...hampir xnampak bezanya...
    so, kombinasinya xsesuai...

    so, harap jawapan nih menjawab kegusaran pakdin.

    ReplyDelete
  3. pndai tol pakdin..leh tau fkran kmi..
    hahahaha..
    pape pn best dpt g, nk2 sgt ble tau lab ptg tu btal..
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. weiiii... sengal la ko neh syam... ade ke ptot ko cter sume... cover2 la cket wei kan dh kantoi pe yg tlah t'jd pd pg yg hening itu... huhu hahaha... weiii.. aku x tipu wei... mmg btoi aku nmpk tp mayb kjap je la kot hmmmm dan perlukah aku mnyatakan secara erbuka apa yg tlah berlaku agr stu dunia tahu...?? hehehehe (^_^) xpe la spe nk tao tnye la aku prsonally nnt hehehe len kali ltak la byk2 cket gmbo aku (bkn yg scndal la hehehe)

    ReplyDelete
  5. Nad >> Huh??? abes la...kantoi ngan nad...ngee...

    Hafizah >> hahaha...maknenye, xde rekod ponteng la kite ken??? wakaka

    bukan kucai >> ngee...hahaha...mampos aku kalu heboh seantero dunia... aku ade skandal ko... ko pon 1, skandal x cover...aku skandal xde pon tayang2...wakaka

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)