| 9 comments ]
FASH 2009 adalah singkatan kepada "Four-a-side-handball 2009". FASH 2009 ini adalah pertandingan bola baling empat sebelah yang telah dianjurkan oleh kelas Ko-Q UQS2061 untuk ujian praktikal bagi subjek bola baling. Dalam pertandingan ini, akulah pengarahnya. Ujian ini dijalankan dalam dua peringkat, iaitu pada 18 dan 25 Mac 2009 di padang SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Aku rasa, tak perlulah aku nyatakan seluruh laporan perlawanan. Sekadar perlawanan yang melibatkan penyertaan aku sahaja, rasanya sudah mencukupi.




Aku adalah salah seorang anggota pasukan Kumpulan 7 . Kumpulan aku terdiri daripada aku, Kucai, Ayul dan Reeza.

Untuk perlawanan pertama, kumpulan aku bertemu dengan Kumpulan 8 yang terdiri daripada Loh, Souven, Ronald dan Syahmi. Perlawanan ini bolehlah di perkatakan seperti 'big team versus small team' dari segi fizikalnya, bukan dari segi skill.

Namun begitu, Kumpulan 8 bermain dengan sungguh baik kerana sentiasa dapat menempis segala percubaan kumpulan aku untuk menjaringkan gol. Walaupun aku pernah bermain dalam peringkat kebangsaan, aku akui, pertahanan mereka sunguh mantap. Dalam perlawanan itu, pasukan aku kalah dengan keputusan 0-5.



Perlawanan kedua pasukan aku pula adalah menentang Kumpulan 9 yang terdiri daripada Acai, Panjang, Jeme, dan Bayu. Untuk perlawanan ini, pakej mereka adalah ketinggian dan saiz badan. Dalam perlawanan ini, aku berjaya menjaringkan 2 gol untuk pasukan aku. Perlawanan ini sungguh sengit, namun agak seimbang bagi kedua-dua pihak. Sememangnya, pasukan aku mengalami masalah apabila Kucai mengalami kecederaan di bahagian bahu. Perlawanan ini berkesudahan dengan keputusan 2-3, memihak kepada Kumpulan 9.

Peringkat pertama ujian ditamatkan di sini.

Dalam peringkat kedua, sepatutnya ada perlawanan yang belum dihabiskan, tetapi jadual terpaksa dibatalkan kerana pasukan UQS2061 UMP akan menentang Panglima Perang Selection U-18 lelaki dan wanita.





Bagi perlawanan lelaki, kesemua pemain mengambil bahagian bagi setiap separuh masa kecuali aku yang bermain untuk masa penuh. Dalam perlawanan itu, kami menghadapi cabaran besar apabila berlawan dengan mereka. Mereka adalah permain terlatih secara berterusan untuk diserapkan ke dalam pasukan negeri. Maka, kami menghadapi kesukaran untuk menjaringkan gol. Walaubagaimanapun, dapat juga aku menjaring satu gol dalam perlawanan tersebut. Perlawanan lelaki berakhir dengan 1-10 (mungkin juga lebih).

Untuk perlawanan kategori wanita, aku tak pasti berapa banyak gol telah dijaringkan, namun apa yang aku pasti adalah nasib pasukan wanita lebih bernasib baik kerana dapat menjaringkan gol lebih banyak daripada pasukan lelaki dan margin bilangan gol juga adalah kecil.

Peringkat kedua ujian ditamatkan di sini.



Apa yang aku peroleh di sini ialah, untuk berjaya kita harus memiliki pasukan yang betul-betul kuat walaupun terdapat seorang atau dua yang memiliki pengetahuan ataupun kemahiran yang cukup tinggi dalam pasukan tersebut. Pasukan yang kuat bukanlah bermaksud kesemua anggotanya memiliki kemahiran tinggi, tetapi kesepakatan dan kesefahaman yang tinggi. Denga adanya kesefahaman, barulah pasukan kita mampu berjaya.

Inilah yang telah dibuktikan dalam perlawanan menentang pasukan Panglima Perang. Mereka memiliki kesefahaman yang lebih baik berbanding pasukan UMP. Mereka berkomunikasi dengan baik dan mempunyai keserasian dalam strategi dalam permainan. Berlainan dengan pasukan kami, setiap anggota memiliki daya pemikiran yang berbeza, tetapi bermain dalam satu pasukan yang sama. Jadi hasilnya ialah tiada keseragaman dalam permainain.

Begitulah kalau mahu diamalkan dalam kehidupan seharian. Kita harus memiliki kesefahaman dan keserasian yang tinggi dengan sahabat sepasukan kita. Tidak kiralah dalam kumpulan sukan, tempat kerja walaupun dalam institusi keluarga sekalipun. Seperti dalam Kumulan 7, walaupun aku memiliki kemahiran yang tingi dalam pasukan, namun masih belum menjamin kemenangan tanpa sokongan ahli pasukan dalam kumpulan. Aku takkan mampu menang jika mengharap aku seorang sahaja dalam pasukan. Semuanya boleh diharap walaupun kita tiada kemahiran langsung, kerana kita boleh dilatih.

9 comments:

  1. yeah..ak juara FASH 09 kat UMP hari ni...

    ReplyDelete
  2. eRRul >> aku mmg dari dulu minat bola baling...hahaha

    fatiehah >> tahniah...

    ReplyDelete
  3. syam, kamo ditagged. prefer u to do 2nd tagged. nak tgk ur artwork.

    ;)

    ReplyDelete
  4. Smngat kesukanan.. daftar olimpik x? hehe

    ReplyDelete
  5. eh...daftar...
    olimpik musim sejuk nyer...
    wakil slovenia...

    ReplyDelete
  6. slovenia? eler, ape kes..awat x manchester jea? hihi

    ReplyDelete
  7. manchester utk bola sepak ajer...diorg xde team bola baling...

    slovenia team ranking top dunia gak pe...

    ReplyDelete
  8. xpe2..tahniah di atas kejayaan saudara. x sngke pro maen bola baling upenye..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.