| 5 comments ]
Post ini adalah kesinambungan dari post Pengalaman Yang Mengerikan! yang telah diterbitkan sebelum ini. Dalam post itu, telah disertakan dengan foto kecederaan aku akibat dari kemalangan semasa menyiapkan projek mekanikal serta kisah kejadiannya.

Dalam post ini pula, aku tidak akan menayangkan apa-apa grafik kerana akan menyebabkan ketidakselesaan kepada anda termasuk diri aku sendiri.


Kisah seram ini berkisah apabila kelas aku mengadakan lab ganti pada malam tadi. Semasa mencari-cari tapper untuk membuat potongan 90° pada bahan projek aku. Cari punya cari, aku ternampak satu tapper yang rasanya aku kenal ciri-cirinya.

Aku membelek tapper tersebut, aku mendapati tapper tersebut adalah tapper yang pernah memotong jariku minggu lepas. Pada asalnya, aku tak rasa apa-apa yang menyeramkan pada tapper tersebut. Kemudian, aku ternampak sesuatu yang ganjil pada mata carbide pada tapper itu. Selepas aku meneliti benda aneh tersebut, aku mendapati bahawa benda aneh itu adalah cebisan daging jari aku yang telah terpotong minggu lepas. Cebisan itu agak besar, dengan anggaran seperti mencarik daging menggunakan pemotong kuku yang bersaiz sederhana.

Bukan setakat cebisan daging sahaja, malah kesan darah masih lagi ada pada mata carbide itu! Aku yang asalnya masih gagah tiba-tiba berasa seram dan gemuruh. Lalu aku terus meletakkan tapper tersebut ke atas meja dan tidak melihat lagi tapper tersebut.

Aku tak dapat bayangkan, melihat cebisan daging sendiri pada alatan yang nyaris-nyaris memutuskan jari aku! Walau aku mampu melihat darah sebanyak mana pun, namun dengan melihat cebisan daging sendiri, aku tak sanggup. Aku masih lagi trauma dengan tapper jenis itu. Aku juga takut untuk menganggalkan tapper dari spindle. Tambah-tambah lagi ketika tapper tak dapat dikeluarkan dari spindle.

Walau apa pun, janganlah sampai ada yang pergi ke makmal FKM membawa kemenyan dan buah limau untuk memuja nombor ekor!


5 comments:

  1. wah...
    mcm tapper tue memanggil2 anda...
    anyway bro jgelah jari dan tangan anda dengan baik...
    peace.....

    ReplyDelete
  2. tapper 2 xmenyeramkan...
    cme
    kalu pk balik...
    nnt lab FKM berhantu lak
    dgn 'roh' fadzrulhisyam
    hahaha

    ReplyDelete
  3. aku heran ar...
    jari ko kan luka...
    boleh plak taip dalam blog nie...
    kental betOl sebagai seOrg blogger...hehe
    respect brO!!!

    ReplyDelete
  4. nasib baek daku bkan pghuni lab meki....
    hehehehehheehhe

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.