| 10 comments ]
Beberapa hari lalu, aku telah diberitahu oleh seorang sahabat bahawa aku mungkin telah melakukan kesalahan kepada seorang lagi sahabat aku. Namun, dia tak beri tahu siapakah dia. Namun begitu, aku mengerti. Mungkin benar aku pernah melakukan kesalahan kepada dia.

Kepada semua sahabat sekalian, aku secara terbuka memohon kemaafan kepada semua atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan selama kita berkenalan. Kemaafan ini adalah merangkumi dari aspek sengaja, tak sengaja, terlepas kata, ketidak sopanan, tidak bekerjasama, kelalaian, keegoan, kurang mengambil berat, tidak sensitif, dan aspek-aspek lain.


Mungkin ada perkara yang sememangnya aku sengaja lakukan, dan ada juga yang dilakukan tanpa sengaja dan tanpa pengetahuanku, dan mungkin juga atas kelemahan aku sendiri. Jika ada apa-apa perilaku aku yang membuat sahabat semua tersentuh, kecewa, tak berpuas hati, marah, geram, menyampah dan perasaan-perasaan negatif lain, aku sekali lagi memohon kemaafan.

Aku bukanlah mahu meletakkan takdir untuk menjadi sebab aku melakukan kesalahan, namun aku bukanlah insan yang sempurna untuk menjadi sahabat terbaik kepada sahabat sekalian. Aku ini hanyalah insan yang hina dan kebiasaannya lupa siapa aku sebenar. Mungkin juga aku ini lemah dan tidaklah sehebat yang seperti sahabat sekalian mahukan daripadaku.

Mungkin juga atas sebab masalah-masalah besar mahupun kecil lain yang aku hadapi menyebabkan aku berperilaku tidak baik kepada sahabat sekalian. Aku sekali lagi memohon kemaafan di sini.

Sahabat sekalian, janganlah kelemahan diriku ini menjadi punca kepada keretakan persahabatan kita, dan janganlah kekuatanku menjadi harapan tinggi kepada sahabat sekalian.

Aku mungkin mengulangi kesalahanku, namun ingatkanlah aku. Sesungguhnya aku hanyalah seorang insan. Insan yang dalam segi istilahnya adalah pelupa.

Pandulah aku, dorongilah aku. Aku mungkin tak mampu menjadi ais yang mampu menenggelamkan kapal di lautan, namun aku hanya mampu menjadi kapal yang mungkin karam, mungkin juga tidak untuk berusaha mengapungkan isi-isi kapal.

Yang ikhlas,
Mohd Fadzrul Hisyam bin Badarudin

10 comments:

  1. Ok, sy maafkan..chewah (walhal xde salah pape pun) hehe.. nad pun mtk maaf ye kalu ade tersalah kata or terkasar bahasa.. 0-0 ek. (^_^)

    ReplyDelete
  2. eh...mane leh 0-0, kalu dah 3-0, kene 3-3, baru leh...mcm maen bola...xdek gol yg dibatalkan di hujung permainan melainkan pihak lawan memberikan gol percuma...hehehe

    ReplyDelete
  3. Eceh. maen bola lak. Jom kt maen futsal. Nad real madrid. Syam? Mari kt tgk sape skor lebey. haha

    ReplyDelete
  4. No problem...Nad pilih, nak Real vs Juventus or Real vs Man Utd? Kalo nak lwn spain club gak, leh pilih Real vs Barcelona...

    kalo takot, just Real vs Perak pon dah cukup...hehe...

    kalo nak test run, boleh ajer, tgk sape leh skor lebeh...hik3x

    ReplyDelete
  5. ouh. amboi2 cabar kt nampak. bole aje. no hal. erm kami berani, x takut nye. Real lwn Man U la..hehe. Awrite cabarnye psal, jom kt jmpe dpn pdg ump. jam 7.00 pagi. tgh fresh pas subuh. Tgk Sape jogging lg byk kuar peluh.haha

    ReplyDelete
  6. Loh, sekadar bagi mase ajer watpe? bagi le tarikh skali...heheh

    kalu btol2 nak fight, bg tarikh ngan masa dgn tepat dan jelas...

    heheh...

    ReplyDelete
  7. Haha. x nak la. nt syam trun betul2kat pdg, nad lak msih duk kat bilik mlmbai dr ats je. Sianlak kang kat hisyam..muahaha.

    ReplyDelete
  8. eleh...
    xberani la tuh...
    heheh...

    yess...
    syam dah menang...
    Man U 1-0 Real (mentally scored)
    hahaha

    ReplyDelete
  9. huh. sape kate.. ewah2. x de Tok pengadil kat sini nak judge. Mane bley pemain yg tentukan sape menang. Ade betol encik hisyam? sbgai pemain anda pasti taw..
    hak3

    ReplyDelete
  10. asalnya, siapa yg challenge dlu? xdek lak cari pengadil...

    skang nih bukan dependent match ag dah...

    ni dah independent nyer match...

    no refree needed...
    hehehe...

    ape pon...unuted is leading...wakaka

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.