| 18 comments ]
Sejak bulan lepas, inilah statistik tentang diriku.

Mood:
Gembira 30%
Girang 12%
Sedih 7%
Tertekan 72%
Emosional 43%
Keliru 32%
Risau 86%
Takut 72%
Muram 65%
Suram 68%
Murung 88%


Motivasi:
Positif 42%
Negatif 53%
Neutral 5%

Rasional:
Positif 78%
Negatif 21%
Neutral 1%

Moral:
Positif 22%
Negatif 80%
Neutral 8%

Kesihatan:
Positif 32%
Negatif 68%
Neutral 0%

Produktiviti (pekerjaan):
Siap 87%
Dalam proses 77%
Baru bermula 42%
Belum bermula 30%
Gagal 44%

Kewangan:
Debit $100
Kredit $175
Hutang $25
Pemiutang $300
Seimpanan $200

Aktiviti:
Aktif 34%
Pasif 64%
Neutral 2%

Banyak lagi yang mahu aku senaraikan masalah aku, namun cukuplah sekadar ini yang aku tunjukkan. Aku pernah terfikir tentang cara alternatif untuk membebaskan diri dari semua masalah ini. Sehinggakan mahu ponteng semua kelas dan kalau teruk sekali, mati lebih baik. Namun, nasib baiklah tahap rasional aku masih tinggi. Aku masih lagi mampu berfikir dengan baik.

Aku tak tahu siapa lagi yang perlu aku minta untuk perdengarkan masalahku ini. Orang yang aku cuba untuk harapkan juga menghadapi masalahnya. Juga dia adukan kepadaku. Takkan perlu aku bebaninya lagi?

Aku rasakan seperti tak siapa yang ada untuk aku telefon mahupun SMS. Kredit telefon bimbitku sudah berbulan tak tersentuh. Hanya sekadar ditambah untuk mengaktifkan nombor aku sahaja. Tak siapa yang aku rasakan boleh aku ceritakan segalanya.

Aku hanya mampu termenung di kala TV terpasang di hadapanku. Aku tak lagi mampu memandu kerana tidak mampu fokus dalam kerjaku. Aku lebih gemar berseorangan. Mungkinkah aku keseorangan?

Menunggang motosikal selaju 130km/j juga tak aku rasakan apa-apa. Aku rasakan seperti di awang-awangan. Aku tak seperti berpijak di dunia yang nyata.

Maaflah, wahai pembaca blogku. Ini bukanlah yang mahu kamu semua baca. Luahan rasa secara terbuka ini bukanlah yang kamu nantikan dari blogku ini. Namun, inilah yang mampu aku nukilkan di sini.

Siapakah yang mampu membantuku? Sekurang-kurangnya membantuku untuk tidak lagi berasa keseorangan?

Sabarlah wahai diriku... pastinya ada hikmah di sebaliknya.

18 comments:

  1. SalaAm..

    Sabar je la. Setiap yang berlaku tu ketentuan. Tak ada sesuatu pun yang terjadi secara kebetulan melainkan sudah dicatatkan di Lohmahfuz.. Bila ada luahan perasaan macam ni, baru rasa lega sikit, kan?

    HaWa pun sebenarnya tengah prob dengan roommate sekarang.. Kadang2 rasa nak bunuh je dak tuh. Gila ke hapa? Study dari pukul 12 sampai 6 pagi! Dah suruh pergi bilik study, kita pulak yang kena mengalah lastnye.. Tak dapat tidur kalau lampu buka, jadi terpaksalah merantau ke bilik iron or pantri.. Nak jumpa Cikgu Hanafi minta tukar bilik, nanti mesti dia kata "Dua sem duduk sebilik, takkan last minute ni baru rasa nak tukar?"

    Hmm.. Sorry la kalau ter'kacau' Fadzrul.. (Sebenarnya tak selesa nak panggil nama je sebab Fadzrul lagi tua.. Tapi takkan nak panggil abang, kan? karang ada gak yang ternganga.. Hehe..)

    Okey la.. Tu je.. Good luck in life. Luv4AlLah..

    ReplyDelete
  2. Huh...
    dia nih speses xtido ke?
    mcm musang mlm tol...

    pasal name, leh panggil Syam...
    pasal abg, xde sape pon yg tnganga...

    Sy leh accept kalau nama dipanggil
    as long as, masih menghormati...

    ReplyDelete
  3. wes...
    kaunselor kan ad..
    mintak la nasihat..
    xbley la diri tu di awang2ngan...
    bantu diri untuk bantu org lain..
    motto PERSIS...

    ReplyDelete
  4. huhu...
    mmg ramai PERSIS...
    tp masalah nyer,
    bkn seme org leh diceritakan...

    ReplyDelete
  5. huhuhu...
    sedih mbace post kamu bro...
    neway nasihatku satu jek...
    ~jangan lari dari masalah sebab masalah tu akan kejar kita sampailah kita berani bdepan dgn masalah tu~
    spt kate fatiehah aka adik nurulku tue g lah consult dgn org yg ad trust..
    kalo rse nk jatuh tue mintak org ntuk support...
    i'll b happy to support u bro...
    keep moving on and keep smiling....
    peace....

    ReplyDelete
  6. maksud ak bkn persis dr student,,
    minta nasht dr peg kaunselor,,,
    ape guna dia di sini kalu kita x gunakan dia???

    life must go on....

    ReplyDelete
  7. anashahira >> I'm trying my best to not to run away from my problems...I just need someone...to hold me.

    Fatiehah >> yes, mmg diorg ade...for now, I'm not ready for them yet. I need someone very close to me...very close...

    ReplyDelete
  8. cr je la 'seseorang' tu..huhuhu..
    ak pn prsn ko mgu lps xhepy sgt dlm kls..

    ReplyDelete
  9. hahaha..xtau2..xkn xdpt jwpn kot.
    hahahaha

    ReplyDelete
  10. kalu ade jwp,
    xde la persoalan ni timbul...

    ReplyDelete
  11. hmm, da lame x usha page hisyam. Upenye2 terbelenggu ngan masalah. Bykkan bersabar k. You got many friends around you who cares about you. Bertuah jd hisyam ouh. Always think positive k. A simple thing such as smile will do the rest things. Ade artikel nad baca, kalu kt sedih or murung kt kena serikan wajah kt dengan senyum n ceria. Secara tdak langsung kt ble lupakan segala masalah n mcm x de masalah. Tgk2 ucapan kat atas mcm da ade sumbody..haa pe lg, luahkanlah kat si dia.. kurang sket beban kat hati. Papehal share prob ngan sumone u trust k. (^_^)

    ReplyDelete
  12. SalaAm..

    Who to trust? Bergantung dengan diri sendiri. Kita tahu siapa yang kita boleh percaya.

    ReplyDelete
  13. me..!! me..!! i can b trusted wat..?? cter kat aku nk syam...?? hehehehe =p

    ReplyDelete
  14. byk le...adoyai...pelik tol la perangai ko...ades...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.