Aku Bertemakan Merah Jambu

Hari ini, sahaja aku menukar mood aku kepada merah jambu (pink). Bukannya apa, sahaja suka-suka.

Lihatlah gambar ini, aku mengubahkan wallpaper, tema Windows, Winamp, dan Yahoo! Messenger kepada warna merah jambu.


Wallpaper dan Start Menu bertemakan merah jambu.

Winamp, Windows Theme, dan Yahoo! Messenger bertemakan merah jambu.

Gambar di atas aku kaburkan untuk kepentingan privacy tuan punya gambar di dlamnya. Juga pada Yahoo! Messenger untuk mengelak daripada mereka diganggu oleh pembaca-pembaca yang randomize add users.

Untuk pengetahuan semua, aku bukanlah lelaki lembut atau apa-apa yang negatif terhadap lelaki. Aku adalah lelaki normal.

Aku mengubah mood kepada tema merah jambu adalah untuk memeri tahu kepada dunia bahawa warna merah jambu bukanlah untuk wanita sahaja. Warna bukanlah melambangkan sesuatu gender. Warna adalah universal.

Lelaki yang menggunakan warna lembut tak semestinya mereka lembut, dan wanita yang menggunakan warna garang tak semestinya mereka kasar. Semuanya berpunca kepada diri sendiri.

Aku tak menafikan bahawa aku juga menggemari warna merah jambu. Kadang kala, aku tidak segan untuk tampil dalam warna tersebut, asalkan aku masih dengan keperibadian aku yang normal.

Aku juga merancang untuk menambahkan koleksi pakaian (formal dan kasual) aku dengan warna merah jambu. Nantikan penampilan aku pada masa akan datang!

Nota kaki: Aku tak mengubah tema blog aku kepada warna merah jambu kerana kerja-kerja mengubah tema adalah sesuatu yang amat melecehkan! =)

Post a Comment

8 Comments

  1. kabur la sgt huhuuhu tulun2 (~_~) aku x bersalah tu hnyelah slh phm semate mate tp pe2 pun gdluck utk kaler chnging ko syam. jgn dtg auuwww sem dpn dah hehehe...

    ReplyDelete
  2. org yg sme dgn kat ats 2Thursday, April 16, 2009 6:26:00 pm

    lg stu lg stu (fuh slalu tol lpe bnde2 pnting!) hehehe
    lps bce entry nih..
    i really2 feel like..

    feel like...

    like...

    feel like wanna kill someone

    hehehe (cam knl ayt 2 kan hehehe)
    (^_^)

    ReplyDelete
  3. i pun cam knal je ayt tu..
    and..
    cam knal je wallpaper n org kt ats ni..
    xyah duk bt nme len..
    i know u..

    ReplyDelete
  4. setuju...template lama aku ada gak warna merah jambu.ahakz...

    tukar template memng melecehkan...entah nape,dekat nak exam,rajin lak aku pegi tukar template nie..huhu

    ReplyDelete
  5. Aku mmg kenal ayat nak kill someone tuh...hahaha

    Paan >> 2 la ko...xleh ke tggu abes exam dlu...byk mase lps exam nnt...

    ReplyDelete
  6. haha...tgk r sape cndid gmbr tu...
    cuma dicantikkan oleh org yg mengedit je..
    hehe...
    ala kucai..
    malu2 lembu plak..
    hahaaa...
    alamak..terkantoi plak watak dlm tu...

    ReplyDelete
  7. fizah>> eleleleh siapekah aku hahaha wat2 knl lak...

    fatiehah>> wettt....!!! jgn la mngantoikan aku kat cni... huhuhuhu... sume slh ko cndid gmbo neh huhuhhuhu he3 n org yg edit gak (lawa plak die edit gmbo 2 huhu)

    i'm innocent huk3...

    (~_~)

    ReplyDelete
  8. syam..
    nth2 gmbr yg kabur 2 gmbar ko..
    ngn spe 2?
    hihi..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)