| 2 comments ]


Anda semua tengok, baca apa yang tertulis pada gambar di atas, dan buatlah apa yang anda suka.

Memang benar aku mengendalikan banyak blog, tapi blog yang paling aku sayang dan paling aku aktif kendalikan ialah Fadzrulhisyam.


Untuk blog yang aku kaburkan itu, asalnya aku melancarkan blog itu untuk dijadikan ruang perbincangan isu semasa, malangnya kebanyakan pelawat yang fanatik politik murahan menjadikan blog ini medan melepaskan perkataan yang tak baik serta melancarkan penghinaan kepada parti lagi satu.

Kebanyakannya, parti bola dan parti mata yang banyak hantar komen seperti itu. Aku pun tak faham. Mungkin bos dia kata mengeluarkan kata-kata tak beberapa nak baik tuh bagus untuk kesihatan kot. Manalah tau kan.

Untuk blog Fadzrulhisyam pula, ini adalah blog yang lebih kepada hal-hal yang ringan-ringan sahaja dan tak mempunyai fokus yang terlalu terperinci. Apa yang aku rasakan mahu diletakkan dalam blog ini, aku akan letakkan dengan suka hatinya. Namun, ada juga sameon-sameon di luar sana menjadikan blog ini sebagai pentas membincangkan hal-hal politik yang berat sedangkan aku hanya meletakkan post yang mengajak kita berfikiran terbuka dan berfikiran ringan sahaja.

Mungkin ramai yang tertanya, mengapa aku lancarkan blog Abang Arul? Blog ini lebih kepada hal-hal peribadi aku untuk dikongsi dengan pembaca. Aku takkan letak pada blog Fadzrulhisyam kerana ia bukan lokasi yang sesuai. Jadi, Abang Arul menjadi pilihan aku.

Siapa dari UMP? Jika benar, anda pasti tahu mengapa aku lancarkan DigiLog bukan? Ini adalah untuk penilaian subjek Technical English dan Technical Writing. Aku harap-harap, subjek ini membantu aku untuk score.

SBPI Pekan dan Intepianz Leavers adalah blog yang ada kaitan dengan sekolah aku. Cuma Intepianz Leavers adalah blog alumni. Untuk SBPI Pekan, aku hanya mengendalinya untuk sementara sahaja. Kemudian, aku akan serahkan kepada orang lain untuk mengendalikannya.

Ini pula, panjang sedikit namanya, Fadzrulhisyam Test Blog. Jika aku mahu lakukan segala eksperimen tentang posting, template, dan lain-lain blog inilah jadi mangsanya. Jadi, tak perlulah aku risau semasa mengubah apa-apa pada blog aku yang lain jika berlaku kerosakan mega kerana aku akan test dahulu pada blog ini.

Anda pula bagaimana? Mungkin ada yang lebih banyak dari aku? Marilah kita sama-sama kongsikan.

2 comments:

  1. hehehe.lebih kurang la...campur ngan blog yg gagal lagi.huhu...

    ReplyDelete
  2. SalaAm..

    Haha.. Cam lebih kurang la.. 3 akaun blogger ( jumlah blog 8), 2 bloglog (1 dah mati.. Baru je mati.. ) 1 blog epass kat era.fm, blog kat friendster tak update 5 bulan, kat myspace tah dari zaman bila tak update tah..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.