ET, Lesen & Jejak Kasih?

Kali ini, aku mahu menceritakan tiga perkara utama yang berkaitan dengan kehidupan aku pada hari ini iaitu ET, lesen memandum dan jejak kasih?

ET
ET yang aku maksudkan bukanlah tentang movie Hollywood yang bertajuk The Extra-Terrestrial keluaran Universal Studios itu, tetapi ET yang aku maksudkan ialah subjek Electrical Technology yang peperiksaan akhirnya baru sahaja aku duduki sebentar tadi.


Seperti apa yang aku jangkakan, aku akan menghadapi masalah semasa peperiksaan itu. Semestinya, tiada rumus bantuan dibekalkan untuk peperiksaan ini.

Dari lima soalan, aku perlu menjawab empat soalan. Namun, aku hanya mampu menjawab tiga soalan sahaja dan soalan yang betul-betul yakin aku menjawabnya ialah dua soalan sahaja. Dengan perasaan berdebar, tangan menggigil sepanjang peperiksaan dan kebuntuan yang timbul, aku menghadapi kesukaran untuk menjawab peperiksaan tersebut. Apa pun, aku hanya mampu memandang gred C sahaja untuk subjek ini.

Lesen Memandu



Semalam, aku telah memohon untuk memperbaharui lesen memandu aku dengan menggunakan khidmat sebuah pusat latihan memandu dan katanya hari ini aku akan mendapatkannya. Malah, aku telah menerima SMS dari pegawai di pusat latihan tersebut bahawa lesen aku sudah siap dan sedia untuk diambil. Namun begitu, SMS yang aku terima adalah pada tengah hari tadi, ketika aku sedang bertungkus lumus untuk kali terakhir sebelum peperiksaan akhir subjek ET.

Setelah tamat peperiksaan pada jam 4.30 petang, aku pergi ke pusat latihan memandu tersebut untuk mengambil lesen aku, tetapi malangnya pegawai tersebut tiada malah lesenku dibawanya ke Beserah tanda ditinggalkan di pejabatnya. Nampaknya, kena tunggu esoklah gamaknya.

Jejak Kasih
Aku tak pasti, adakah ini boleh dikatakan jejak kasih atau jejak rasul? Apa pun, ikutilah kisah ini dahulu.

Selepas gagal untuk mendapatkan semula lesen aku, dijemput oleh Along untuk ke rumahnya. Agak lama juga aku di sana. Sempatlah makan sate dan keropok lekor sedikit. Semasa aku bersembang sedikit dengan ayah Along, tiba-tiba dia bertanya kepadaku, "Kau ke yang belajar ke Integrasi Pekan dulu? Semasa kau nak ambil x-ray di hospital dulu dengan mak kau?"

Aku terpinga, lalu aku terfikir, betul apa yang dia katakan. Aku memang ambil x-ray dengan mama semasa aku nak masuk ke sekolah bersrama dulu. Lalu dia sambung, "Ya lah, kaulah yang sekali dengan dia (Along) dulu, dia pergi ke SBPI Kuantan, kau ke SBPI Pekan!"

Kemudian, barulah aku ingat kejadian itu. Ya, aku memang pernah berjumpa dengan seorang yang akan ke SBPI Kuantan semasa aku mahu mengambil x-ray di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Rupa-rupanya Alonglah orangnya dahulu! Kini dia sekelas dengan aku sudah satu semester! Tak kusangka-sangka orang yang aku rasakan baru sahaja aku temui setahun lalu, telah kutemui empat tahun lalu! Kuat sungguh ingatan ayah Along!

Semasa mahu pulang ke UMP, Along bertanya kepadaku, "Kau ke yang dulu tu? Aku pun dah tak ingat. Rupa-rupanya dah sekelas kita sekarang!"

Aku pun bersetuju sahaja kata-katanya itu. Sudah setahun kami berkenalan, tak pernahpun kami perasan bahawa kami pernah berjumpa empat tahun dahulu. Tak sangka kan? Kuat sungguh ingatan ayah Along. Aku tabik hormat kepadanya. Betulah kata orang, orang yang berkerja kampung sememangnya kuat ingatannya.

Apa pun, aku gembira kerana diketemuan dengan ayah Along dan dapat mengimbau kembali kenangan dahulu. Siapa sangka, dunia ini begitu besar, kadang kala terlalu kecil pula pada kita.

*****

Nota kaki:
Teringat pula kisah aku dengan Azri yang sama-sama tinggal di Kuantan. Aku di Sungai Isap, Azri di Taman Tas. Kawan-kawan aku adalah kawan-kawannya juga, tetapi sepanjang 11 tahun aku tinggal di Kuantan, tak pernah aku berjumpa dengannya. Aku mengenali Azri semasa belajar di Kolej MARA Kuala Nerang di Kedah. Dirasakan Kuantan itu terlalu besar, tetapi Malaysia itu terlalu kecil bagi kami.

Post a Comment

3 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Sorry, Waheeda, komen kau terpaksa aku padam.

    Aku boleh sangat biarkan nombor tuh, tapi aku kena ikut peraturan multimedia iaitu tak dibenarkan menyiarkan maklumat (no tel, alamat, dll) secara umum tanpa kebenaran tuannya.

    Ni utk elakkan masalah jenayah siber...

    okeh? faham?

    ReplyDelete
  3. azri ade cerite jugak.

    hoho

    suwit pertemuan itu. lol

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)