Harga Blog Aku

Aku dapat tahu pasal web ni dari blog sahabat aku yang dah lame aku tahu kewujudannya, tetapi tak tahu mukanya. Memang pelik, aku kenal dia sebagai watak dalam kartun Onepiece kalau tak silap. Aku ni bukannya layan anime sangat pun. Beliau adalah Farhan atau dikenali sebagai Paan.

Disebabkan pagi-pagi buta ini aku tak boleh nak tidur, lalu aku pum menggatalkan diri untuk mencuba juga benda alah ini.

Web ini bernama $timator, iaitu web yang mengira harga sesuatu laman web dan adik-beradik dengannya.




Harga yang dinyatakan itu adalah dalam USD ataupun Euro. Menurut nilai matawang semasa:

MYR 1 = USD 0.277855
USD 1 = MYR 3.598999

Maka, harga blog aku ini adalah:

USD 225,725 x 3.598999 = MYR 812,384.1572

Wah! Kalau benarlah aku boleh jual blog aku dengan harga sebegini, pastinya sudah jutawan aku sekarang! Separuh wang akan aku laburkan untuk jaminan masa depan adik-beradik dan keluargaku, hantarlah sesiapa ahli keluargaku pergi haji, langsaikan segala hutang mama dan papa dengan bank, dan aku hanya ambil sedikit sahaja untuk perkahwinan dan masa depan keluarga aku nanti. Kalau ini benar-benar boleh berlaku.

Namun begitu, aku takkan jual blog aku ini kerana segala kisah senang duka hidup aku ada pada blog ini. Blog ini juga menghubungkan aku dengan semua sahabat aku di seluruh dunia! Sejumlah besar mana pun wang itu takkan terbayar dengan pengalaman dan nilai persahabatan!

Walaubagaimanapun, seronok juga bermain dengan sesuatu yang interaktif begini. Cuma, untuk masa hadapan, aku akan menambah baik laman ini agar semua markah yang kosong (0) itu akan terisi juga nanti.

Aku dah tahu harga blog aku, anda semua bagaimana?

$225,725
Check yours?


Nota kaki:
1. Kepada Paan, tingkatkan lagi usaha untuk menambahkan harga blog kamu ya. No heart feeling.
2. USD bermaksud United State Dollar mengikut kod pasaran matawang antarabangsa.
3. MYR bermaksud Malaysian Ringgit mengikut kod pasaran matawang antarabangsa.

Post a Comment

9 Comments

  1. thanks sebab sempat kenalkan aku.hehehe

    alamak,lupa nak bagitau.Pengiraan dari website ini dipengaruhi oleh main domian dia.Sebab ko pakai sub domain dari www.co.cc,so nilai blog ko akan turut jadi tinggi.Kalo nak yg lebih tepat,cuba masukkan url blog yg blogspot.com

    ReplyDelete
  2. tapi aku dah check www.chedet.co.cc, just USD 1,539 ajer...

    hurm...

    ReplyDelete
  3. aku just 76 dollar ja tp klau convert mesia byk gak tu, haha :P

    ReplyDelete
  4. SalaAm..

    Sangat kelakar sebab try cek 3 blog yang domainnya sama (dan isinya tentu berlainan) tapi blog yang paling banyak isi tu yang paling murah 64 dollar je. Blog yang isinya cuma 2,3 kerat sampai 5.5 juta dollar. Yang lagi satu pulak sampai 6.8 juta. Huhu.. Kalau betullah, jadi millionaire..

    ReplyDelete
  5. aku rasa sistem pengiraan dia belum cukup betul lagi la...

    aku sendiri pun pelik..

    ReplyDelete
  6. Xpe, kita main benda ni skadar suka2 cukup...hehehe

    ReplyDelete
  7. setuju..bukan dapat duit pun..malas nak memahamkan algorithm pengiraan yg suka tue..bek pahamkan calculus aku.hahaha

    ReplyDelete
  8. hahaha... ko pcy la menatang neh syam hehehe (^_^)

    kalo leh jual aku nk je jual...
    tlg check kan website aku (padahal blog bi yg wjib kne wat neh huhuhu)

    http://zarinam05muhamadkhusairi.blogspot.com/

    kalo leh jual... tlg jualkn skali... cket pun xpe xde kenangan pun dlm 2... hehehe (^_^)

    ReplyDelete
  9. muahaha sume yg blogspot sume leh kaya hehehe syam nk jual web cam ne timbang ikot kilo ke kati...??
    (^_^)

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)