| 1 comments ]



Dah lihat gambar-gambar di atas? Itulah timbunan baran-barang aku selepas dikemas. Aku sangkakan banyak sangat barangnya, rupa-rupanya sedikit sahaja. Walaupun sedikit, tetapi penuh juga apabila diisi ke dalam Perodua Kelisa.

Pada masa ini, Alif dan Idham sudah pun pulang. Bob (Bukhari) pula keluar ke kuantan bersama abangnya. Maka tinggallah aku keseorangan.

Aku mengangkat barang-barang ini ke dalam kereta sambil melihat rakan-rakan yang seorang demi seorang meninggalkan UMP. Ini bermakna mereka meninggalkan aku juga kerana bagi aku berada di UMP mahupun di rumah tiada apa beza yang ketara. Cuma jarak sahaja yang memisahkan kedua-dua tempat ini.

Mereka pastinya gembira kerana dapat pulang ke rumah. Tak mengapalah. Biarlah mereka bergembira selama dua bulan setengah ini. Aku pula perlulah mencari aktiviti yang boleh meningkatkan semula moral aku.

*****

Nota kak:
1. Senarai nombor 8pax aku masih ada lagi 3 ruang kosong. Siapa mahu tersenarai sekali?
2. Apa aktiviti yang boleh mencabut kepala?

1 comment:

  1. SalaAm..

    I notice that that locker is smaller tahn the ones used in KMKN.. Percentage of usage must be higher.. Hehe..

    :)

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.