Kembali ke Dapur

Hari pertama cuti aku bermula dengan aktiviti memasak. Semasa hari-hari awal percutian aku, mama dan papa berada di Kuala Lumpur untuk urusan kerja. Maka, tinggallah aku berseorang di rumah memandangkan adik aku jarang sekali berada di rumah.

Disebabkan aku malas untuk ke kedai makan untuk membeli makanan, aku membuat keputusan untuk memasak makanan sendiri di dapur. Lama sudah aku tidak beraksi di dapur menentang percikan minyak masak. Adalah dalam enam bulan lamanya. Maklumlah, keadaan yang sibuk sebagai seorang pelajar menghalang aku untuk memasak. Biasanya, beli di kafe ataupun kalau berada di rumah, cuma makan terus makanan yang telah disediakan oleh mama.


Aku kembali ke dapur dengan menu masakan yang sememangnya menjadi menu kegemaran aku, iaitu nasi goreng. Kali ini, terdapat sedikit perbezaan dalam bahan-bahan nasi goreng aku iaitu aku memasak nasi goreng dengan bantuan perencah nasi goreng Seri Aji. Sebelum ini, aku tak pernah pun menggunakan apa-apa perencah dalam nasi goreng aku.

Walau apa pun, masakan aku merupakan nasi goreng yang paling sedap pernah aku buat. Namun, aku tak berbangga dengannya kerana aku menggunakan perencah. Untuk aku berasa bengga kepada diri sendiri, aku perlu memasak nasi goreng tanpa perencah.

Lihatlah gambar-gambar di bawah ini yang memaparkan dari bahannya kepada hasilnya.






*****

Nota kaki:
1. Post ini adalah post yang ke-200 bagi blog ini.

Post a Comment

17 Comments

  1. haha....nmpk sodap 2..pos kat kat umh aq kat JB..t aq rase..sodap ke tok sodap...muahaha...ko massak tuk ko sorg je ke???

    ReplyDelete
  2. r ah...sorang ajo ha...
    abeh2 ajo den borat kpalo den...
    hahaha...

    dah lah malam tuh gak
    bmw sauber dpt tpt ptame ngan kedua dari blakang...adeh...

    ReplyDelete
  3. SalaAM..

    Hmm.. NAmpak macam ada orang kena candid camera.. Hehe..

    ReplyDelete
  4. wah..wah..standard la kot..top chef in da world kan guys...muahaha...

    ReplyDelete
  5. hahaha...
    sdap ker??
    ble nk kasi ak rsa?
    hehehe

    ReplyDelete
  6. ayul >> heheh...sikit ajer neh...2 pon stlh byk kali fail...hahaha

    hafizah >> sedaaaapppp...

    ReplyDelete
  7. haha...aq memerlukn COOKer la kat umah ni..mai2 dtg umah aq

    ReplyDelete
  8. huhu..
    rmh ak pn perlukan sorg...
    meh jgak rmh ak..
    peace!!!

    ReplyDelete
  9. wah2..baru je borak td sal recipe..nmpk sedap...ada bakat, minta trunkan ilmu tanpa perencah bole? jgn kedekut taw..hoho

    ReplyDelete
  10. @AYUL

    heh...ko kan leh jadi cooker sndr...

    ReplyDelete
  11. @hafizah
    hek e leh...
    ape gunenye ko pompuan kat rumah ko tuh...

    ReplyDelete
  12. @Nadzirah

    Hehe...boleh ajer...
    dah banyak kali dah masak tanpa perencah...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)