Selamat Bercuti Sahabat Sekalian!

1. Tahniah! Kamu semua dah tamatkan sesi pembelelajaran semester kedua di UMP! Samalah juga dengan aku!

2. Selama dua semester ini, pastinya telah banyak yang kita pelajari di sini, walaupun banyak rungutan dan keluhan dari kita semua.

3. Selepas ini, kita tidak akan bertemu selama dua bulan lebih dan kita akan menyambung pengajian kita pada Julai nanti. Sememangnya, pasti banyak perkara yang akan kita lakukan sepanjang cuti ini, tak kisahlah sesama kita ataupun bersama rakan-rakan lain.



4. Pastikanlah kamu semua menjaga keselamatan dan kesihatan diri agar kita dapat bertemu semula di UMP.

5. Kepada yang mengenali aku, terima kasih kerana mengenali aku yang selalunya akan terlupa akan orang sekelilingnya. Kebiasaannya, aku sukar untuk mengenali dan mengingat wajah dan nama orang yang aku kenali. Maaf ya.

6. Jika aku ada kesalahan dan tersilap kata sama ada yang disengajakan, ataupun tak disengajakan, aku memohon maaf kepada rakan-rakan sekalian. Juga sekiranya ada perbuatan dan tingkah laku aku yang mengguris hati dan perasaan kamu semua, aku dahului dengan permohonan maaf.

7. Diharapkan, perhubungan kita tidak akan terputus selama dua bulan setengah ini. Janganlah segan untuk SMS ataupun call aku.

8. Semoga berjaya untuk masa hadapan. Pastikan kamu semua tidak hilang dari arah tujuan hidup masing-masing.

9. Selamat pulang dan selamat bergembira bersama-sama keluarga tercinta. Juga selamat kembali ke UMP. Aku akan menyambut kamu semua dengan besar hatinya.

*****

Nota kaki:
1. Tak sangka, dah setahun di universiti.
2. Nampaknya, kesunyianlah aku cuti ni.
3. Senarai 8pax aku ada tiga lagi ruang. Siapa nak nombor dia ada dalam senarai 8pax aku?
4. Cuti ini juga, kadar produktiviti blog aku juga pasti akan berkurangan.
5. Post ini dikarang pada 23 April, 8.45 malam dan akan disiarkan secara automatik pada 24 April, 11.00 malam.

Post a Comment

1 Comments

  1. moshi2...
    dh sthun ek?
    rse cam bru je knal sume..
    hehe
    cti nty jgn lpe kan ak jgak
    hahaha

    *kalo rse rndu ak nty msuk kn la no ak dlm list 8pak ko..hahaha

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)