Siapa yang melawat blog aku?


Semasa anda menjalankan lawatan ke blog sendiri, adakah anda tahu siapa yang telah melawat blog anda? Mungkin ada yang tahu, dan mungkin ramai yang tak tahu.


Untuk blog aku, iaitu Abang Arul, aku telah mengenal pasti siapa yang telah melawat ke blog tersebut. Seperti yang anda tahu sebelum ini, Abang Arul adalah blog personal kedua aku. Cuma taklah sehebat seperti Fadzrulhisyam.

Aku dapat mengnal pasti pelawat aku dengan menggunakan satu aplikasi widget yang disediakan oleh FEEDJIT iaitu satu aplikasi yang membolehkan kita mengenal pasti tempat asal pelawat itu (bloggers origin). Jika mahu melihat aplikasinya lebih lanjut, silalah scroll blog aku sehingga habis kandungan di kolum sebelah kanan blog ini. Anda akan melihat dua kotak putih yang salah satunya menyenaraikan asal pelawat dan sebuah lagi menunjukkan peta dunia.

Baiklah, bagi imeg bergambar di atas, aku mengambilnya dari aplikasi yang aku letakkan pada blog Abang Arul. Aku sudah sedia maklum bahawa blog ini sememangnya tidaklah terlalu dikomersialkan seperti Fadzrulhisyam, tetapi cukuplah sekadar sahabat handai aku sahaja yang melawatnya.

Seperti yang tertera dalam imej di atas, terdapat empat lokasi utama pelawat iaitu Malaysia, Mesir, United Kingdom dan Kanada. Melalui tempat-tempat tersebut juga, aku telah mengenal pasti pelawatnya iaitu sahabat aku sendiri yang berada di sana! Cuma, aku tak beberapa pasti berapa ramaikah sahabat aku yang berada di Mesir telah melawat Abang Arul. Yang tersenarai di atas hanyalah yang aku dapat kenal pasti kerana lokasi mereka tersenarai dalam senarai pelawat seperti Al Gharbiyah, Tanta dan Cairo (Khaerah).

Untuk Kanada dan United Kingdom, tak diragui lagi hanya Faisal dan Maisarah sajalah pelawatnya kerana hanya mereka sahaja yang ada di sana. Faisal di Ontario, Ottawa, Kanada manakala Maisarah di Birmingham, England.

Bagi pelawat dari Malaysia, aku tak boleh kenal pasti siapakah yang melwat aku secara personal tetapi yang aku pasti mereka semua adalah sahabat handai aku!

Bagi aku, kehadiran mereka ke dalam blog aku sudah memadai kerana itu merupakan penghargaan yang sungguh bermakna dari sahabat handaiku. Terima kasih kerana melawat, rakan-rakan!

*****

Nota kaki: Peta di atas telah diambil dari laman FEEDJIT dan diolah semula.

Post a Comment

1 Comments

  1. wah..Usama Laden pon view blog ko jgk??wah..heabt btul ko..hehe...mest mahal blog ko pas ni...(^_^)

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)