| 0 comments ]
Award khas dari Azrinda


Sebelum ini, aku baru sahaja menerima tag award dari Azrinda. Untuk sekian kalinya, aku telah menerima satu award khas dari Azrinda. Untuk award ini, dia telah describe aku di dalam blognya (klik di sini). Anda boleh membaca penerangannya terhadap aku di blognya itu.

Walau apa pun keistimewaan aku yang dia nyatakan di dalam tulisannya itu, aku cuma mahu mengingatkan kembali kepada anda semua iaitu aku bukanlah seorang insan yang sempurna. Aku hanyalah insan biasa yang mencuba untuk melakukan yang terbaik agar sentiasa menjadi insan yang berkualiti tinggi dari pelbagai aspek sebaik-baiknya.

Untuk menjadi insan yang berkualiti bukanlah mengambil masa semalaman, ia adalah hasil tunjuk ajar mama dan papa serta cikgu-cikgu yang mendidika aku selama ini. Disiplin ketenteraan yang dikenakan kepada aku semasa kecil telah berjaya menjadikan aku mampu mendisiplinkan diri.

Walau apa pun, ini bukanlah pentas untuk aku berbangga siapa aku. Ini hanyalah untuk menghargai rakan-rakan yang sentiasa berdiri seiringan dengan aku dan menyokong serta menerima aku dalam hidup mereka. Mencari seorang rakan sejati adalah lebih sukar daripada berenang merentasi Selat Melaka. Insan yang digelar rakan amatlah aku hargai kerana dengan menerima aku sebagai sahabat mereka, dan mempercayai aku sudah mencukupi sebagai penghargaan kepadaku. Aku tak perlukan pujian melambung-lambung dan hadiah berjuta-juta ringgit.

Walau apa pun, aku berterima kasih kepada Azrinda atas anugerah ini. Aku menghargainya dan ribuan terima kasih kerana telah menerima aku sebagai seorang sahabat.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.