| 1 comments ]
Biasanya, kita sangat tertunggu-tunggu tibanya hari percutian setelah lama bekerja/belajar. Namun begitu, apabila tiba waktu cuti, mulalah tiada apa yang mahu dilakukan. Di kala tamatnya cuti, berulah rasa cuti yang ada tidak mencukupi.

Aku juga merasakan hal ini. Walaubagaimanapun, dalam post ini, aku bukannya mahu berkata-tkata tentang cuti, aku cuma mahu mengatakan bahawa dalam cuti ini, tak banyak idea penulisan yang dapat aku hasilkan melainkan mengambil dari sumber luar (kredit diberikan kepada laman tersebut) ataupun penerimaan award ataupun tag dari rakan-rakan seperjuangan aku.

Dalam ketiadaan idea baharu ini, aku masih sempat untuk mengemaskini blog aku agar tampak lebih kemas dan menarik. Namun begitu, aku masih merasakan bahawa blog aku masih lagi tidak berada dalam keadaan kemas dan selesa untuk ditatapi. Oleh demikian, aku sedang menjalankan beberapa langkah-langkah penambah baikan blog ini serta blog-blog aku yang lain.

Pada masa yang sama juga, aku ingin mengumumkan bahawa beberapa seksyen dalam blog ini akan dipisahkan kepada blog lain untuk mempertingkatkan lagi mutu blog serta menetpakan arah tuju blog aku kepada arah tuju yang lebih baik.

Disebabkan blog Fadzrulhisyam ini adalah suatu blog bersifat peribadi (personal blog), adalah kurang sesuai jikanya aku meletakkan penulisan-penulisan yang formal dan serius dalam blog ini kerana tujuan blog ini adalah lebih kepada bertemakan kasualiti. Selain itu juga, aku lebih gemar untuk melihat setiap blog aku mempunyai tema penulisan tersendiri. Oleh demikian, aku sedang mengusahakan beberapa usaha untuk melancarkan blog-blog baru mengikut tema yang ditetapkan.

Buat masa kini, dua tema penulisan telah dipisahkan dari blog ini iaitu penulisan yang formal serta hasil karya seni aku. Nama blog yang akan aku lancarkan ini masih lagi dalam proses peningkatan grafik dan grafik sementara bagi blog-blog tersebut adalah hampir sama dengan blog Fadzrulhisyam. Walaupun dipisahkan, blog Fadzrulhisyam ini tetap menjadi blog induk kepada blog-blog aku yang lain.

Namun begitu, penulisan aku dari dalam blog ini yang dipindahkan ke blog baharu tersebut akan terus kekal di dalam blog ini.


1 comment:

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.