Jom Kempen: "Aku Anti-cicak!"



Sebelum ini, aku pernah menulis satu post tentang haiwan amfibia yang bertajuk Afimbia (yang aku salah eja amfibia) lebih kurang enam bulan yang lalu.

Kali ini, aku mahu menyatakan lagi ketidakpuasan hati aku terhadap haiwan jenis berdarah sejuk ini.

Sebelum ini, aku tak pernah mendiskriminasikan haiwan ini (sila baca post sebelum ini untuk mengetahui kisah awal) namun kini, haiwan ini menyebabkan perasaan jenis ini menyusahkan kehidupan aku.

Walaupun asal punca aku mendiskriminasikan amfibia adalah berpunca dari katak, namun kini cicak merupakan haiwan yang paling menjengkelkan bagi aku kini. Di mana-mana saja ada cicak. Dalam bilik, dapur, ruang tamu, bilik mandi, dan lain-lain. Hampir semua pelusuk rumah aku juga dihuni oleh cicak.

Kejengkelan cicak semakin menjadi-jadi apabila cicak-cicak ini gemar memanjat ke atas meja makan. Malah ada suatu ketika, semasa aku baru sampai ke dapur, ada seekor cicak melarikan diri dari dalam cawan teh yang masih ada sedikit lagi isi kandungannya.

Selain itu juga, cicak ini juga sudah pandai memanjat periuk nasi (mujurlah ditutup) dan memanjat ke atas senduk. Perkara ini tidak boleh dibiarkan lagi. Cicak haruslah dihapuskan segera!

Malah, di kala aku sedang menaip post ini juga, masih terdapat cicak yang merayap-rayap di tingkap dan dinding di hadapan aku. Ini menyebabkan perasaan anti-cicak aku semakin membuak-buak.

Wahai sahabat sekalin, aku menyeru kepada semua, marilah kita membanteras cicak daripada terus berleluasa di dalam rumah kita! Hapuskan cicak! Hapuskan populasi cicak di dalam rumah! Jangan biarkan cicak menghantui kita lagi! Hapuskan cicak!

*****

Berikut adalah lokasi 'operasi' cicak di rumah aku:
1. Siling ruang tamu (berdekatan dengan lampu - menyebabkan ia suka-suka berak di atas aku)
2. Dalam almari (tempat koleksi trofi dan medal aku)
3. Dalam gelas minuman
4. Atas meja makan
5. Atas periuk nasi dan di senduk
6. Tong sampah
7. Bilik tidur
8. Dalam bilik air (siap berenang dalam kolah)
9. Kawasan meja komputer
10. Dalam kotak simpanan barang lama
11. Di mana-mana sahaja (toleh saja pasti nampak cicak)

*****
Pengalaman aku dan kenalan aku terhadap cicak:
1. Cicak mati tiba-tiba di hadapan aku (sakit tua kut)
2. Anak saudara aku sangkakan telur cicak adalah gula-gula Mentos.
3. Cicak pernah merayap di atas badan aku.
4. Cicak mati tergoreng akibat terjatuh ke dalam kuali yang dipenuhi minyak masak yang sedang mendidih (pengalaman ex-girlfriend aku.
5. Cicak di dalam bungkusan makanan.
6. Bangkai cicak di celah pintu.

*****
Nota kaki:
1. Walau apa pun, aku sudah menonton kedua-dua sequel Cicak Man.

Post a Comment

2 Comments

  1. agak2 ada tak yg rasa nk telan cicak ni?mna tau, teringin ke...

    eeeeeeeeeee geli lak pikir T_T

    ReplyDelete
  2. @Nazra~

    Heheh...
    xtau le kalu ad yg btol2 jadi Cicak Man la pulak nanti...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)