| 1 comments ]
Kebelakangan ini, banyak pula award yang aku terima dari rakan blog aku. Terima kasih aku ucapkan. Dengan ini, aku baru sahaja menerima award daripada sahabat lama sejak sekolah menengah dahulu, Mahirah. Terima kasih atas award yang diberikan.

Selain itu juga, ada tugasan yang perlu dilakukan untuk meneruskan perjalanan award ini.



Inilah award yang aku terima dan di bawah ini adalah tugasannya.

1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

Normahirah binti Nek Abd Rahman.
- Merupakan sahabat lama dari sekolah menengah dahulu (SBPI Pekan).
- Menurut sejarah blognya, dia merupakan blogger yang baharu sahaja menceburkan diri dalam dunia blog.
- Sekarang belajar di UKM.
- Tak tahu banyak sangat tendang dia, tetapi pastinya dia adalah antara geng-geng yang sentiasa menceriakan sekolah dahulu. Bagus juga ada orang yang meringankan tugas aku. Haha.
- Kalau tengok dalam gambarnya, dia sentiasa tersenyum. Bagus, kerana senyuman itu sedekah. Tak tahulah kalau ada sebab lain. Haha.
- Nak tahu lebih lanjut, silalah layari blognya. Klik di sini.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

- Aku masih single dan available. (Fakta)
- Aku tak suka taugeh, tauhu, soya dan rakan sahabat handainya keculi kicap soya. (Fakta)
- Sejak kemalangan sebanyak dua kali, aku akan memandu dengan menjarakkan kereta aku sejauh 10m dari kereta di hadapan. (Fakta)
- Pernah lemas. Itulah puncanya kenapa aku ada hydrophobia. (Fakta)
- Mudah gayat, tetapi aku suka aktiviti melibatkan ketinggian. (Fakta)
- Meringankan fikiran dengan makan, melayari blog, berfikir, dan berangan-angan. (Hobi)
- Aku benci alien woman yang suka ganggu aku dengan cara nak berkenalan dengan SMS. (Fakta)
- Aku akan buat apa yang aku suka/mahukan tetapi masih mengikut peraturan dan undang-undang. (Fakta)
- Aku tak suka orang terlalu bergantung harap dengan aku. Aku suka hanya untuk seketika, namun dia haruslah berusaha sendiri untuk selebihnya. (Fakta)
- Aku sukar untuk mempercayai orang. Sekali aku dah berikan kepercayaan, janganlah dinodai kepercayaan itu. Pastinya sampai kiamat pun aku takkan percayanya lagi. (Fakta)

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka..

- Ammar: Sahabat karib sejak sekolah menengah (SBPI Pekan). Bekas skater, dan kini lebih menjerumus kepada dunia elektrik. Memang patut pun kau kerja dengan TNB nanti, belajar pun di universiti syarikat itu juga.
- Maisarah: Sahabat sejawat aku semasa di sekolah menengah (SBPI Pekan) cuma aku uruskan bahagian lelaki, dia uruskan bahagian perempuan. Sekarang di Birmingham mengambil jurusan Fizik rasanya.
- Aziera: Bekas anak buah aku semasa di PLKN Bakau. Tak banyak diperkatakan, dia ini aktif berblog.
- Farah: Sama seperti Aziera. Penyokong setia aku semasa di PLKN Bakau setelah ada pemberontakan berlaku dalam kompeni aku yang hampir menggulingkan penguasaan aku.
- Aimy Yasmin: Aku tak beberapa kenal pun dia ini. Cuma dia adalah rakan sekolej di KMKN. Mula rancak berkenalan sesama sendiri ketika di Friendster lalu dibawa ke dunia blog.
- Hafizah: Mula aku kenali di KMKN, dan kini masih belajar bersama-sama di UMP. Dahulu tak pernah pun aku bertegur dengannya, namun kali ini di UMP, kami sekelas selama dua semester.
- Anashahira: Senior aku di UMP. Mula berkenalan di pentas debat Piala NC. Tak tahulah apa lagi yang nak diperkatakan, kerana aku bukannya suka mengkaji orang terlalu mendalam.
- Fatiehah: Rakan yang baharu aku kenali di UMP. Sekelas dengan aku selama dua semester. Orang yang sangat rajin apabila dipaksa.
- Pak Din: Member lama di KMKN. Sekarang di UniMap. Budak yang kadang kala masuk air. Gelaran yang pernah diberi dahulu ialan 'plus minus'.
- Azrinda: Kenal semasa di KMKN. Kini di UMP. Kadang kala, apabila datang waktu sengalnya, maka sengallah dirinya itu.


5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.

*****

Nota kaki: Kenapalah kena hantar 10 orang. Penat aku fikir nak bagi kepada siapa. Masa cuti bukan ramai yang online.

1 comment:

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.