| 6 comments ]
Baru sahaja sekejap tadi, dalam jam 1.10 pagi, aku log masuk ke Skype. Sudah agak lama juga aku tak menjenguk-jenguk Skype. Seminit kemudian, Skype aku berbunyi menandakan ada mesej masuk dan aku dapati Meor yang menghantar mesej kepadaku dengan menghantar alamat blog ini. Aku kehairanan. Kemudian, dia menyatakan aku telah mendapat anugerah daripadanya lalu dia menghantar anugerah ini melalui Skype.

Berikut adalah teks yang aku ambil dari Skype:
[1:11:00] meor: http://www.fadzrulhisyam.co.cc/
[1:11:10] meor: this blog should receive my award
[1:11:11] meor: =)
-----Sesi menghantar fail anugerah-----
[1:12:18] Fadzrul Hisyam: thx
[1:12:35] Fadzrul Hisyam: ^^,
[1:12:47] meor: welkam

Mengikut sejarah, dialah yang pertama menghantar anugerah melalui Skype.




Award pertama dari Meor



Inilah anugerah yang aku terima. Agak ringkas dan aku suka dengan keringkasan grafik anugerah ini dan aku dapati anugerah ini adalah antara yang terbaik yang aku perolehi.

Di sini, suka aku menceritakan serba sedikit perihal Meor yang aku tahu. Nama penuhnya tak pernah akut tahu. Pada permulaannya, aku kenalnya dari Skype (screen name semata-mata). Tak pernah pun kami bersembang di dalam Skype.

Kemudian, buat pertama kalinya, aku melawat blognya. Kemudian kami berbalas komen dan menganggap seperti kawan yang pernah berjumpa selalu, sedangkan kami tak pernah bertemu pun. Walaupun dia hanya tinggal satu blok dengan aku!

Setelah sekian lama, hampir dengan hujung semsester dua, barulah kami bertentang mata, namun tak ada point nak disembangkan. Namun barulah boleh kami katakan kami pernah bertemu.

Meor yang menuntut di UMP dalam jurusan Kejuruteraan Awam ini pada asalnya mengumumkan dirinya single di dalam blognya. Nemun baru-baru ini, pengumuman itu sudah tiada. Pastinya dia sudah berpunya. Pada gadis-gadis di luar sana, tunggu giliran ya!

Dari segi seni menghantar blog, kebiasaannya penulisannya hanyalah ringkas dan diiringi dengan sekurang-kurangnya satu gambar. Penulisan yang ringkas ini juga membantu aku menjimatkan masa aku untuk membaca blognya kerana dalam ringkasannya itulah mengandungi segala isi penting yang mahu dia ketengahkan kepada semua.

Apa pun, aku berterima kasih kepada Meor kerana anugerah ini.

6 comments:

  1. the most I like in your blog is your sidebar.. link with edited picture.. really creative..

    u r the first who receive my award.. =)

    ReplyDelete
  2. @440252265827892833.0
    I appreciate it, bro.

    ReplyDelete
  3. seriuosly dis fadzrulhisyam really deserve this award..i'm agreed with meor..link with edited picture paling cathcy..terkejut gak bila hisyam ltk gmbr nad...terharu lak..tq2..hehe..how did u do that? adobe ke?

    ReplyDelete
  4. @Nadzirah
    Yup, pakai Adobe Photoshop...
    ingat nak letak banyak ag, tapi...hehehe
    idea polos seraya kekurangan gambar2 org yg dikehendaki...hehehe

    ReplyDelete
  5. taw xpe,lma siut ko xon skype..
    lalala~sya shabt sjati..
    btw,how's life been treating u.haha,can't wait to see u guys..
    da jmpa pesal?

    ReplyDelete
  6. @maisarah
    hehe...
    sbb aku xwat auto log in dah...
    sbb 2 jarang skype

    my life treating me?
    so cruel...
    diorg dok rekues reunion sgt
    ble aku dah siap buat 3/4 keje
    tup tup leh xde respon langsung lak dr diorg...
    ades...

    pesa?
    aku jumpe dia ujung bulan neh...
    ko mai la skali kuantan...
    hehehe
    ko dtg skali ngan pesa...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.