Bersengkang Mata

Hujung minggu ini, aku memang menghadapi situasi yang sangat sibuk. Aku perlu siapkan modul untuk ceramah nanti. Semalam, aku dah berjumpa dengan Azri. Balik sahaja ke rumah dalam jam 5, aku menyambung kerja yang sepatutnya aku selesaikan. Kerja apa lagi, modul yang kena disiapkan itulah.

Buat punya buat, aku sudah hilang punca. Aku tiada idea untuk pencontoh (template) multimedia aku! Yang aku dah siapkan itu tak sesuai untuk modul aku. Aku buntu. Akhirnya, aku mengambil jalan penyelesaian yang aku rasakan sesuai kerana maksud pencontoh di dalam multimedia tak semestinya nak canggih-canggih, jika ada yang ringkas pun sudah dikira bagus. Jadi, aku menggunakan unsur garisan untuk dijadikan sempadan pencontoh (border template) bagi multimedia aku.

Kerja itu terus aku jalankan sehinggalah aku lupa bahawa semalam adalah hari Sabtu! Hari sabtu ada pasar malam di kawasan perumahan aku! Sedar-sedar sudah jam 9.30 malam.

Aku makan malam dengan pada jam 10.00 malam. Ini bukan makan malam (dinner) namanya, ini sudah makan lewat malam (supper)!

Sebelum aku menyambung kerja-kerja aku, aku bersembang maya (chatting) dengan kawan-kawan aku serta Miss F. Ironinya, banyak chat yang aku tak layan kerana kasibukan menyiapkan kerja, tetapi apabila Miss F 'masuk' pula, aku sanggup lupakan seketika kerja-kerja yang memang membebani aku. Mungkin aku perlukan tempoh untuk menenangkan diri sekali sekala.



Nasi Goreng Kampung + Sup Daging + Teh Ais = Supper



Akhirnya, aku meneruskan kerja aku selepas aku tamat bersembang dengan Miss F pada jam 12.30 malam. Semakin lama, semakin banyak yang sudah disiapkan. Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan jam 5.30 pagi. Tak apa, sedikit lagi modul 2 nak disiapkan.

Tak apa, memang tak apalah. Apabila jam menjangkau masa 6.00 pagi, aku sudah tersengguk-sengguk sambil menyiapkan sisipan terakhir. Modul 2 siap pada jam 6.15 pagi.
Aku tidur pada jam 6.30 pagi.

Sedar sahaja daripada tidur, jam menunjukkan pukul 10.45 pagi.

*****

Nota Kaki:
1. Ada satu lagi modul yang belum disiapkan.
2. Aku makan kenduri di rumah sebelah untuk makan tengah hari aku.
3. Aku terpaksa mengeluarkan buku Dinamik semata-mata untuk mendapatkan istilah gerakan berputar (circular motion), sedangkan istilah yang sepatutnya aku cari ialah gerakan berorbit (orbital motion).


Post a Comment

1 Comments

  1. terliur gle tgk gamba mknan mesia..
    xkesah aa papepon, janji dr mesia.. tetap terliur jugak..
    wuaaa nk teh ais! teh ais kt restoran mesia kt cni xjadik mcm yg kat mesia.. sbb susu pekat cni mahal..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)