Dari Kaca Mata

Sejak awal minggu lepas, cermin mata aku yang berjenama Schwarzenbach telah mengalami kerosakan yang pada mulanya tidaklah terlalu serius. Lens holder di sebelah kiri tertanggal kerana kegagalan fungsi pateri yang sepatut menyambung antara lens holder dan main frame seperti yang sepatutnya.

Walaupun pada asalnya keadaannya tidaklah terlalu serius, namun semakin hari, kadar keseriusannya meningkat kerana keluasan holder yang tertanggal itu semakin besar.

Oleh demikian, semalam aku pergi bertemu optometrist untuk membincangkan tentang hal ini. Setelah seketika, aku memutuskan untuk membuat cermin mata baharu agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang.



Schwarzenbach yang telah berkhidmat selama 1 tahun 3 bulan



Cermin mata Schwarzenbach ini mula digunakan pada 20 Mac 2008 semasa aku masih menuntut di KMKN selepas cermin mata berjenama Xtrend patah secara tiba-tiba. Setelah sekian lama berkhidmat, akhirnya khidmatnya ditamatkan kerana mengalami ketidakupayaan untuk berkhidmat lagi. Walaupun cermin mata ini tidak lama perkhidmatannya, namun tempoh perkhidmatannya adalah antara cermin mata yang paling lama tempoh perkhidmatannya sepanjang tempoh aku menggunakan cermin mata sejak tahun 2000.



Kerosakan yang menimpanya - lens holder tertanggal dari paterinya





Forest - Memulakan khidmat dengan serta merta



Setelah tamatnya khidmat Schwarzenbach, Forest menggantikan khidmat dengan serta merta dengan mewarisi kanta daripada Schwarzenbach. Ini dapat menjimatkan lagi kos pengambil alihan tugas sekurang-kurangnya sebanyak RM150. Prosesnya mengambi masa selama 30 minit dan sementara itu, aku pergi minum sebentar di medan selera.

Ketika itulah juga (aku tidak memakai cermin mata ketika menunggu Forest siap diproses) banyaklah pula awek-awek cun yang ada di situ. Mereka ini macam tahu sahaja aku tidak bercermin mata ketika itu. Bagaimana aku tahu mereka semua cun? Kerana aku cuma ada masalah mata yang tidak beberapa jelas, bukannya buta. Ada faham?



Kawad tukar khidmat - satunya bersara, satunya menyambung khidmat



Di kala cermin mata Forest ini berkhidmat, masih ada cermin mata aku yang sudah boleh diiktiraf sebagai cermin mata veteran untuk sedia berkhidmat di kala aku menghadapi kecemasan yang tidak dapat dielakkan. Walaupun aku sudah lupa jenamanya, namun ia sudah berkhidmat sejak 2 generasi sebelum jenama Xtrend mula berkhidmat.

Di sini, aku mahu sarankan kepada kamu semua agar jagalah mata kamu. Memakai cermin mata ini bukanlah untuk fesyen semata-mata, tetapi fungsinya adalah lebih kerana itu. Tanpa cermin mata, kami mungkin boleh dikatakan sebagai warga separa OKU.

-----

Nota kaki:
1. Teringat semasa Tingkatan 2, aku menggunakan cermin mata gaya Chester (sila rujuk Chester Linkin Park - lihat cermin matanya) dan gaya ini sangat dibanggakan ketika itu.
2. KMKN merupakan tempat berlakunya tragedi kerosakan cemin mata aku yang paling kritikal - rosak sebanyak 2 kali dan bertukar sebanyak dua kali. Kali pertamanya adalah kerana dihempap bola tampar. Kemudian, lagi 3 orang rakan aku mengikut 'jejak langkah' aku kerana mewarisi 'bala' yang aku bawa. Haha.
3. Aku tak suka menggunakan cermin mata kerana menghadkan pergerakan aku untuk aktif dalam sukan, tetapi aku tak berani menggunakan kanta lekap (contact lens).


Post a Comment

6 Comments

  1. haha..nasib ni pun slalu menimpa nad.
    tp sygla nak tukar spek sekarang.
    tol2 pesanan penaja, jagalah mata anda. Ia membataskan pergerakan sebenarnya.
    Dulu punyalah x mo pkai spek, skarang ni kena redha jela, mata da kabur..huk3

    kalu da keje mana taw bole buat laser ke pkai cntact lens ke kn?haha

    ReplyDelete
  2. @Nadzirah
    Huhu...tgk ler nnet camne...
    tapi kan...
    org kate

    syam lagi ensem kalu pakai spek...
    hehehe....

    dilema nih...
    HAHHA

    ReplyDelete
  3. ye ke..haha...yela, sbb org da biasa tgk hisyam pkai spek kot..

    tp personally kalu nad, nad mmg ske laki pkai spek.nmpk intelektual n smart. nad jnis sng tertarik kat org yg pkai spek..tp x terikat..haha

    ReplyDelete
  4. @Nadzirah
    Haha...leh ek camtuh???
    hurm...

    I'm fashion victim...
    lalala~~~~

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)