Di sana Ottawa, di sini Kuantan, bertemu di Pekan

MAKLUMAN: Post ini sepatutnya disiarkan sebelum post Kembara Utara: Kedah dan Pulau Pinang, namun akibat kelewatan menerima sumber berita, post ini terpaksa disiarkan selepas post yang dimaksudkan. Untuk mendapat cerita lebih menarik, sila baca sambungan kisah ini pada post Kembara Utara: Kedah dan Pulau Pinang.

Alamak, air-cond rosaklah pula. Pesa dah nak sampai petang nanti. Masa macam inilah pula air-cond nak rosak. Tak bolehkah rosak hari lain? Nak juga rosak hari ini.

Aku agak cemas dengan situasi yang cemas ini. Maklumlah, mahu menyambut ketibaan seorang 'musuh' aku yang paling ketat yang tiba dari Kanada... eh, dari Seremban bukan dari Kanada. Dia cuma belajar di Kanada sahaja. Sini, aku nak baiki ayat aku... dia datang dari Seremban (walaupun tempat tinggalnya di Terengganu), dan dia juga baru pulang dari Kanada kerana cuti semester (walaupun dah lama dia pulang ke Malaysia sebenarnya).

Kalau pendingin hawa kereta aku tak sihat, mestilah dia akan complaint, maklumlah... Ottawa kan bersuhu bawah paras beku. Tak tahulah kalau otaknya juga beku. Malaysia ini pula panas dan lembap sepanjang tahun, hanya menunggu monsun Timur Laut sahaja untuk rasa sejuk dan basah.

Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Pendingin hawa kereta masih belum siap dibaiki. Motorola V3x aku pula seronok memainkan lagu yang bukan-bukan semata-mata nak bagi tahu sms dari Pesa dah sampai. SMS sahaja, bukan nak kata dia dah sampai. Dia cuma beri tahu dah nak sampai. Ah, pening aku nak buat ayat sampai-sampai ni. Ada yang tak sampai penyampaian aku ni nanti.

Pesa sampai di Terminal Makmur dalam 3.15 petang. Kereta masih belum bersedia untuk berkhidmat. Aku pun cakap sama itu fomen, "cepat sikitlah! Banyak lambat lu buat kerja! Wa flying kick sama lu baru lu tau!"

Sekali aku cakap macam tu, dia campak minyak gris satu tong drum la. Hampeh punya fomen... tak adalah.... Gila aku nak buat macam tu. Tunggu sajalah, dan aku minta Pesa tunggu sementara kereta sikit lagi nak siap. Pesa pun ok sahaja.

Siap sahaja baiki, aku terus memecut terus ke Terminal Makmur dengan kelajuan 3.4 Mach - bersamaan 3.4 kali ganda kelajuan bunyi. Menyebabkan halilintar dan suasana di daerah Kuantan ibarat dilanda Taufan Katrina. [jangan percaya... apalah Perodua Kelisa mampu buat]

Tibanya aku di Terminal Makmur, aku pun menelefon Pesa. Tak berangkat. Lalu terlintas dalam benak pemikiranku, "Hampeh betul budak Pesa ni, layan girlfriend sampai tak sedar handset berbunyi/bergetar!"

Aku pun meletakkan kereta aku di parkir kereta. Apa lagi, takkan nak telefon dia lagi? Sah-sah takkan layan aku... kalau buah hati dah ada di sebelah. [jahat betul otak kiri aku menghasut]

Aku sangkakan dia masih lagi makan-makan, aku carilah di kawasan tempat makan. Tak ada. Cari punya cari, tak jumpa-jumpa. Dah hilang. Aku pun cari di kawasan orang ramai. Nampaknya dia duduk-duduk sahaja di bangku yang tersedia di situ.

Akhirnya, aku bertemu dengan musuh lamaku yang tak pernah terhapus dari kamus hidup aku. Dilihat pula di sebelahnya, Shahida (aku tak tau ejaan namanya, aku hentam sajalah) dan seorang yang aku rasa seperti pernah nampak mukanya... mungkin tidak, mungkin aku lupa, mungkin tidak, mungkin juga bayangan semata-mata... juga tidak. Rupa-rupanya, dia ini rakan satu sekolah juga. Nisah namanya [ini sahaja bahagian nama yang aku tahu] Ah, baru aku ingat! Dia memang budak sekolah aku dulu. Tapi apa yang aku ingat? Entahlah, sedangkan budak perempuan satu batch dengan aku pun aku tak ingat sangat, inikan pula budak perempuan batch lain.

Pertemuan ini memulakan eksplorasi baharu. Kami pun terus menuju ke Pekan. Kepada yang tak tahu, bukan pekan kecil... ini daerah Pekan yang terletak di Pahang. Berkoordinat ... bla..bla..bla.... Tak sampai pun. Cuma setakat sampai di Pantai Selamat [bukan Pantai Dalam]. Dalam perjalanan itu, kereta aku diserang oleh pengganas. Menyebabkan kereta aku terlanggar bonggol di tengah jalan lalu menyebabkan kereta aku tercampak sedikit dan menyebabkan penumpang belakang terhantuk di bumbung kereta. Kasihan mereka. Jahat punya pengganas! Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Pekan. Ingatkan nak berjumpa dengan Cikgu Hayati di sekolah, rupa-rupanya dia dah tak ada di sekolah. Kami pun teruslah mencarinya.

Aku mendail CSI, Pesa mendail FBI dan CIA. Cari punya cari, kami bertemu dengan Cikgu Hayati di stesen minyak [tak ingat stesen apa]. Lalu kami mengikutnya ke rumahnya. Habis tu, nak kemana lagi. Aku dah membayang-bayangkan apa yang akan ada di rumahnya. Mi goreng, bihun goreng, air sirap, air oren, dan macam-macam lagi. Tibanya di rumahnya. Bau semerbak harum memenuhi rumah cikgu. Macam langkah kanan sahaja.



Mereka di rumah Cikgu Hayati



Sembang punya sembang, akhirnya aku dan Pesa beransur pulang. Shahida dan Nisah pula kami tinggalkan di rumah Cikgu Hayati.

Dalam perjalanan pulang, aku berkata kepada Pesa, "alamak, bau dah harum... tapi... haha... buruk betul perangai aku!"

Aku dan Pesa gelak di dalam kereta puas-puas sambil melayan lagu-lagu yang dikumandangkan di dalam radio. Banyak juga lagu yang kami lalakkan.

Aku dan Pesa tiba di rumah aku pada pukul 6.30 petang. Kami pun berehatlah. Malam itu, aku melayan iPhone Pesa. Jakunlah seketika. Tak apa, aku setakat Motorola sahaja. Bolehlah aku bersikap jakun. Banyak game yang aku main dalam iPhone itu sampailah habis bateri. Lewat malam sedikit, aku dan Pesa online Facebook, YM dan sebagainya. Sembang-sembang, borak-borak.

"Preeeeeennggggggg!!!! Teng! Teng! Teng! Teng!" bunyi RXZ di hadapan rumah aku. Ni mesti Jeman ni. Eh, aku pelik. Mana si Jaar? Rupa-rupanya Pesa salah bagi tahu aku... dia selalu kata Jaar, tetapi Jeman yang sebenarnya. Harap sahaja belajar jauh-jauh, Jaar dan Jeman pun tak tahu beza. Kami pun bersembanglah dengan segala topik yang berkumandang, terutamanya kisah Jeman kemalangan satu minggu sebelum peperiksaan akhir semester.

Kepenatan melampau menyebabkan pesa tidur awal sambil aku melayan cerita apa entah di HBO pada malam itu.

Esoknya, aku bangun pada jam 6 pagi. Aku tak tahu Pesa dah bangun atau tidak. Biarkan beliau. Nanti pandai-pandailah dia bangun. Siap-siap sahaja aku mandi, dia sudah berada di bilik aku membelek-belek majalah Gemilang [cover design aku yang buat - promote diri skejap]

Sembanglah macam-macam... aku pun tak ingat apa yang kami bincangkan. Kami keluar dari rumah pada jam 8.00 pagi. Terus meluncur laju ke SBPI Pekan. Lajunya sepantas 5 kali kelajuan MotoGP.

Tibanya di sekolah, tempat pertama kami masuk adalah UBK. Tempat operasi aku zaman dulu-dulu di mana aku memegang dua jawatan tertinggi di sekolah dulu [tak ada siapa yang mampu pecah rekod aku].



Pesa, Shahida, Nisah, Cikgu Hayati dan Aku





Dalam UBK pun sempat mereka bercengkerama



Kemudian, kami naik ke bilik guru, bertemu dengan cikgu-cikgu yang kami kenal. Yang tak kenal maknanya mereka ini cikgu yang masuk selepas kami menamatkan pengajian kami di sisni. Sembang-sembanglah kami sampai puas. Ustad KA masih lagi macam dulu, Ustad Shamwil masih cool seperti dulu, kini sudah dinaikkan pangkat menjadi ketua Bidang Kemanusiaan [Sumber Manusia... entah, ketua bidang apa entah namanya]. Sampai sahaja ke Mastermind Tech Crew, Cikgu Hamzah a.k.a Bro yang terkenal dengan panggilan 'mangkuk'nya, terus satu sekolah dibawanya kami.



Bro di dalam control room





Aku bersama Bro



Kami melawat control room dewan sekolah aku. Salah sebuah tempat operasi aku juga dahulu. Kemudian, terus ke 'sarang' operasi aku yang utama dulu-dulu. Asrama! Akulah ketua asrama yang paling gila pernah sekolah aku miliki. Tak perlulah aku nyatakan apa yang telah aku lakukan, tetapi tiada rekod aku yang dipecahkan oleh ketua asrama yang lain-lain. Batch aku sahaja yang tahu! Terutamanya ahli-ahli Tech Crew.

Masa hampir jam 12.00 tengah hari. Masa untuk kami ke Kuantan. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada SBPI Pekan. Kami akan kembali lagi pada masa akan datang. Tetapi sebelum masuk ke dalam kereta, kami mengambil gambar di tugu baharu yang kami tak tahu bila ia siap. Kemudian kami terus melawat MRSM Pekan yang masih dalam pembinaan. Jalannya sungguh mencabar! Aku perlu merentasi halangan pokok tumbang, jalan berbatu, jalan berlubang, debu berterbangan, kereta hampir hilang kawalan dan banyak lagi. Nasib baik tak diserang babi hutan.



Tugu yang aku maksudkan





Mereka sahaja yang ada dalam blog ini... maaflah ya, aku tiada skandal sama itu seorang lagi



Sekolah yang kami lihat boleh dikatakan 4 kali keluasan sekolah kami. Memang besarlah. Itulah sekolah adik aku nanti.





Ini kombinasi tiga gambar MRSM Pekan yang sangat-sangat kami cemburui



Puas tengok sekolah yang belum siap, aku terus memecut Kelisa aku dia atas darat dengan kelajuan 5 kali kelajuan MotoGP. Tiba di East Coast Mall pada jam 2 lebih kurang. Di situlah kami bertemu dengan Jaar yang sebenar. Jaar ni, kalau nampak perempuan mulalah naik ulat ke daun. Nisah pun nak suruh kami usha untuk dia. Malaslah aku. Kalau nak pergi sendiri.



Pertemuan tiga Tech Crew dan 'geng sumbat', Aku, Pesa dan Jaar



Jam 2.45 petang. Pesa dan Shahida sedang bersedia untuk naik bas ke Seremban. Nisah pula masih belum membeli tiketnya. Katanya akan beli tiket ke Jerantut pada pukul 4 petang. Jam 3.00 petang, Pesa dan Shahida bertolak pulang ke Seremban. Kini tinggal aku dan Nisah di terminal [bukan kami sahaja, ada orang lain lagilah! Penjual, orang jual tiket, tukang jerit, orang awam....bukan kami berdua sahaja].

Dia pun belilah tiket ke Jerantut. Rupa-rupanya, tiket yang ada adalah pada pukul 5 petang. Maka aku pun temanilah dia sehingga 5 petang. Nak pulang pun, tak ada sesiapa di rumah.



Mereka sedang menunggu bas... atau bas yang menunggu mereka



Kami pun minum di kedai mamak di sebelah Terminal Makmur [tak ingat nama kedai, kamu cari sendiri]. Kami pun bersembanglah. Dah, kalau dah duduk minum, takkan nak duduk diam macam tunggul? Cakap sajalah apa yang terlintas dalam kepala. [AMARAN: Kami bukan dating walaupun otak kiri aku menghasut untuk berbuat demikian]

Sembang punya sembang, masa pun dah mendekati jam 5.00 petang. Aku menghantar dia terus ke bas. Aku berasa lega kerana dia selamat sehingga di bas. Maknanya amanah aku dah selesai. Iyalah, takkan aku nak biarkan dia keseorangan di terminal. Dia kan perempuan. Lelaki yang baik adalah melindungi perempuan dari sebarang ancaman. [baikkan aku ni... hehe]

Di situ juga aku bertemu denga kawan lama aku... dah tak ingat namanya. Dia kata nak hantar kawan. Mengaku sajalah, hantar buah hati. Nak berdalih-dalih pula. Lainlah aku ini, memang hantar kawan. [betul... aku tak tipu!]

Kemudian, aku melihat bas yang naiki pergi sehinggalah hilang dari pandanganku. Kini, semuanya telah pergi meninggalkanku. Tinggal aku berseorangan kembali di Kuantan.

Berlalunya mereka, aku bersedih seketika kerana berpisah dengan mereka. Namun, aku masih ada perkara yang perlu diselesaikan. Esoknya aku akn ke Kedah! Modul aku masih belum lagi siap!

Aku menekan butang kawalan kereta Kelisaku dan terus masuk ke dalam kereta, kemudian meluncur laju ke rumah. Banyak lagi yang perlu aku siapkan. Kerjaku masih lagi banyak. Sambil memandu, aku juga membalas SMS dengan Pesa dan Nisah untuk seketika. Tak lama kemudian, tamatlah perbualan kami. Aku sampai ke rumah, terus menukar minda aku untuk menyiapkan keja-kerja aku.

Aku mengeluh seketika. Banyak lagilah kerja yang kena diselesaikan. Kemudian...aku ternampak satu kabel pendek yang berwarna putih dan bukannya milik aku. Tuntas aku menyambar Motorola V3x aku dan menghantar SMS kepada Pesa yang berbunyi "Woi, charger iPhone ko tertinggal lah!" Pesa tertinggal kabel pengecasnya. Aku katakan padanya, kalau aku nak hantar pun, kena tunggu selepas aku pulang dari Kedah.

Aku memandang semula ke laptop kesayangan aku lalu memikirkan satu perkataan, Kedah... Kedah... Kedah.... Ah, siapkan modul sekarang!

BERSAMBUNG...

*****

Nota Kaki:
1. Nak tahu sebab kenapa mereka terhantuk semasa aku terlanggar bonggol? Ini disebabkan aku mengusha awek di sekeliling dan tak perasan ada bonggol di situ. Minta maaf ya... haha....
2. Aku dan Nisah bukan pacar. Kami pun baru kenal dan bercakap secara rapat sebegini.
3. Tak perlu kamu tahu apa yang aku dan Nisah bincangkan. Biarlah kami sahaja yang tahu. Pesa, jangan tanya. Haha....
4. Sebenarnya ada gambar aku dengan Nisah (setelah dipaksa bergambar oleh itu dua orang pacar), tetapi gambar yang ada adalah tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak yang blum ambil SPM.



Kenangan dua batch, dua orang pacar, dan dua orang pembantu mereka menjadi pacar



Nak kasi heboh-heboh sama semua orang kampung:


Ini bekas berus gigi Pesa 'pow' nak tahu warna apa? Warna merah jambu punya... haha





Ini mentos Nisah bagi. Saja-saja nak tunjuk... dah sampai Kedah, kembali ke Kuantan... tak sentuh lagi... hehe...


Post a Comment

5 Comments

  1. sham,da g intep yeah..huhu,
    bestnya..
    haiih,pesa nie,dri dlu,smpi da abes skola pn nk kna teman g dating lg..huhu..
    bek nya sham,haha,gile gentleman..
    bla start sem bru..
    see u soon,.

    ReplyDelete
  2. @8579490364595775821.0
    Haa...Sarah, baru tau aku baik?
    hahaha.... aku kan baik kepada semua,
    sbb 2 la lovenature...hik3x

    pesa tuh memang dah...
    dari dulu ag...
    hehehe

    sem masuk next week...xbuat ape2 preparation ag neh...hehehe
    hope c u soon 2...

    ReplyDelete
  3. huhu...gi intep da korang erk...rindu jugak daku kat intep...huhu...huhu..bermula lah skandal pertama Nisa dan Fadzrul hisyam...hehe

    ReplyDelete
  4. @7129249993655934502.0
    Haha...Izni...oh Izni...
    jangan nak memandai buat spekulasi ya... takkan terhasil kepadaku...hehehe

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)