| 9 comments ]
Malam tadi, aku bersembang dengan papa tentang perancangan aku ke Kedah. Biasalah, kalau perjalanan jauh ni, pasti perkara utama yang dibincangkan adalah tiket bas balik.

Kemudian pula, aku ceritakanlah apa yang akan aku lakukan di KMKN. Aku akan mengajar tentang PowerPoint. Aku juga bagi tahu bagaimana aku boleh diminta untuk ke sana. Apa yang aku bagi tahu, aku menceritakan yang pertandingan-pertandingan yang aku sertai sama ada peringkat KMKN (tetapi sijil peringkat MARA) mahupun peringkat matrikulasi.

Untuk pengetahuan, nama Azri pun masuk sekali dalam cerita aku itu. Maklumlah, johan Pertandingan Multimedia Pendidikan Islam MISI 2008, mestilah namanya masuk sekali. Takkan aku pergi seorang pula.

Punyalah panjang aku bercerita, kemudian aku pun bagi tahulah yang si Azri ini belajar di USM, mengambil kursus Computer Science. Mungkin apabila dengar nama si Azri ini belajar di USM, lalu dengan serta merta, merangsang otak papa untuk bertanyakan satu soalan yang membuat aku terdiam.

Berikut adalah dialog rentetan peristiwa malam tadi. Dialog yang disiarkan dalam post ini adalah dialog di hujung perbualan.

Aku: Masa kat KMKN dulu ada pertandingan, abang masuk. Jadi johan. Then, yang peringkat matrikulasi pula jadi johan juga. Yang akan hantar abang ke terminal tu Azri yang menang sekali dengan abang mase pertandingan tu lah.
Papa: Oh, ye ke? Dia duduk mana?
Aku: Duduk dekat Taman Tas.
Papa: Dia belajar dekat mana?
Aku: USM
Papa: Ambi apa?
Aku: Sains Komputer
Papa: Kenapa kamu dulu tak ambil sains komputer?
Aku: Erm... (terdiam 3 saat)... entah.
(Lalu aku ke ruang tamu)

Soalan yang ditanyakan kepada aku itu sungguh sukar untuk dijawab. Sehinggakan aku terdiam dan tiada jawapan untuk dibalas.

Lalu aku terfikirkan sejak soalan itu ditanya sehinggalah aku tidur malam tadi dan kemudiannya aku sambung memikirkannya setelah bangun dari tidur.

"Kenapa kamu dulu tak ambil sains komputer?"

*****



Kalaulah hidup ini tak ada simpang keputusan, pastinya aku tak akan begini.



Kalaulah aku memilih sains komputer, rasanya di manakah aku sekarang? Apakah yang akan terjadi?

Berikut adalah kebarangkalian yang akan berlaku sekiranya aku memilih sains komputer:
1. Aku tak akan belajar di UMP. Aku pasti akan ke UKM, USM, ataupun UiTM.
2. Jika aku ke USM, aku mungkin menjadi rakan sebilik dengan Azri, sekuliah dan akan bosan tengok mukanya hari-hari, kecuali tak bosan menonton wayang.
3. Jika aku ke UKM, pastinya aku akan dapat berjumpa dengan Miss F dan aku akan dipaksa masuk bahas oleh Mirasue.
4. Jika aku ke UiTM, aku tak tahu ke mana akan aku ditendang.
5. Aku takkan kenal rakan sekelas aku sekarang.
6. Pastinya aku takkan tegur Hafizah jika berjumpa lagi.
7. Aku takkan berjumpa semula dengan Along (sila rujuk post sebelum ini).
8. Pastinya aku akan aktif di USM, sebagai calon MPP.
9. Aku akan selalu pulang ke kampung di Perak.
10. Duit aku akan banyak habis untuk tiket bas.
11. Komputer akan menjadi hidup aku dan mungkin aku akan membeli laptop baharu.
12. Bicara aku akan bercakap tentang C Prog, C++, dan bahasa-bahasa komputer yang lain.
13. Aku akan mendapat keputusan peperiksaan melebihi 3.50 dan mungkin mendapat anugerah dekan. (Kejuruteraan Mekanikal sangat mencabar)
14. Aku akan lebih kompeten menggunakan perisian Adobe.
15. Aku akan mendapat sebuah kereta, dan aku takkan pernah ada motosikal.
16. Aku takkan kenal apa itu 'cast iron'.
17. Aku mungkin akan berusaha bersungguh-sungguh tanpa merungut.
18. Aku takkan 'terperangkap' di dalam negeri Pahang.
19. Selalulah aku berjumpa dengan kakak aku di Shah Alam.
20. Aku akan lebih bersosial.
21. Kamu cadangkan. Tinggalkan komen

Namun begitu, walau apa pun pilihan aku, inilah persamaannya:
1. Aku tak makan taugeh.
2. Aku tak makan tauhu.
3. Aku tak minum soya.
4. Laptop aku adalah kekasih aku awal dan akhir.
5. Aku tetap bencikan amfibia, terutamanya cicak rumah.



Aku akan menjadi gila komputer.



9 comments:

  1. wei apesal ko xkan tegor ak plak.hahaha..rse menyesal ke ambk mechanical??

    ReplyDelete
  2. @hafizah
    sedangkan kat KMKN pon aku xpenah tego ko...ni lak kalo aku pilih computer sains, sah2 aku ke u lain.

    then, sah2 xjpe ko ag dah...

    ReplyDelete
  3. aku x stuju yg ni

    13. Aku akan mendapat keputusan peperiksaan melebihi 3.50 dan mungkin mendapat anugerah dekan. (Kejuruteraan Mekanikal sangat mencabar)

    gile payah owh sains comp..huk2...da rase bwu taw payahnyer camne...hik2..

    tp, blaja something yg kite minat adalah sangat best...terutama bile kite dah aim dari kecik...satu advantages r bg kite.

    byk bnda kene blaja sndiri...C, C++, C#, Java, dan laen...google adalah perpustakaan.

    btw, kalo r ko dapat satu course ngan aku, n satu U ngan aku, confirm akan berlaku bnda2 ni.

    1) aku xdapat jadi YDP...tssssk..ada saingan...hehe
    2) asal borak ngan ko je, mesti pasal comp
    3) kite same2 cari awek anak mami
    4) jari ko xluka
    5) mimpi ko adalah mengerikan...its all about PROGRAMMING...hehehe

    ReplyDelete
  4. aku pun x setuju jgk..!!!

    pesal nme fizah je ade nme aku xde...??

    ptutnye ade gak kalo ko xmsuk ump msti ko xkn dpt knl dgn sowg kwn yg bek mcm aku n xde chnce nk p men bwling sme2 huhu (T_T)

    aku bru je blk dri blikan tket utk ko utk 27mlm nih (rm54+perkhidmatan 10% + sja nk caj 90% = rm108 hehe byr ye tenQ hehe)

    huhu kecewa aku xde nme aku dlm nih hehehe

    ReplyDelete
  5. @aurox_3d
    hahaha...aku setuju sesangat...
    hehehe

    ReplyDelete
  6. @ko xknl aku
    Haha....sbb 2 ler aku ade letak "kamu cadangkan".

    Bkn seme bende leh aku lintas dlm kepale...

    ReplyDelete
  7. hahaha..ak knal la 'ko xknl aku'..
    msti ad je sal bwling..ish2x..ad je yg xpuas ht..huhu

    ReplyDelete
  8. kalo ko kat ump pun dan kalo ko amik sains comp, mungkin kita akan sekelas balik.... hahaha

    ReplyDelete
  9. SalaAm..

    Cam ada benda tertinggal ni..
    Tapper tu takkan berjaya melukakan jari Syam.. Sebab Syam takkan pernah sentuh dia.. Hehe..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.