Mengarut, meraban, karut-marut

Post aku kali ini, bukan nak menerangkan apa itu mengarut, meraban dan sebagainya tetapi aku cuma mahu mengarut sahaja di dalam post ini. Sebelum aku memulakan sesi mengarut aku, ingin aku nyatakan makna mengarut secara literasinya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mengarut adalah bermaksud:

1. menyebabkan karut, menga­caukan (merusuhkan dll); 2. bercakap karut (tidak berketentuan, bohong, dll): setiap orang yg hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah tahu akan kandungan perlembagaan supaya tidaklah dia ~ tentang hak-hak perlembagaan;


iaitu perkataan dari kata dasar karut yang pula bermaksud:

1. = berkarut kacau, kalut, kusut (fikiran, hati, dll): fikirannya sangat ~; 2. tidak benar, bohong, dusta (perkataan, berita, dll): menceritakan cerita-cerita ~; ~-marut a) sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala; b) terlalu bohong atau dusta (bkn kata-kata dsb); mengarut 1. menyebabkan karut, menga­caukan (merusuhkan dll); 2. bercakap karut (tidak berketentuan, bohong, dll): setiap orang yg hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah tahu akan kandungan perlembagaan supaya tidaklah dia ~ tentang hak-hak perlembagaan; kekarutan perihal karut, kekacauan (keka­lutan dll): bagaimana mereka hidup dlm dunia yg penuh kekeliruan dan ~.


Secara konseptualnya pula, mengarut ialah perbuatan yang tak ada tujuan dan tiada fokus utama. Kebiasaannya dilakukan tanpa apa-apa tujuan dan sekadar suka-suka sahaja.


The cover of the Kamus Dewan dictionary
Nah kau Kamus Dewan aku bagi.



Ini hari, aku ada keluar dengan Azri (yang dah lama aku tak nampak batang hidungnya). Asyik sibuk sahaja ke hulu ke hilir. Tadi pula, dia keluar dengan sekadar memakai seluar trek dan selipar Jepun sahaja. Adalah juga aku bermain boling dengannya. Tak serius pun, kemudian kami layan wayang cerita Blood: The Last Vampire.

Laptop aku pula kebelakangan ini, mengalami kesemputan yang teramat sangat. Prestasinya amat mengerikan dan menyusahkan aku. Dah lah semalam, semasa aku chatting dengan Tya, tiba-tiba pula laptop aku membuat hal sendiri dengan menghentikan segala operasi dengan 'membekukan' dirinya sendiri. Lalu aku pun berang lalu terus melakukan forced shut down.

Apabila berbicara tentang chatting pula, semalam Miss F (bukan Miss N - sila rujuk post di Abang Arul untuk mengetahui siapa Miss F) telah 'buzz' aku tanpa aku yang memulakan operasi 'buzzing' kepadanya! Tak kusangka-sangka, cempedak menjadi nangka. Kebiasaannya, dia memanggil aku dengan menggunakan nama Fadzrul, namun semalam, setelah aku 'memujuk' dia agar memanggil aku dengan nama Hisyam. Aku berbuat demikian kerana jika dia memanggil aku dengan nama Hisyam, aku lebih merasai kelembutan nama itu berbanding Fadzrul. Lagipun, dia pun seorang yang lemah lembut serta sopan orangnya, pasti aku lebih suka sekiranya dia memanggil aku dengan nama Hisyam.

Hujung bulan ini juga, aku akan kembali ke KMKN untuk menjadi tutor tentang multimedia presentation. Tak sangka aku akan kembali lagi ke sana, namun aku takkan kenal seorang pun pelajar di sana kerana mereka adalah batch baharu. Iaitu batch kedua selepas batch aku. Tapi aku tak kisah pun asalkan aku boleh buat kerja dengan lancar (dan pelajar peremuannya pula menarik).

Aku baru sahaja format partition D laptop aku dan membahagikan kepada dua partition untuk menyediakan ruang bagi sistem operasi (operating system) Ubuntu. Aku akan menggunakan dua sistem operasi untuk masa akan datang. Mengapa? Untuk suka-suka.


Wubi
Ubuntu, bukan aku dah buntu.



Aku sekarang sudah kurang idea untuk mengeluarkan post baharu kerana ketandusan sumber-sumber untuk aku ketengahkan. Sebab itulah aku mula mengarut di sini. Apa pun, sabar sajalah ya... pasti pada masa akan datang, aku akan dapat semula idea yangsudah hilang itu.






Reblog this post [with Zemanta]

Post a Comment

1 Comments

  1. SalaAm..

    Hmm.. Best tu balik kolej.. Tapi nampak macam lebih kepada nak cuci mata je.. Hehe.. Kalau ingat, tolong sampaikan salam pada Miss Nurul Aidha yek..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)