| 0 comments ]
Sudah seminggu aku tak menulis apa-apa dalam blog ini. Bukannya apa, di samping aku ketandusan idea untuk penulisan baharu, aku mengusahakan dua blog baharu yang telah aku katakan dalam post aku sebelum ini.

Seperti apa yang telah aku nyatakan sebelum ini, aku mengusahakan untuk melancarkan dua blog baharu yang lebih fokus kepada sesuatu tema utama. Ini adalah untuk aku mengasingkan penulisan aku yang lebih formal ke dalam blog yang khusus.

Di samping itu juga, aku telah memberikan nafas baharu kepada dua blog aku yang sedia kala dengan template baharu yang telah aku bangunkan sendiri daripada platform template yang sedia ada. Berikut adalah butiran terperinci tentang blog yang aku usahakan.




Blog utama yang lebih kasual


Fadzrulhisyam adalah blog utama aku. Blog ini secara rasminya akan mencapai umur setahun pada 14 Jun ini sudahpun mengalami beberapa transformasi untuk memudahkan pembaca. Blog ini adalah blog utama aku yang lebih kasual dan lebih menumpukan kepada kehidupan sosial aku. Segala aktiviti sosial dan yang mungkin juga ada bersifat peribadi yang tak keterlaluan akan aku letakkan dalam blog ini. Warna tema blog ini adalah biru langit (sky blue) yang lebih kepada membawa ketenangan dan keamanan.




Blog yang lebih membincangkan hal peribadi


Abang Arul merupakan blog kedua aku secara rasminya. Dilancarkan pada Mac lalu, blog ini lebih membincangkan hal peribadi aku. Segala persoalan dan pandangan yang berkaitan dengan peribadi aku yang aku rasakan mahu dikongsi bersama-sama dengan orang lain, akan aku letakkan di dalam blog ini. Ini adalah unutk mendapatkan respon daripada orang ramai tentang segala persoalan yang akan aku keluarkan dalam blog ini. Walaupun tidak terlalu aktif, namun blog ini juga telah mendapat respon daripada rakan-rakan yang sedia memberikan pandangan bernas dalam setiap persoalan yang dikeutarakan dalam blog ini. Warna ungu dipilih kerana warna ini lebih bersifat yang tidak terlalu terbuka dan agak tertutup kerana blog ini adalah blog peribadi.




Lebih formal dan bersifat intelektual


Pemikir adalah blog yang lebih tertumpu kepada sesi perbincangan tentang apa-apa isu yang berbangkit. Blog ini adalah lebih formal dan penggunaan perkataan dan ayat dalam blog ini lebih menumpukan kepada tema kepada intelektual. Blog ini aku asingkan daripada Fadzrulhisyam untuk mengelak pertembungan topik yang bersifat formal daripada topik yang kasual. Ini adalah supaya pembaca akan melihat blog aku mempunyai fokus dalam penulisan blog aku. Warna merah dipilih untuk merencanakan daya pemikiran agar lebih aktif dan pembaca akan lebih aktif untuk memberi buah pandangan dalam setiap penulisan aku di dalam Pemikir.




Platform untuk mengetengahkan hasil karya


Karya adalah blog yang lebih berunsurkan kesenian dan hasil seni aku. Segala hasil seni aku gubah akan aku kongsikan di dalam blog ini. Buat masa ini, beberapa hasil seni grafik dan satu puisi telah aku letakkan di dalam blog ini. Blog ini akan menjadi platform untuk mana-mana pembaca memberikan pandangan dan kritikan membina dalam setiap hasil seni aku. Warna jingga menjadi pilihan kerana warna ini mampu mencetuskan daya kreativiti dan inovasi.


Untuk itu, aku telah meletakkan pautan ke semua blog aku di tab menu di atas setiap blog ini dengan menggunakan simbol ataupun logo utama setiap blog.

Berikut adalah senarai logo ataupun simbol setiap blog:
|| Fadzrulhisyam

|| Abang Arul

|| Pemikir

|| Karya

Untuk Pemikir dan Karya, semua artikel yang sudah sedia ada dalam setiap blog tersebut adalah diimport dari blog Fadzrulhisyam manakala artikel-artikel yang ada dalam Fadzrulhisyam yang telah dieksport akan terus berada di dalam Fadzrulhisyam unutk simpanan arkib.

Oleh itu, marilah semua menjenguk setiap blog yang telah aku lancarkan ini.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.