Persidangan Pakar-pakar Kementerian Kesihatan Malaysia

Pada mulanya, agak sukar untuk aku dan Azri memahmi perbincangan mereka, tetapi lama kelamaan, rupa-rupanya lebih membincangkan tentang virus H1N1. Kenapa tak bagi tahu awal-awal. Kalau tidak mesti aku dah beri banyak idea.

Walaupun lebih banyak membincangkan keaadaan ancaman kesihatan semasa, mengapa kurangnya pebincangan tentang masalah kanser, AIDS, dan juga sakit puan yang sentiasa menyelubungi masalah kesihatan di dunia ini? Walaupun sibuk dengan keadaan semasa, jangan juga lupa virus-virus yang mengancam kesihatan yang lebih lama muncul dalam kehidupan kita.

Kemudian aku berdiri dan bertanyakan sesuatu kepada speaker persidangan tersebut. Kaku tersenyap keseluruhan dewan. Semua memandang aku. Profesor, doktor, pakar-pakar, ahli sarjana perubatan memandang aku dengan persoalan di dalam kepala mereka. Apakah soalan aku telah menyedarkan mereka tentang ancaman virus di dunia ini? Nampaknya seperti ya. Gugup juga aku seketika untuk menyambung ayat aku.

Seluruh dewan dalam keadaan senyap. Yang aku dengar hanya bunyi pendingin hawa sahaja. Selesai sahaja aku berkata-kata, tiada jawapan pun dari sesiapa yang pakar-pakar di dalam dewan tersebut. Lama juga dewan tersebut senyap. Azri pula menarik-narik lengan aku menyuruh aku duduk.



Pakar-pakar kesihatan di sini.



Selepas 3 minit sunyi tiada suara, seorang pakar bedah berdiri lalu memberi respon kepada persoalan aku. Lalu dia berkata, "Bagus benar si anak muda ini. Sungguh mengambil cakna akan perkembangan semasa. Malangnya... (senyap 20 saat) ... virus Influenza H1N1 adalah virus penyakit manusia! Bukan penyakit komputer! Yang kau keluarkan nama-nama virus komputer pasal apa? Ini bukan persidangan komputer! Tak ada komputer yang sakit di sini! Kami bincang padal orang sakit! Orang mati! Bukan komputer mati!! Faham?!"

"Tapi... bukankah sama sahaja? Virus juga kan?" aku bertanya lagi.

"Inilah masalah anak muda sekarang, semuanya dah jadi digital. Otak pun sama digital. Itu virus spesies tak boleh bunuh manusia pun! Virus komputer, komputer punya pasal lah!!!"

Lalu speaker persidangan bersuara, "Pengawal, hambat budak dua orang ini keluar. Salah dewan dia orang ni! Bagi laptop sorang sebiji, kemudian main jauh-jauh, jangan ganggu kami lagi."

Barulah aku perasan, aku salah dewan! Aku masuk dewan para doktor manusia, bukan dewan yang berbincang tentang komputer! Lalu aku dan Azri tinggalkan dewan tersebut sekelip mata.

*****

Sudah, tak perlu mengarut lagi. Tak ada pun peristiwa itu berlaku. Yang sebenarnya, aku dan Azri memang pergi ke Hyatt Regency Kuantan untuk menyiapkan modul yang perlu aku siapkan secepat mungkin. Kami hanya duduk di kawasan lobi sahaja. Malas nak lebih ke dalam. Nanti ada pula aku minta air oren segar (fresh orange) dengan harga RM10 segelas.

Sepanjang perbincangan dan operasi bekerja tesebut, banyaklah idea-idea baharu yang muncul. Memang banyak idea baharu, tetapi ini bukanlah perkara yang ingin aku ceritakan di sini.



Bincang punya bincang, Ubuntu juga yang dibincangkan.



Nama pun Hyatt, jenama yang antara terkenal di dunia. Pastinya pengunjung-pengunjungnya adalah warga asing. Ada dari Singapura, Eropah dan lain-lain. Apabila bercakap tentang pelancong dari Eropah, mestilah ada pengunjung yang datang sekeluarga. Kalau dah sekeluarga, pastilah ada anak perempuan yang remaja yang mengikut sekali.

Sudah... kepala dah nakal. Memanglah aku lihat mereka, comel-comel juga. Alah, bahasa kiasanlah pula... faham-faham sajalah. Kalau dah nampak macam Maria Sharapova, siapa tak suka!

Ada pula yang dari Singapura rasanya, tak pun negara-negara Asia Timur (muka ala Cina) yang mesra. Senyum pada Azri. Cis! Tak seronok langsung! Aku tak ada siapa nak senyum! Sadis, sadis.

Ah, abaikan mereka. Apa pun, siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat... Gadis Melayu pun jelita juga. Kalau tak, bagaimanalah ada yang aku terpikat (siapalah beliau itu). Tetapi, kalau ada juga jodoh dengan orang luar, aku terima sahaja.

Perjumpaan dengan Azri ini lebih membuahkan hasil. Ada perkembangan yang baik untuk modul aku. Aku juga sudah ada banyak idea untuk siapkan modul.



Hyatt Regency Kuantan. Kami penah ke sini!



Walau apa pun, doakan agar aku berjaya. Kucai, tunggu aku di Pulau Pinang! Bawalah aku kemana-mana yang kau rasa sesuai bawa aku. Kalau ada lebih banyak awek cun, lagi bagus. Kalau kau bawa aku main boling, ia takkan menjadi cabaran kepada kau, kerana aku tak larat nak bawa bola boling dari Kuantan!

*****

Nota kaki:
1. Perjumpaan dilakukan di Hyatt Regency Kuantan, Teluk Cempedak.
2. Kalaulah aku dapat kenal gadis-gadis Eropah tersebut, gembiranya rasa!
3. Selepas perjumpaan, kami makan di Taman Gelora.


Kereta Subaru di sebelah kiri, Azri punya. Volvo sebelah kanan, aku punya. Tak tahu pula siapa punya Kelisa.


4. Sila klik di SINI intuk cerita versi Azri.

Post a Comment

3 Comments

  1. aku rase kete kite BMW yg depan kelisa tuh r...kan?? kan?? hehehe....nanti kite pi Club Med plak eh...wat kije kat sane...lalala~~

    ReplyDelete
  2. huhu...opss slm...pandai betul awk wat cerite...hampir tertipu gak tadi...gd luck sem depan...-syidah _ump

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)