Tag dari Fifi

Aku menerima tag ini dua hari lalu, daripada seseorang yang aku kenali di dunia maya ini sebagai Fifi.

Aku lambat menjalankan tugas ini kerana kesibukan aku di Kedah dan Pulau Pinang serta di Kuantan sendiri. Aku baharu sahaja pulang dari Pulau Pinang pada Subuh tadi, lalu aku mengikut Azri ke Cherating bersama beberapa rakan-rakan yang lain.

Sememangnya, minggu ini amat menyibukkan aku. Bermula dari menyambut sahabat aku yang pulang dari Kanada, terus ke Kedah, kemudian ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Cherating. Kisah perjalanan minggu sibuk aku ini akan aku terbitkan pada post akan datang. Ketika ini, masih lagi dalam suntingan dan pengumbulan bahan-bahan berita serta halangan wajib (Final Malaysian Open).

Tag ini bukanlah tag kegemaran aku kerana bahasa yang digunakan adalah campuran bahasa Melayu dan Inggeris. Lihat sajalah di bawah ini.

*****

1- apakah hubungan awak dengan dia? (sesiapa pun boleh)
- Buat masa ini kawan, tetapi aku bagaikan sukakan dia.

2. 5 impression terhadap dia
- Memiliki keayuan yang tulen
- Sopan santun
- Mesra
- Mempunyai sikap yang baik
- Baik budi bahasanya


3- perkara paling memorable yang dia lakukan kat awak.
- Dia membalas sms aku.


4- perkara paling memorable yang dia katakan kat awak
- Tak perlu yang spesifik, dia berkongsi masalah dengan aku pun sudah 'memorable' bagi aku.


5- kalau dia kekasih awak...awak akan..
- Pastinya takkan menjadikan kejadian lalu berulang lagi.

6- kalau dia jadi musuh awak...awak akan..
- Maafkan sajalah, tak larat lagi untuk aku bermusuhan dengan sesiapa lagi.

7- kalau dia kekasih awak...awak akan..
- kenalkan kepada papa dan mama. Taknak main sorok-sorok lagi.

8- kalau dia jadi musuh awak,mungkin kerana..
- Aku yang masih tak sedar diri.

9- overall impression ttg dia
- Aku terpikat dengan keperibadiannya bukan atas paras rupanya (tetapi dia ni manis juga orangnya)

10- the most desireable thing to do to her/him?
- Memberanikan diri untuk meluahkan segala yang tersimpan dalam hati.

11- apa yg awak rasa ttg pandangan orang terhadap awak?
- Cuba tanya mereka semua ini: Kawan Sampai Syurga, Kawan Yang Hebat & diri kamu sendiri.

12- the character of yourself?
- Masih cuba untuk menerima diri aku seadanya.

13- on contrary, the character you hate about yourself?
- Tak berani untuk memulakan jalinan hubungan (kawan, dsb).

14- the most ideal person u want to be with...
- Seseorang yang mempunyai ciri-ciri seperti mama.

15- for people who like you,tell something to them.
- Aku boleh menerima kamu sebagai kawan dan janganlah terburu-buru menagih cinta dariku, kerana aku bukanlah seseorang yang mudah mengubah hatiku.

16- 10 people you tag!
Ah, sesiapa yang nak buat tag ini, silakan. Aku malas nak panjangkan lagi tag ini.

*****
Nota kaki:
1. Tunggu kisah sedih dan gembira aku semasa perjalanan aku di negeri-negeri Utara serta menyambut sahabat yang pulang dari Kanada.

Post a Comment

0 Comments