| 1 comments ]
AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: POST INI TIADA KAITAN DENGAN SISTEM OPERASI UBUNTU YANG BARU AKU GUNAKAN SEPERTI TELAH AKU PAPARKAN PADA POST SEBELUM INI.

Aku masih lagi dalam usaha untuk menyiapkan modul untuk ceramah multimedia nanti. Setelah berjam-jam aku mengabdikan diri aku di hadapan laptop kesayanganku ini (yang juga semakin uzur), aku baru sahaja siapkan muka depan.

Apa? Muka depan? Ya... aku hanya mampu siapkan muka hadapan modul aku setelah 5 jam berlalu. Ini tidak boleh jadi! Jika dahulu aku boleh siapkan 40 muka dalam 5 jam, kini satu muka mengambil 5 jam? Masalah betul aku sekarang ni.

Di kala aku menulis post baharu ini, aku baru sahaja siapkan muka depan itu. Aku berasa sungguh kecewa. Kalau orang putih kata, frustated. Tak tahulah kenapa boleh jadi begini.

Sebenarnya, aku sudah malas mahu melayan semua software yang aku ada ni, melainkan Adobe Photoshop dan kini aku cuba untuk mempelajari lebih mendalam tentang Fireworks dan Corel Draw.

Nak siapkan modul ini bukannya senang. Kalau nak bagi ceramah tentang kerativiti, modul aku kenalah kreatif. Aku tak boleh hentam promo sahaja. Teringat pula semasa pembentangan subjek apa pun aku tak ingat. Aku cuma menggunakan latar belakang putih dan tulisan hitam sahaja untuk pembentangan. Semuanya nampak serabut. Bak kata orang muda-muda, semuanya nampak cikai sahaja.

Kalau nak ikutkan hati dan perasaan serta nafsu kemalasan tahap kedewaan, mahu sahaja aku menggunakan warna hitam putih dan petak sahaja sebagai penghias. Kalau begitu, mestilah aku akan disumpah jampi serapah kerana tak kreatif langsung! Harap sahaja bincang tentan kreativiti, tetapi modul tak kreatif langsung.

Kepada kawan-kawan! Tolonglah aku! Tolong siapkan modul ini! Aku sudah kebuntuan! BUKAN UBUNTU lah! Kebuntuan!



Fadzrulhisyam - Wood V 1.0 Wide Screen





Fadzrulhisyam - Wood V 1.0



Nota kaki:
1. Dalam sibuk-sibuk menyiapkan modul tersebut, sempat lagi aku menyiapkan wallpaper baharu memerangkap wallpaper rasmi baharu aku.

1 comment:

  1. huk2...xdapat den nak nolong nyer...btw, give me half...nanti aku tolong kalo mampu...heheh

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.