| 4 comments ]
Jumaat, 24 Julai 2003, aku mulakan dengan aktiviti bersembang secara maya dengan Fadzlin. Setelah itu, aku diajak oleh rakan serumah aku untuk bermain futsal malam-malam buta.

Aku bukannya tak nak, tetapi aku masih belum sihat dari demam lagi. Aku perlu berehat. Namun begitu, aku tak pedulikan demam aku itu. Aku pergi juga bermain futsal pada jam 2 pagi di kompleks sukan.


Memang penat. Dada aku tak boleh menyedut oksigen lagi. Aku dah penat. Aku dah bermain lama di dalam gelanggang bola jaring yang dibuat gelanggang futsal. Permainan tamat pada jam 3.15 pagi.

Siangnya, seperti biasa tiada kelas pagi. Berehat sajalah tak tahu nak buat apa. Assignment pun tak ada. Aku main sajalah PES.

Balik dari sembahyang Jumaat, aku sambung main PES. Aku seronok sahaja main, tetapi ahli rumah aku semuanya sibuk nak bersiap ke kelas. Aku berasa pelik, awalnya mereka bersiap? Jam tangan aku menunjukkan masa 2.07 petang, sedangkan kelas bermula jam 3.00 petang. Mereka pun pelik kerana aku masih belum bersiap-siap.

*****
D = Din
A = Aku

D: Weh, Syam. Ko tak siap lagi ke?
A: Lah, korang siap awal-awal ni apasal pula? Awal lagi lah.
D: Eh, sekarang dah 2.50 petang dah. Ko tak siap lagi ke?
A: Apa pula, baru pukul 2.07, awal lagi.
D: Jam ko tak betul. Tengok jam aku. Dah 2.50.
A: A' ah la, jam aku mati. Nasiblah ko ada. Kalau tak, lewat lah aku.

*****

Jam aku mati pada jam 2.07 petang. Walaupun begitu, aku tetap memakainya kerana aku mahukan keselesaan.

Kemudian, aku bersedia untuk ke kelas Matematik, dan untuk bertemu cik pensyarah yang comel itu.

Masuk kelas, ada makluman. Kelas dipindahkan ke pagi. 8.00 pagi. Kalau begitu, cuti hujung minggu jadi 4 harilah! Seronok betul!

Kemudian ada kuiz Matematik. Aku jawab dengan pantas dan yakinnya. Aku hantar, tetapi disuruh semak semula. Ada yang salah. Memang benar ada yang salah. Aku buat untuk kali kedua. Aku betulkan persamaan, kiraan dan segala yang sepatutnya. Kira punya kira, aku dah siap lagi.

Aku tanya Kucai, betul tak jawapan aku, dia kata tak tahu. Jawapan dia lain dari aku. Aku tanya Syahmi, takdilayannya aku. Aku tanya Joe, dia kata ada yang salah. Kiraan kedua patutnya negatif. Aku dah pening. Negatif?

Aku kira semula. Aku susun semula persamaan. Aku mulakan dari awal semula. Masih peroleh jawapan positif. Joe kata salah lagi. Aku kira semula. Positif lagi. Aku rasa kalkulator berkomplot nak buat jawapan aku salah.

Aku buat kiraan sebanyak 9 kali. Masih lagi positif. Aku tetapkan pendirian, kiraan seterusnya ini, kalau positif juga, aku teruskan sahaja.

Pada masa itu, tinggal aku, Joe, dan Daniel sahaja di dalam kelas, bersama cik pensyarah yang comel itu. Dalam kepeningan aku menjawab kuiz dan banyak pula rungutan aku, cik pensyarah yang comel itu boleh pula gelak dengan kata-kata aku. (Aku memang suka kalu dia gelak pun, sebab itu aku guna kata-kata yang boleh menimbulkan perasaan gelak).

Akhirnya, aku siapkan sahaja dengan jawapanku. Akulah yang terakhir menghantar kuiz dan orang terakhir yang keluar dari dewan kuliah, mengekori cik pensyarah yang comel itu.

Sebelum pulang, aku bayarlah yuran. RM1345 semuanya. Mujurlah mesin ATM Bank Islam yang sebelah kanan boleh keluarkan banyak wang, kalau tak, pasti tertangguh lagi bayaran yuran aku. Mesin di sebelah kiri sudah kehabisan wang agaknya.

Malam pula, aku dan Din keluar ke Kuantan cari kasut futsal. Dah pukul 10.00 malam. Kedai dah nak tutup. Aku ada jumpa kasut Line 7 yang cantik dan menawan, tetapi tiada saiz untuk kaki aku. Aku kecewa. Lalu aku beli sahaja kasut berjenama Antioni. Antioni pun jadilah, jenama pun jenama Malaysia. Sokonglah produk tempatan.

Pada masa yang sama, aku berbalas SMS dengan Nasiha. Bincang macam-macamlah. Sehinggalah timbul satu topik tentang orang tersayang. Lalu aku katakan padanya, aku anggap laptop aku ibarat teman wanita aku, kerana jika aku keseorangan, laptop inilah yang temankan aku, nyanyikan lagu untuk aku dan banyak lagi.

Lalu keluar satu soalan darinya, "Kalau laptop dan awek jatuh ke laut, mana satu hang nak selamatkan?"

Soalan ini memang mencabar aku. Aku dilema untuk menjawab. Dalam kepala, aku nak pilih laptop. Dalam hati, nak pilih awek. Aku fikir, aku mahu jawab laptop tetapi aku rasa aku mahu jawab awek. Aku dalam dilama.

Lantas, aku keluarkan jawapan. Aku akan selamatkan awek, kemudian laptop. Kemudian, aku tegaskan bahawa aku tetap akan selamatkan laptop walaupun ditelah jaws.

Kepada kawan-kawan lelaki aku sekalian, kalau soalan ini disoal kepada kamu, apa jawapan kamu?

*****
Nota Kaki:
1. Kredit kepada kawan-kawan sekuliahku kerana menjadikan mejaku sebagai fokus untuk bertanyakan soalan kepada cik pensyarah yang comel itu. Aku gembira kerana dia ada di mejaku.
2. Cik pensyarah yang comel itu menggunakan perfume yang sangat kuat wanginya. Walaupun dalam jarak 5 kaki di belakangnya, aku masih dapat hidu bau perfumenya.
3. Lain kali kena suruh apek itu jual banyak kasut yang saiz 9.
4. Kalau awek itu pandai berenang, aku biarkan sahaja. Aku pergi selamatkan laptop.
5. Sejak bila aku jadi gatal ni?

4 comments:

  1. -klau awek mcm erra fazira ke maya karin ke ak plh awk r...hhaaa
    -sah ko dh angau..!!

    ReplyDelete
  2. ladtop bleh bli baru sebab jename banyak sme.perempuan tak de jename sme kot.

    ReplyDelete
  3. PurPlez >> Haha...I'm still single, so, don't know how much I need a awek. Hehe...but I know how much I need a laptop.

    Alep >> Haha...btol...btol, aku stuju...kalau mcm Maria Sharapove ok gak...

    rethiqah >> pasal jename laptop, bukan pasal tuh, yg penting ape isi kandungannye...

    pmpuan pon ade byk jename yg same, tp kualiti ajer yg xsame stiap pompuan...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.