| 1 comments ]
Aku baru sahaja buka portal pelajar UMP. Aku terjumpa satu pengumuman ini:

Announcement
Category Others
Title UMP Umum Cuti Khas Kepada Pelajar
Message

UMP beri cuti khas kepada pelajar

Selaras dengan peningkatan mendadak bilangan mereka yang menghidap demam dan yang mempunyai simptom yang boleh dikaitkan dengan H1N1 dan sebagai langkah kawalan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah memutuskan untuk memberi cuti khas kepada pelajar bermula 1hb Ogos hingga 9hb Ogos 2009. Pemberian cuti khas ini tidak mengurangkan tempoh pengajian Semester 1 Sesi 2009/2010. Penangguhan ini melibatkan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian Hotline 09-5492545.

Sekian, terima kasih

URL http://
Posted by ABD RAHMAN BIN HJ SAFIE


Seminggulah cuti aku nampaknya.

*****
Nota kaki:
1. Azri, cepat cuti! Balik Kuantan sekarang!

1 comment:

  1. SalaAm..

    Kami di UiTM nak balik ke kampus minggu ni, UTP cuti, UMP pun cuti.. Aduhai...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.