| 1 comments ]
Dikatakan bahawa negeri Timur menghadapi tentangan dari Raja Pasai, lalu dikerahkan rakyatnya bertahan di sempadan.

Ah, buat apa perlu aku bercerita, aku cuma mahu memperkatakah cerita tentang cinta. Kali ini, tak ada kaitan dengan aku berkahwin dengan puteri Sultan Pahang atau Siti Nurhaliza atau mana-mana bintang tenis terkenal.

Aku cuma mahu mengajak kamu untuk berkongsi kisah-kisah cinta yang kamu tahu. Tak kisahlah, dari mana pun, atau dari siapa. Asalkan berkaitan dengan kisah cinta, dan cinta itu tak semestinnya distereotaipkan kepada cinta lelaki dan perempuan sahaja. Kalau boleh, janganlah terlalu terbuka hingga membawa kisah cinta tak bermoral.

Aku mahu mulakan dengan versi Hollywood. Dalam rencah kehidupan sekarang, boleh kata tak sah kalau tak ada kisah cinta (romance) keluaran Hollywood. Malah, kisah cinta dari Hollywoodlah yang paling menggegar panggung di seluruh dunia selepas Bollywood. Kalau nak diambil contoh cerita, memanglah banyak seperti Pearl Harbor, Just Like Heaven dan lain-lain. Malah, kisah cinta yang paling gah pernah mereka keluarkan ialah cerita Titanic pada tahun 1997 lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet. Jika kita membuat rumusan kasar daripada cerita-cerita yang dikeluarkan, pastinya kita rasakan bahawa mereka ini secara realitinya mempunyai kisah cinta yang paling hebat. Hakikatnya, di negara mereka sendiri terlalu banyak kes penceraian berlaku dan banyak di antara mereka bercinta semata-mata kerana seks. Apakah ini yang memberikan makna cinta sebenar? Nampaknya, seagung-agung cinta Titanic mereka, akhirnya karam di tengah lautan yang tenang.

Beralih pula kepada kisah cinta Bollywood. Tak hairanlah jika boleh dikatakan majoriti kisah cinta adalah dihasilkan dari Bollywood. Antara cerita cinta yang agung pernah mereka keluarkan adalah Kuch Kuch Hota Hai, Dil To Pagal Hai, Dilwale Dulhania Le Jayenge, dan bermacam lagilah cerita yang dikeluarkan sehingga menyebabkan golongan ibu-ibu menangis kerana cerita yang mereka tontoni. Kisah-kisah mereka hingga melahirkan terlalu ramai hero dan heroin dengan nama watak yang paling terkenal sebagai hero adalah Rahul dan watak heroin pula sebagai Anjali. Namun begitu, kisah cinta mereka tidak menyeluruh. Hakikatnya, di manakah letaknya cinta mereka apabila mereka masih mengamalkan sistem kasta? Di manakah letaknya cinta mereka kepada anak-anak perempuan mereka yang mereka anggap sebagai pembawa bala dalam keluarga? Ini semuanya hanyalah penutup kisah sebenar masyarakat mereka.

Dah katakan tentang Hollywood dan Bollywood, mari kita pergi ke kisah cinta Korea dan Jepun. Aku gabungkan sahaja dua negara ini kerana konsep perjalanan cinta mereka lebih kurang sahaja. Cuma yang membezakan kisah cinta mereka adalah kisah Jepun lebih action berbanding Korea jang lebih 'jiwang' dan 'jambu'. Namun begitu, perbezaan ini tidaklah terlalu ketara jika mahu dibandingkan tentang konsep utama mereka. Antara cerita Korea yang pernah aku tonton ialah Winter Sonata, Autumn In My Heart, Princess Hour dan beberapa lagi cerita yang aku lupa tajuknya. Bagi cerita Jepun pula, aku lebih sukakan kisah Great Teacher Onizuka dan My Boss My Hero. Walaupun kisah dua cerita ini bukanlah kisah cinta akan lelaki dan perempuan, tetapi di sebalik kebrutalan dua cerita ini, terselit isi tersirat iaitu cintakan ilmu, kawan-kawan, guru, dan anak murid. Inilah yang jarang orang lain lihat dalam cerita Jepun. Walau apa pun kisah cintanya, adalah membanggakan kerana kes penceraian di Jepun dan Korea adalah antara terendah di dunia. Mungkin benar cinta mereka adalah lebih kuat berbanding cinta Hollywood.

Apabila kemabali kepada dunia Melayu, banyak kisah cinta yang mereka keluarkan. Cintakan negara (Embun, Leftenan Adnan) adalah konsep cerita yang ada dikeluarkan. Namun begitu, cerita cinta yang aku minati antaranya ialah Cinta, 5 kisah cinta dalam satu cerita. Pada sebelum ini, tak ada kisah cinta yang lebih meluas diletakkan dalam satu cerita. Walaupun ada hakikatnya yang banyak cerita di Malaysia adalah cerita main-main seperti Main-main Cinta, Kuliah Cinta dan sebagainya. Kita lihatlah, impak yang pernah berlaku semasa kisah Cinta Kolestrol ditayangkan. Tiada apa yang boleh dibanggakan sangat melainkan produksi Thailand mahu menayangkan semula Cinta Kolestrol dalam versi Thailand.

Apabila kita pandang pula kepada jiran tetangga kita (bukan mak cik Milah sebelah rumah), Indonesia mereka juga tidak ketinggalan mengeluarkan kisah cinta mereka sendiri. Antara yang mendapat sambutan di negara kita ialah Ada Apa Dengan Cinta, Heart, Love Is Cinta dan paling terbaru ialah Ayat-Ayat Cinta. Kekuatan cinta juga tidak kurang hebatnya apabila Ayat-Ayat Cinta telahpun menyebabkan air mata Presiden Indonesia sendiri Susilo Bambang Yudhoyono bercucuran kerana kekuatan dalam cerita itu sendiri. Di negara kita pula, ramailah yang mahu menjadi Fahri, Aisya dan sebagainya dari watak-watak dalam cerita itu.



Jangan nak ghairah bercinta kalau diri sendiri tak terjaga



Dah puas bercerita tentang kisah luar, aku juga tak dapat mengelak dari menerima tempias kisah cinta kawan-kawan aku. Tak kisahlah lelaki atau perempuan, semua pakej aku dah jumpa. Ada juga yang merujuk aku sebagai Dr. Love ataupun Mr. Romeo padahal aku tak tahu apa-apa pun untuk kisah cinta mereka ini. Yang aku biasa jawab bagi setiap soalan dan permasalahan mereka ialah 'sabar sajalah, nak buat macam mana.'

Cerita cinta tentang diri aku? Tak perlulah kut aku cerita banyak-banyak. Aku memang cintakan negara, keluarga, laptop aku dan sebagainya. Kalau tentang teman wanita, aku lebih mudah mengatakan bahawa aku masih single dan mungkin belum bersedia untuk mencari sesiapa untuk mengisi kekosongan itu (walaupun aku dah bermimpi bahawa akau akan berkahwin). Tunggu sajalah, aku pun tak tahu siapakah jodoh aku. Walaupun aku diajar untuk mencari jodoh, kerana jodoh tak datang sendiri, aku tangguhkan sahaja pencarian itu. Lebih baik aku selesaikan masalah pointer yang perlu aku lipat kali gandakan usaha aku dahulu.

Tak lupa juga banyak lagu cinta yang telah kita dengari. Ada yang lagu gembira, sedih, murung, kecewa, playboy dan pelbagai lagi. Tak sangka juga ada lagu yang dikeluarkan seperti ST12 - Putuskan Sahaja Pacarmu (Puspa).

Sebelum aku menutup bicara, aku mahu membawa kisah cinta yang betul-betul agung iaitu kisah cinta Zulaikha dengan Nabi Yusuf A.S, kisah cinta nabi Adam A.S dan Hawa, kisah cinta nabi Ibrahim A.S dengan Siti Hajar, dan kisah cinta nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah.

Teringat aku kepada SMS yang pernah aku terima sebelum ini,
Jangan kau damba cinta seteguh Adam,
Jika kasihmu tak seteguh Hawa;
Jangan kau pinta kasih semurni Yusuf,
Jika sayangmu tak sesuci Zulaikha;
Jangan kau idam cinta sekental Ibrahim,
Jika hatimu tak secekal Hajar;
dan
Jangan kau impi cinta seagung cinta Muhammad,
Jika jiwamu tak setulus dan seikhlas Khadijah.


Kalau nak berbincang tentang cinta, memanglah takkan habis walaupun hingga ke syurga. Cinta telahpun bermula sejak tiada siapapun yang tahu melainkan Allah. Hanya cintaNyalah Yang Paling Agung.

Janganlah kamu bercinta semata-mata nafsu kerana nafsu akan membawamu kepada keburukan, janganlah bercinta semata-mata kecantikan kerana ia akan hilang ditelan zaman, janganlah kamu bercinta semata-mata dirinya kerana dia atau kamu akan pergi dulu, bercintalah kerana Allah, kerana keredaanNya akan membawa semua cintamu ke syurga nanti.

Sama-sama kita renungkan.

*****
Nota kaki:
1. Aku dah mula melukis semula. Lukisan Kejuruteraan yang semalamnya aku lukis lukisan isometri dengan orientasi yang salah (sepatutnya sudut pandang ketiga) dengan terlalu banyak rungutan dan mengomel-ngomel kerana dah hilang kemahiran melukis.
2. Din cadang nak ke Shah Alam, macam ada peluang untuk ke Bangi untuk jumpa seseorang. Siapa yang ada di Bangi? Siapa 'dia' itu?

1 comment:

  1. SYURGA CINTA..hehe..
    cinta bukan sekadar perlu dilafaz..
    huahua

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.