Dah kena dah...

Minggu ini, banyak perkara yang telah berlaku bermula dari sekecil-kecil masalah hinggalah sebesar-besar masalah. Masalah yang kecil-kecil tu, tak mungkin aku tahu semuanya, tetapi mana-mana yang berkaitan dengan aku dan orang sekeliling aku, mungkin juga aku tahu.

Masalah kecil yang berlaku kepadaku kadangkala perkara yang tak patut berlaku, tetapi masalah ini tetap berlaku juga.

Berikut adalah senarai-senarai perkara yang telah berlaku sepanjang minggu ini tidak mengikut kronologi:
1. Selipar/sandal baru aku beli dengan harga RM20 dan tak sempat guna melebihi 2 minggu hilang semasa penumpang KK4 di KK2 sibuk berpindah ke KK4.
2. Bas yang digunakan untuk ulang alik sejauh 60km Gambang-Kuala Pahang-Gambang tidak menepati piawaian bas yang layak digunakan untuk pelajar universiti. Pagi (0615), naik dengan bas yang pendingin hawanya terlalu sejuk dan apabila tengah hari/petang (1500/1800), bas yang digunakan adalah tiada pendingin hawa langsung dan ada juga bas yang memuntahkan asap diesel ke ruang penumpang.
3. Aku dan kawan-kawan serumah dah tunggu bas sejak cahaya matahari belum timbul lagi, tetapi apabila mengharapkan bas timbul, ada... tetapi terus membelok ke simpang lain. Bukannya satu, dua... tetapi hampir lima bas melencong ke simpang lain sedangkan ramai lagi yang belum menaiki bas di KK2.
4. Dewan kuliah serba baru, serba wangi, nampak canggih, tetapi sistem teknikal dewan masih lagi tak berfungsi. Terutama dewan M00DK1, iaitu dewan kuliah utama 1 FKM yang terpaksa menyebabkan pembelajaran di dalam dewan tersebut tertangguh selama 3/5 tempoh pelajaran kerana projector tak berfungsi, sistem PA tak berfungsi, pendingin hawa tak berfungsi sehinggakan 5++ jurutera (pensyarah dan staf serta dekan sendiri)tak dapat menyelesaikan masalah yang sepatutnya tak berlaku ini.
5. Begitu juga dengan dewan kuliah biasa semasa awal-awal penggunaannya. Pendingin hawa tidak berfungsi, projector juga tidak berfungsi.
6. Hampir 2000 pelajar menggunakan satu kafe yang sama yang kapasitinya hanya mampu menampung sehingga 300 pelajar sahaja satu-satu masa, perpustakaan mini yang dijadikan musolla hanya dapat menampung 600 jemaah, manakala surau perempuan terpaksa menampung hampir 100 jemaah di dalam surau yang kecil, tiada lampu, kipas dan kemudahan-kemudahan lain.
7. Jika sasuatu tertinggal di Gambang, jangan haraplah nak dapatkan semula dalam tempoh 10 jam.
8. H1N1 sudah menular di UMP. Menurut Meor, salah seorang rakan aku yang masih kekal belajar di Gambang, dalam post bertajuk Penularan H1N1 di UMP, menyatakan bahawa 40 orang telah dijangkiti dan beratus-ratus lagi telah menjadi suspek. Benar atau tak kenyataan beliau, tak kisahlah. Yang penting semuanya perlu menjaga kesihatan dengan lebih serius.

*****
- Bangunan di Kuala Pahang sudah canggih, tetapi kecanggihannya masih belum berfungsi. Tak pastilah kalau bangunan tersebut benar-benar sudah bersedia untuk digunakan.
- Lebih baik UMP sewa/beli bas kacang (bas henti-henti seperti yang digunakan oleh MARA Liner) untuk membawa pelajar UMP ulang alik Gambang-Kuala Pahang-Gambang. Penghawa dingin bas seperti ini takkan mengluarkan lebih banyak habuk berbanding udara dingin.
- Kepada yang telah dijangkiti dan dikuarantin, buatlah cara seperti orang sakit. Ikut sahaja arahan doktor. Jika tidak, bukan tenat jadinya, mungkin akan berlakunya kematian.

*****
Nota kaki:
1. Dulu Chikungunya, sekarang H1N1 pula.
2. Ada ura-ura UMP akan ditutup seminggu. Tunggu dan lihat sajalah.
3. Mengapalah sekarang... janganlah cuti sekarang. Di rumah aku tak ada sesiapa pun.
4. Adik aku yang duduk di asrama juga cuti seminggu kerana H1N1.

Post a Comment

1 Comments

  1. haha..byk gle mslh..
    tntg bas ump tu..
    member aku nek smlm g pekan..
    ko teka ape jadi?
    pintu bas tu tercabut..
    bengong y amat

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)