| 5 comments ]
G...G...G...G...Gagap! Inilah perkara baru yang aku perasan kebelakangan ini yang telah terjadi kepadaku. Sebenarnya, bukanlah baru sangat, cuma tahap kritikalnya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Semakin lama, aku semakin gagap. Aku pun tak tahu kenapa. Namun begitu, tahap gagap aku taklah sampai aku terpaksa berulang-ulang suku kata yang sama, cma tahap gagap aku adalah mengulangkan perkataan yang sama berulang-ulang kali sebelum perkataan lain keluar dari mulut aku.

Sebelum ini, belum pernah lagi aku gagap, sehinggalah pada zaman aku belajar di Kolej MARA Kuala Nerang. Di KMKN, aku telah ditempatkan satu bilik dengan Shafawi, atau lebih aku kenali sebagai Ustad. Dalam bilik penginapan kami yang kapasitinya empat orang setiap bilik, Ustad seoranglah yang gagap. Maka, bermula dari situlah aku menghidap sindrom mengikut tabiat orang. Dalam hal ini, aku terikut-ikut dengan dirinya yang gagap.

Semasa di KMKN, aku dah perasan akan keadaan aku yang sebegini, tetapi aku cuba untuk melawannya dan untuk jangka masa di sana, aku masih boleh mengawal tabiat baru aku itu. Namun begitu, setelah sekian lama, aku sangkakan apabila semakin jauh dari Ustad, aku tabiat gagap aku akan berkurangan, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Pengucapan aku semakin gagap tatkala aku tidak langsung bertindak untuk mengawal tabiat aku ini kerana sangkaan awal aku itu.

Sehinggalah di suatu ketika, seingat aku, Sapiah telah menegur aku 'gagap' semasa di dalam dewan kuliah baru-baru ini. Tegurannya menyebabkan aku tersedar bahawa tahap kritikal gagap aku semakin serius. Kalau tak serius, masakan Sapiah boleh tegur aku kerana kegagapan aku.

Kini, aku tetap cuba untuk terus mengawal gagap aku supaya tak menjadi lebih teruk. Aku juga terfikir, aku biasanya tak mengalami masalah untuk membuat pengucapan awam dan perbahasan, tetapi bagaimanalah pula aku boleh menjadi gagap dalam ucapan harian biasa aku?

Aku perlukan sesuatu ataupun seseorang untuk membantu aku kembali kepada normal. Aku bukanlah seorang yang lahir sebagai seorang yang gagap, tetapi aki dilahirkan sebagai seorang yang mampu bercakap lancar seperti biasa.

*****
Nota Kaki:
1. Cara-cara untuk tidak gagap:
- Berfikir sebelum cakap
- Bercakap ikut skrip
- Cakap yang perlu sahaja
- Hafal apa yang perlu dicakap
- Jangan cakap apa-apa, diam saja.

5 comments:

  1. ko sure yg sapiah tegur pasal gagap tu??

    haha...

    ko mmg semakin gagap n gugup..

    ReplyDelete
  2. Aku tak ingat...
    sebab serublum aku tak simpan memori sape yg tegur aku...

    mayb ko, mungkin hafizah, mayb someone else....

    aku just tembak ajer...
    hehehe

    ReplyDelete
  3. dengarnya lagi satu care nak ilngkn gagap,suh owg lain tmpa muke kite.hehe selamat mencube:)

    ReplyDelete
  4. Uh....rasenye mcm pnh ajer dgr citer neh...tp di mana ya...

    ReplyDelete
  5. x segagap hisyam p xpndi ckp huhuTuesday, July 21, 2009 9:15:00 pm

    sokong rathiqah azmira rosli...!!! hak3... nk aku tlg ke ikot teori die 2.. demi sahabat.. aku snggup ja hak3...

    pergh x sgke aku GAGAP sbnrye leh BERJANGKIT..?? bhye neh... kitorg nmpk sgt kne kuarantin ko lps neh.. by da way.. slmt mnyertai kelab gagap ump.. hak3...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.