| 3 comments ]
Aku berada di sebuah rumah di atas puncak bukit. Aku diberi tahu oleh penjaga rumah, aku telah diwariskan untuk menerima rumah dan tanah seluas 100 ekar daripada moyang aku dari 10 generasi yang lalu. Aku tak percaya. Takkanlah aku boleh terima harta ni mudah-mudah? Lagipun, aku bukanlah anak lelaki sulung untuk 10 keturunan berturut-turut.

Penjaga rumah tetap percaya, akulah pewaris rumah itu. Semasa aku dibawa ke halaman rumah, aku dijemput oleh dua wanita yang manis-manis rupanya. Tiba-tiba, dia menolak aku ke bilik bawah tanah. Keadaan gelap. Aku terdengar orang memanggil namaku.

"Hisyam, Hisyam, bangun!"

Aku sedarkan diri. Mimpi lagi! Azrul dan Kucai pagi-pagi lagi kejut satu rumah. Maklumlah nak bersiap untuk pertandingan futsal. Semuanya bangun seawal 6.45 pagi. Wah, memang awal!

Bersiap punya bersiap, semuanya siap dalam pukul 7.15 pagi, tetapi yang tinggal di rumah lain, tak tahulah siap atau belum. Tunggu punya tunggu, jam dah pukul 7.45 pagi. Barulah dapat kumpul semua orang.

Bertolak dari KK2, dengan kelajuan 130km/j memang menderukan kerana tinggap dibuka. Perjalanan ini adalah konvoi 2 buah kereta Kancil. Din pemandu Kancil pertama, Azrul pemandu Kancil kedua.

Sampai sahaja ke Plaza Futsal Kampung Tiram, semuanya pelik. Kosong? Aduh... kalau bukan sini, mana lagi?

Aku menerima panggilan dari Ayul, "Syam, kita orang lambat sikit, kena tahan polis."

Ah, masalah betullah. Sampai pun tempat kosong saja, yang lain, kena tahan polis.

Semuanya dah pening, tanya punya tanya, rupa-rupanya tempat itu dekat-dekat dengan UIA. Kepada mereka yang buta Geografi dan buta IPTA, di Kuantan ada kampus UIA juga, ya. Bukan semata-mata ada di Gombak sahaja. Kampus ini khas untuk perubatan.

Balik kepada tujuan asal post ini, kami mencari-carilah tempatnya sehinggalah terlajak sana, sesat sini. Akhirnya, sampai juga di dewan serbaguna lama Indera Mahkota yang dah jadi dewan hantu. Kenapalah dewan hantu ini yang menjadi tempat kejohanan. Ingatkan dah tak guna dewan ni lagi.

Masuk-masuk sahaja, perlawanan pertama bermula. Aku join pasukan Saphire FC. Nama pun macam hebat saja. Apa kata kita lihat keputusan perlawanan.

Perlawanan pertama, bermula pada jam 8.30 pagi di padang Emirates kerana kelewatan kami. Macam rajalah pula kami semua ni. Menentang pasukan yang aku tak tahu namanya. Yang aku tahu, kami tak dapat bip (sejenis baju latihan tambahan - bagi yang tak kenal, pasti beliau ini tak pernah bersukan, dan mereka pasti lembab dan mudah dibuli), Bakar pakai jersi Milan aku, di sini aku menerima kecederaan pertama aku, dan keputusannya adalah pasukan aku kalah 1-2.



Tengok Amin kita seorang ni, sempat bedal nasi lemak selepas perlawanan pertama



Perlawanan bermula pada... aku pun tak tahu. Tempat di padang Anfield Menantang pasukan... juga aku tak ambil tahu nama lawan aku. Sebelum perlawanan, aku terdengar namaku dipanggil oleh suara yang tak aku kenali dan mengucapkan good luck. Eh... Nad rupanya. Aku balas dengan senyum sahaja, kerana perlu fokus dalam perlawanan ini. Perlawanan sungguh sengit dan mendebarkan. Di sinilah juga kecederaan aku bertambah. Lebam pada badan aku juga bertambah. Aku berjaya menangkis lebih banyak cubaan pantas mereka. Semasa dalam separuh masa kedua, aku tergelincir semasa mahu membuat hantaran setelah menyelamatkan gol dari serangan lawan. Bola terhinggap ke kaki pihak lawan, lalu dia membuat rembatan paling kencang yang dia larat nak buat (tak kencang pun, sebab aku tak rasa apa-apa istimewa dengan rembatannya). Aku terus menepis bola rembatannya dengan pantas. Kemudian, wisel dibunyikan. Perlawanan dihentikan seketika. Pengadil datang merapati aku, aku ingatkan dia nak tanya aku ni single lagi untuk dia jodohkan dengan anaknya sebab aku ini handal sangat menjaga gol, rupa-rupanya dia menyeluk tangannya di dalam poket bajunya lalu mengangkat kad kuning ke udara. Inilah kad kuning pertama aku dalam karier bola sepak aku sejak 10 tahun lalu. Rekod permainan bersih aku tercalar! Keputusan perlawanan seri 2-2.

Sementara menunggu perlawanan ketiga, akhirnya, rakan maya aku sudah bertukar status kepada rakan realiti kerana aku dan Nad akhirnya bertemu dan bersembanglah sikit-sikit. Tak boleh lebih-lebih, dan aku bukannya ada niat lain nak ke sana, aku semata-mata nak main futsal sahaja. Nak mengorat, lain masa lah. (Baikkan aku ni?)



Ini muka pemenang atau pengalah?



Perlawanan ketiga ini penting untuk Saphire FC. Kami perlu menang untuk simpan harapan ke peringkat seterusnya. Perlawanan penuh debaran ini diadakan di padang Anfield. Serangan demi serangan aku halang. Segala usaha mereka aku gagalkan, kemudian... hantaran lintang kepada pemainnya yang tidak terkawal lalu bola itu dirembat laju menewaskan aku. Perlawanan ini sungguh mendebarkan kerana kesan daripada pembesar suara yang betul-betul ada di tepi padang. Kecederaan aku makin bertambah dengan luka-luka tambahan serta lebam-lebam tambahan. Perlawanan tamat dengan keputusan 0-2.

Saphire FC gagal ke peringkat seterusnya. Lalu, kami beransur pulang ke UMP pada jam 1 tengah hari. Ayul pula sempat merembat banner kejohanan.

*****

Konklusi yang aku boleh sertakan di sini:
1. Aku tak perlukan pemain solo 'Cristiano Ronaldo' di dalam pasukan aku.
2. Aku tak perlukan pemain berlagak pandai dalam pasukan.
3. Aku perlukan lebih team work daripada personal skill dalam pasukan.
4. Aku perlu beli kasut baru khas untuk permukaan turf.
5. Aku perlu ada set penjaga gol yang lengkap, agar tak mendatangkan kecederaan serius.
6. Aku perlu tingkatkan tahap aggresif, respon, ketahanan dan kepantasan untuk menjadi penjaga gol yang lebih baik.
7. Aku perlu yakinkan ahli pasukan aku bahawa mereka ada 5 ahli dalam padang, bukan 4. Penjaga gol juga boleh menjaringkan gol.
8. Nanti aku nak bawa Glucolin berperisa anggur pula.

*****

- Aku masih mengimpikan untuk memiliki pasukan yang paling kuat seperti yang pernah aku wakili, Tamingsari FC yang telah berjaya ke peringkat suku akhir dalam salah satu pertandingan futsal peringkat kebangsaan.
- Post ini juga ditujukan khas untuk tribute kepada bekas-bekas pemain Tamingsari FC: Apiq, Eziri, Yus, Faris, Komeng, & Azmi.
- Aku nak buktikan yang mereka (yang berkaitan) suatu ketika dahulu salah pilih penjaga gol kerana menyingkirkan namaku (tanpa ujian) dalam senarai latihan pusat negeri. Terima kasih, terutamanya Eziri & Yus kerana usaha untuk kembalikan namaku dalam senarai latihan walaupun gagal.
- Aku dah kembali ke padang semula setelah lama aku mendiamkan diri.

*****
Nota Kaki:
1. Nampaknya, Nad (Nadzirah) sudah 'naik pangkat' menjadi sahabat realiti aku. Harap dapat jumpa lagi.
2. Aku perlukan minyak gamat, minyak angin, minyak panas, & minyak urut sekarang. Aku tak perlukan minyak dagu mahupun minyak masak.
3. Kelakar aku rasakan apabila perlawanan untuk kategori wanita, jumlah tiupan wisel lebih banyak daripada jumlah bola disepak.
4. Kecewa kerana tak dapat bermain di Old Trafford.

3 comments:

  1. Haha. X sangka jumpa dekat tempat futsal lak. Well, anyway ske gak tgk cara hisyam tgkap bola. Mcm pro la. Tp seriusly x sangka hisyam dpt yellow card lak. Pengadil salah tgk kot...

    Apa2 pun next year ada lagi, maybe? So jom kt compete lagi. Aim nad nak try menang kategori pompuan lwn Masum. Mcm bole?haha

    Neway, nice meeting ya, surprise da naik taraf jd rakan realiti lak. hehe

    ReplyDelete
  2. @Nadzirah
    Haha...xkesah ler dia nak bagi kad apa pun... asalkan bukan kad merah...
    Kalu bg kad kredit platinum dgn ada USD 250K ok gak...hehehe

    Skang nih, kalu ade mase, nak train ag utk goal keeper...dah lame tinggal bola sepak, skang nak balik smle...

    4 nxt year, harap2 kite dpt g final... hehe...

    Welcome to reality life... ^^,

    ReplyDelete
  3. walla..wajah2 kite wajah juare bro...hehe...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.