Kembali ke kampus!

Sudah lama aku bercuti, banyak... erm... tak banyak... erm... agak banyak yang aku lakukan sepanjang cuti ini. Iaitu, makan, tidur, melayari internet, ber-facebook, ber-blog, mncantikkan blog, membina lebih banyak blog, memandu, kena kompaun parkir kereta, siapkan modul, mengajar, naik bas, melawat Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor, tercucuk durian, dan... banyaklah!

Setelah lebih dua bulan menjalankan aktiviti-aktiviti sihat ini, nampaknya masa amat mencemburui aku dengan teramat sangat. Tinggal beberapa hari lagi, musim persekolahan pengajian aku akan bersambung.

Hari ini, hari Sabtu, 4 Julai 2009, aku akan kembali ke kampus aku untuk check in sahaja. Esok barulah aku akan menetap sepenuhnya ke kampus aku. Kalau aku menetap malam ini, berseoranganlah aku di rumah yang bakal menempatkan 7 lagi kawan-kawan aku.



Mekanikal atau Sains Komputer, dua-dua pakai buku tebal



AKu tak tahu apa yang nak dikemaskan. Mungkin pakaian sahaja rasanya kerana barang-barang lain aku tak sentuh langsung sejak dibawa pulang semasa awal cuti dahulu. Ah, tak kisahlah apa yang nak dibawa, bukan mati pun kalau ada yang tertinggal. Agak-agak susah, aku boleh 'pow' dari kawan-kawan aku. Kemudian aku bayar balik lah.

Apa pun, kepada kawan-kawan lain, selamat menyambung pengajian kamu. Aku akan kembali ke dunia mekanikal aku, dan kamu kembali kepada dunia kamu masing-masing. Semoga kita akan bercuti lagi dalam tempoh 1 semester dari sekarang.

*****

Nota Kaki:
1. Soalan yang terbesar pernah aku terima sepanjang cuti ini masih terngiang-ngiang di kepalaku dan masih lagi tak mampu aku menjawab: "Kenapa dulu tak pilih sains komputer?"
2. Pelajar baharu sudah mendaftar. Apakah ada peluang nak 'berotak kiri'?
3. Kenapa subjek yang aku daftar belum disahkan lagi? Masalah betul lah.
4. Semester ini kena belajar Thermodynamic, Fluid Mechanic dan masi ada Electrical Technology?

Post a Comment

3 Comments

  1. SalaAm..

    Selamat kembali ke kampus. Sama2lah kita menjalani alam kampus..

    (Now in UiTM Arau.. Dekat ngan kolej..)

    ReplyDelete
  2. g perak eh??
    asal xsinggah umah?
    ahhaa...:P

    ReplyDelete
  3. @fie_na
    heheh... nak g kamunting jauh ag... g perak pon balik kg kat tapah ajer... kat kg kinjang...dekat ajer ngan lata kinjang...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)