Skype vs ooVoo

OoVoo (tulisan komersialnya sebagai 'ooVoo'), satu benda, spesifiknya lagi ialah sebuah perisian (software) untuk menghantar mesej segera (instant message - IM). Fungsinya sama seperti Yahoo! Messenger, Windows Live Messenger, Skype, dan perisian-perisian yang sama kategori dengannya.

Perisian ini masih lagi baru di persada internet (mengikut pandangan aku yang dikukuhkan faktanya dengan beberapa review dari luar). Katanya, ia baru sahaja dilancarkan pada September 2008 (sila tegur jika salah).

Aku pun baru sahaja dikenalkan dengan perisian ini semalam. Banyak kawan-kawan universiti aku menghantar jemputan (invitation) kepadaku melalui emel, lisan dan pelbagai cara lagi. Pada mulanya, aku malas nak layan benda-benda yang sebegini lagi kerana IM yang sudah ada dalam laptop aku juga sudah banyak (YM, Skype, WLM, Pidgin, Meebo Notifier) untuk memastikan aku sentiasa berhubung ke dunia luar.

Namun begitu, disebabkan keadaan internet yang amat manyukarkan di kawasan kolej aku ini, YM, WLM, Skype (kadang-kadang), Meebo Notifier (kadang-kadang), dan Pidgin tak dapat disambungkan ke dunia internet; aku telah lembut hati untuk menerima ooVoo sebagai ahli baru dalam laptop aku sekarang.

Dalam post ini, aku akan menulis beberapa ulasan dari sudut pandang aku sendiri dan terjemahan dari rewiew yang aku peroleh tentang beberapa keistimewaan, kelemahan, perincian, dan beberapa aspek tentang ooVoo serta perbandingan dengan pesaing terdekatnya, Skype:

*****



Antara Skype dan ooVoo, mana lebih hebat?



Sistem operasi:
Skype 4.0: Windows (XP & Vista), Mac OS, Linux GNU.

ooVoo 2.0: Windows (XP & Vista), Mac OS. Tiada versi untuk Linux GNU.


Panggilan video:
Skype: Panggilan seorang-ke-seorang pengguna sahaja. Tak boleh mengubah saiz tetingkap video. Membenarkan paparan penuh skrin (full screen).

ooVoo: Panggilan ke beberapa pengguna secara serentak. Panggilan video dengan paparan iklan untuk versi percuma. Saiz tetingkap boleh diubah. Tidak membenarkan paparan penuh skrin.


Muka sembang (Chat):
Skype: Bersembang dengan emotikon.

ooVoo: Bersembang dengan emotikon. Bersembang dengan paparan iklan.


Penghantaran Fail:
Skype: Tiada had maksimum. Boleh menghantar fail pukal secara serentak.

ooVoo: Had maksimum 25MB. Penghantaran pukal tak melebihi 20 fail.


Rakaman panggilan telefon / video:
Skype: Dengan menggunakan perisian tambahan pihak ketiga (third-party software) seperti Pamela dengan bayaran (€ 15 = RM 75.60) atau lebih.

ooVoo: Percuma untuk bulan pertama, dengan had rakaman selama 1 minit. Tiada had bagi pelan ooVoo Super ($ 10 = RM 35.50 sebulan).


Persidangan Berganda (Multi Conference):
Skype: Tidak disediakan untuk persidangan berganda bagi persidangan video, tetapi persidangan suara (voice conference) boleh menampung sehingga 24 pengguna serentak termasuk panggilan ke telefon tetap atau Skype.

ooVoo: Pakej percuma membenarkan persidangan video sehingga 3 pengguna serentak, manakala untuk pelan Super ooVoo, boleh menampung hingga 6 pengguna serentak.

untuk review asal, anda boleh ke laman tersebut dengan klik DI SINI.

*****

Ulasan dari sudut pandang aku: Skype lwn ooVoo:
1. Sistem operasi: ooVoo tiada versi untuk Linux GNU. (Skype 1, ooVoo 0)

2. Senarai Panggilan: Bagi paparan penuh skrin, Skype boleh menyenaraikan sehingga 21 senarai panggilan (tanpa perlu skrol) manakala ooVoo hanya mampu menyenaraikan 10 senarai panggilan serentak. (Skype 2, ooVoo 0)

3. Paparan antara muka: Paparan Skype dioptimakan untuk senarai panggilan. ooVoo menggunakan banyak ruang untuk butang pintas (shortcut button) yang kebanykannya tidak perlu bagi pengguna biasa (majoriti pengguna di seluruh dunia). Ruang iklan untuk ooVoo dan terlalu banyak butang pintas hanya mengusutkan lagi paparan antara muka. (Skype 3, ooVoo 0)

4. Paparan tambahan (Extended view): Skype menggunakan paparan tambahan untuk ruang sembang dan paparan tambahan boleh menampung seberapa banyak ruang sembang yang ada, dapat mengoptimakan ruang di Taskbar. ooVoo menggunakan paparan tambahan untuk tips pantas dan import senarai panggilan yang tidak kritikal penggunaannya. Untuk ruang sembang, ooVoo perlu menerbitkan lebih banyak tetingkap baru. Penggunaan taskbar tidak dapat dioptimumkan. (Skype 5, ooVoo 0)

5. Ruang sembang: Sebahagian besar ruang sembang ooVoo hanya untuk ruang iklan. Ruang sembang tidak dioptimumkan. Kedudukan nama user dan mesej dalam baris yang berbeza, akan menyebabkan kekeliruan jika dalam persidangan berganda. Susunan bagi Skype lebih baik dan tersusun. (Skype 6, ooVoo 0)

6. Kualiti panggilan video: Kualiti bagi ooVoo lebih baik berbanding Skype dan dapat menampung lebih banyak pengguna dalam satu-satu masa. (Skype 6, ooVoo 2).

7. Panggilan suara: Skype membenarkan panggilan dibuat ke seluruh dunia, dengan cara Skype-Skype atau Skype-panggilan tetap dengan kaedah pembayaran prabayar atau pascabayar. ooVoo hanya boleh melakukan panggilan ke USA dan Kanada sahaja bagi panggilan ke talian tetap. Kualiti panggilan ooVoo-ooVoo lebih baik dari Skype-Skype. (Skype 7, ooVoo 3)

8. Kemampuan untuk terus online: ooVoo mempunyai reputasi yang lebih tinggi. Mampu terus sentiasa bersambung ke internet walaupun dengan internet yang perlahan. (Skype 7, ooVoo 4)

9. Kreativiti: ooVoo menyediakan aplikasi yang lebih menarik tanpa memerlukan perisian pihak ketiga. (Skype 7, ooVoo 5)

10. Grafik: ooVoo menggunakan grafik yang elegan dan menarik minat rara-rata pengguna baru. (Skype 7, ooVoo 6)

11. Pautan pintas: ooVoo lebih banyak menyediakan pautan pintas untuk pengguna-pengguna yang perlukan pautan pintas. (Skype 7, ooVoo 7)

12. Penggunaan optimum: Ruang- Skype (Skype 8, ooVoo 7), Memori - (Skype 9, ooVoo 7), Sambungan internet (Skype 9, ooVoo 8).

13. Keselesaan pengguna: (Skype 10, ooVoo 8)

14. Mesra pengguna: Skype memudahkan lebih banyak setting boleh diubah. ooVoo hanya mampu mengubah beberapa setting sahaja. (Skype 11, ooVoo 8)

Secara keseluruhannya, aku lebih berat kepada Skype kerana keselesaan yang diberikan kepada pengguna. ooVoo perlu lebih mengambil perhatian tentang setiap apa yang mereka lakukan agar menjadikan penggunanya lebih selesa dan lebih mesra pengguna.

Post a Comment

4 Comments

  1. haha byk gler fakta smpi aku xtao pe yg aku nk auta hehehehe...

    tp pape pun ko bljr2 la gne oovoo syam oii xksh la 11-8 ke.. 3-2 ke... 2-0 ke.. hak3.... ^_^

    sbb xksh brp kosong pun ko kne sdr kat u ko 2.. skype dah xleh pakai.. asyik cnnecting jek... haha.. so wat la kputusan yg lbeh bjak.. tp kan.. lmbab gler anto file gne oovoo.. 12-8 yek d c2 hehehe...

    ReplyDelete
  2. bagus2..aku baru nak study.. mana bagus... tengkiu prof!

    ReplyDelete
  3. kesimpulanye marilah kita sama2 menguninstall skype..
    jgn lupe add ooVoo akus..\(^^)/

    ReplyDelete
  4. wah ada yg lg advance drpd skype eh

    mesti cuba ni ^_^

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)