Tak tahulah apa nak jadi

Aku menulis bukan nak menjadikan blog aku sebagai ruang emosional, tetapi sebagai ruang untuk aku menjalani terapi aku. Apa kamu kisah? Inikan ruang aku, ikut suka akulah nak letak apa pun dalam blog aku ini.

Aku tak nak marah, aku tak nak mengamuk dan aku tak ada mood pun nak marah-marah. Nak fikir marah pun dah malas.

Cuma, aku perlukan sedikit ruang untuk meluahkan sesuatu dari dalam hati aku yang bisa menjadi nanah yang memakan hati aku ini. Tambahan pula, aku tiada siapa yang sudi menjadi pendengar bagi masalah aku, sekurang-kurangnya, ada yang sanggup membaca luahan aku di sini.

Berikut adalah beberapa perkara yang sememangnya nak aku luahkan juga.

1. Aku tertekan dengan mamat-mamat yang menumpang di rumah aku ini. Pada mulanya seorang, kemudian bertambah kepada dua, tiga, empat dan kini, lima! Ini tak boleh jadi! Kalau menumpang, buatlah cara menumpang! Aku cuma hormat seorang sahaja dari mereka (Shawki) kerana dia dah aku tahu dari awal dia akan menumpang, dan ada juga menegur kami sedikit walaupun jarang. Yang lain-lain, dah lah datang tak dijemput, tegur pun tak pernah, kuat merokok pula, asal saja main computer game, kau semua jerit kuat-kuat macam nak runtuh rumah. Macam nak cari gaduh pun ada. Aku main computer game jugalah! Aku tak jerit macam kau! Aku miss gol aku pun, aku jerit tak ada sampai bilik sebelah dengar jeritan kaku! Ini pula, kau jerit kalau boleh sampai hujung blok nak kau kasi dengar!

Kalau merokok pula, tak reti nak merokok di luar? Kalau nak merokok dalam rumah pun, bukalah tingkap dan pintu luas-luas! Sudahlah ambil rokok yang busuk baunya! Nak merokok, pakai Dunhill lah! Lagi wangilah! Nak berbau pun radius 2 meter sahaja! Rokok kau sampai ke belakang rumah boleh bau! Baju aku pun siap bau rokok sekali! Kotak rokok pula letak merata-rata! Tak reti nak kemas? Aku tak larang kau nak merokok. Aku pun bukanlah anti perokok, tapi kau kena faham, 7 daripada 8 orang penghuni rumah ni, bukan perokok! Aku bukan perokok! Bapak aku yang merokok di rumah pun cover line juga supaya asap tak merayap satu rumah! Pakai Dunhill lagi, bukan macam kau orang rokok hangus mana kau orang dapat!

Ini lagi satu hal, kalau nak ajak kawan-kawan datang, aku tak larang nak bersosial, tapi tanyalah penghuni tetap rumah ni dulu! Sudahlah kereta dia orang letak merata-rata, kereta kami mana mahu letak? Dalam jamban? Kereta kawan-kawan kau orang yang kena letak jauh-jauh! Ingat kamu VVVVVVVVVIP? Kalau Sultan nak datang pun kereta dia letak jauh-jauhlah! Baginda lagi suka berjalan! Kamu semua malas nak berjalan! Kalau nak letak kereta, jangan ambil ruang letak kereta kami! Apabila kami block kereta kamu, boleh pula nak mengada-ngada minta kami alihkan kereta!

2. Aku dah tak ada wang untuk belanja! Aku dah kering! Aku tak tahu nak buat apa lagi. Awal-awal semester mesti pakai banyak wang. Aduh, masalah betul!

3. Aku geram dengan perkhidmatan internet yang ada. Kalau SIPUT BABI lumba lari dengan masa nak load Gmail, aku rasa SIPUT BABI boleh sampai Kuala Lumpur dululah! Skype aku tak boleh nak online, Yahoo! Messenger pun sama! Inikan pula Facebook! Aku dah bosanlah! Aku pun perlu bersosial dengan kawan-kawan aku di universiti dan negara lain! Takkan nak biarkan aku dan kawan-kawan seperti katak yang mati terlanyak di bawah tempurung? Aku rasa katak di bawah tempurung lebih majulah dari aku! Dulu kata hebat sangat nak buat kelajuan internet ni lebih laju dari kilat, tetapi apa yang aku rasakan, SIPUT BABI lagi lajulah! Entah-entah, SIPUT BABI BUTA lagi laju. Ingat! Aku bukan lagi manusia yang zaman pakai cawat semata-mata nak tutup aku punya p***i, sekarang, kalau terlewat sesaat, dah boleh dikatakan ketinggalan zamanlah! Aku dah bosan dah dengan computer game yang aku main. Nak main gitar pun dah tak tahu nak main lagu apa. Nak keluar? Dah puas keluar dengan rakan serumah aku. Aku cuma perlu khabaran kawan-kawan aku di luar sana!

4. Kalau mood aku dah tak baik, apa kerja pun tak jalan. Aku takkan buat apa kerja pun jika mood aku tak baik. Kau ingat aku robot? Aku ada perasaanlah! Walau aku tak pernah menangis sejak darjah satu, aku tahu apa itu sedih, gembira, marah, kecewa, bosan, rindu, sayang, kasih, dan tertekan!

5. Apa nak jadi dengan masalah air? Bilik air di rumah aku siap ada dua, cuma tinggal satu sahaja yang boleh digunakan kerana satu lagi bilik air dah tak ada air. Air di Malaysia banyaklah, takkan ada masalah lagi? Kasihanlah kawan-kawan aku yang terpaksa beratur menunggu giliran dan terpaksa berkongsi dengan mamat-mamat yang menumpang sekali!

*****

Sebenarnya banyak lagi yang aku tak puas hati, tetapi biarlah yang lima ini aku nyatakan dahulu.

*****
Nota Kaki:
1. Terubat sedikit ketegangan aku tadi semasa kelas Engineering Mathematics (Numerical Method). Aku sangkakan pensyarah aku oranganya berumur 40-an ke atas, tetapi tadi, pensyarah sementara yang masuk. Muda pula, masih 'cik' lagi. Manis-manis orangnya. Terpesona sementara aku di samping berusaha untuk fokus dalam kelas tadi.
2. Juga sedikit terubat apabila SMS aku kepada Miss N dibalas dan aku sedang berSMS dengannya.
3. Aku meminta maaf sekiranya terdapat beberapa perkataan yang kasar digunakan di dalam post ini. Perkataan ini bukanlah digunakan untuk menghina mana-mana pihak, cuma digunakan untuk situasi yang berkaitan sahaja.
4. Setiap perkataan yang digunakan dalam post ini harap dapat dipertimbangkan sendiri oleh pembaca. Aku tak bertanggungjawab jikalau kamu tersalah / menyalah tafsir perkataan-perkataan yang digunakan.

Post a Comment

2 Comments

  1. hohoho.....terasa aku...aku pon menumpang gaks kat bilik ko dulu....tssskk....ko tido atas lantai, aku tido atas tilam...wink2

    ReplyDelete
  2. hmm demo marah dgn saing aku ke..??
    tokse gitu... saing aku mmg gitu smngat sokmo hehe... psl air... bkn mu ke yg beratur lme n last mndi ritu..?? bkn mmber mu kan...?? hek3...

    drpd kucai...
    sabo2 la syam... diorg lmbt lg nk pndah.. huhuhu...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)