| 4 comments ]
Jam 8.00 malam, semasa aku melayani internet di rumahku, aku menerima panggilan dari nombor yang tak dikenali.

*****
A = Aku
X = Pemanggil tak dikenali

A: Helo.
X: Helo. Syam, ko nak pergi fun fair tak?
A: fun fair? Bila?
X: Sekaranglah kut. Dalam 8.30 malam aku datang ambil kau di rumah. Ok?
A: Aku ok saje. Tapi, ni sape?
X: Ni Din lah. Tapi ko jangan makan tau! Kita makan kat luar.
A: Ya... ya. Aku belum makan lagipun.
X: Nanti kau tunggu Ayul, aku lambat sikit.

Tunggu punya tunggu, ayul datang dalam 9.30 malam.

Aku cuba menelefon Ayul, rupa-rupanya sudah berada di depan rumah aku.

Pada mulanya, aku, Ayul dan Syafiq sampai dahulu di gerai makan di Taman Sepakat. Nak tunggu Din. Katanya pergi Giant dahulu. Din sampai dengan Diyana, Lili dan Akma.

Lewat punya pasal, minta makanan pun lambatlah. Ayul pula boleh hilang tanpa dikesan. Lewat kemudian, barulah dia kembali dengan Hafizah dan Fadilah.

Habis makan, kami terus ke taman tema yang terletak di sebelah pasaraya Giant.

Tiket masuk berharga RM3.00. Satu token berharga RM2.00. Banyak cantik mereka ini semua. Telan duit sahaja. Namun begitu, untuk malam itu, reda sajalah.

Tiga token pertama digunakan untuk menaiki Tom Gun kalau tak silap namanya. Sejenis permainan ekstrem yang memerlukan konsep rotational factor dan juga gravitational force. Semuanya ada dalam silibus Dynamics yang aku ambil pada semester lepas.

Pengembaraan menaiki yang nama kampungya, kapal pusing ini untuk kali pertama agak mendebarkan kerana aku adalah seorang yang gayat. Aku adalah seseorang yang gayat pada tempat yang tinggi dan terbuka. Inilah dinamakan Acrophobia ataupun Altophobia.

Untuk mengelakkan aku memikirkan tentang fobia aku, aku mengalih pemikiran aku dengan memperkatakan orang lain. Kali ini, Syafiq menjadi mangsa.



Dari kiri: Ayul, Din, Syafiq, Aku, Fadilah, Diyana, Akma, Hafizah (depan). Lili mana? Hilang?


Semasa menaiki kapal pusing, aku duduk di sebelah Syafiq. Aku cuba menenangkan diri sebaik yang mungkin. Permulaan yang menyebabkan aku kecut perut. Bagi setiap pergerakan yang terhenti di udara, aku sentiasa melawan daya tentangan, menyebabkan aku menggunakan lebih tenaga. Kemudian, aku cuba untuk merehatkan otot aku agar tidak mengalami stress daya graviti melampau.

Pada ketika itulah dalam kepala keluar segala formula-formula fizik yang aku pelajari sebelum ini. Semua berkaitan dengan daya, daya pusingan, daya sentripetal, tork, mikro graviti, g=0, dan sebagainya.

Namun begitu, aku telah berjaya menentang fobia aku. 'Perjalanan' ini membuatkan aku agak pening-pening lalat kerana reseptor keseimbangan badan, mata dan telinga memberikan isyarat yang berbeza lalu menyebabkan otot aku menerima rangsangan seperti orang yang agak mabuk selepas minum todi.

Kemudian, Diyana terlalu teruja untuk naik kapal pusing untuk kali kedua. Din yang sememangnya telah pun 'mengaku kalah' dengan kapal pusing itu terpaksa akur dengan permintaan Diyana. Aku menemani mereka untuk menaiki kapal pusing untuk kali kedua.

Untuk kali ini, aku lebih kepada membiarkan badan aku mengikut ayunan yang diberikan dan bukan menentang arah ayunannya. Ketika itu aku lebih tenang dan sempat menyanyikan lagu raya di dalam kapal pusing itu.

Siapa kata aku tak pening? Rasa sebu pada perut pun dah terasa. Namun, aku mengawal pernafasan aku agar tak mengakibatkan kejadian yang tak patut berlaku daripada berlaku.

Tamat sahaja 'perjalanan' kedua, aku kembali kepada normal. Namun, berlainan pula yang terjadi kepada Din. Kesan tindak balas graviti, daya pusingan, dan mikro graviti mengakibatkannya dia dalam keadaan pening dan seluruh sistem badannya tidak selesa.

Dia hanya mampu duduk dan berehat sahaja.



Sementara menunggu Din memulihkan diri, kami sempat lagi bergambar.



Taman ria itu ditutup pada pukul 12.30 pagi. Namun, dengan keadaan Din yang tidak seimbang, dia tak boleh memandu demi keselamatan orang lain. Kami hanya mampu menunggu sehingga Din pulih sedikit. Lalu, banyaklah rawatan tradisional, moden, pra-sejarah, pra-moden, millenia, dan sebagainya dikenakan kepada Din. Nasib baiklah tak ada pengamalan rawatan ilmu hitam, selain daripada aku bergurau tentang bilik aku berhantu.



Rawatan kecemasan paramedik tak bertauliah.



Kasihan juga aku lihat si Din. Kena buli dengan Diyana.

Jam sudah menjengah hampir 1.00 pagi. Apabila Din sudah pulih 70%, kami terus ke rumah aku.

Sebenarnya, aku punyalah risau kerana tak pernah-pernah aku bawa pulang ramai kawan (8 orang - 4 lelaki, 4 perempuan), tambah-tambah lagi ramai perempuan. Mengikut pengalaman aku, sebelum ini, hanya sekali aku membawa pulang kawan perempuan ke rumah, iaitu sebanyak dua orang, tetapi bersama-sama dengal lagi 4 kawan lelaki aku. Selain pada itu, aku tak pernah membawa perempuan pulang ke rumah, melainkan kawan perempuan aku yang datang untuk melawatku.




Siri gambar semasa di rumah aku: Mereka ibarat tak pernah umpa surat khabar



Mereka berehat dalam 30 minit, sambil menonton TV dan menghantar gambar-gambar secara Bluetooth. Dalam pukul 1.30 pagi, pereka pulang ke UMP manakala aku terus berada di rumah.

*****

Pengalaman ini meletakkan aku kepada satu lagi ujian ketahanan diri aku untuk mengatasi Acrophobia ataupun Altophobia. Apa yang penting, aku telah berjaya melepasi ujian yang aku letakkan pada diri sendiri.

*****
Nota Kaki:
1. Memang tak masuk akal aku bawa pulang kawan-kawan pada tengah-tengah malam buta. 4 perempuan? Tak pernah aku lakukan sebelum ini!
2. Walaupun aku agak sosial, tetapi aku terlalu jarang sekali membawa pulang rakan ke rumah. Malah, ada kawan-kawan aku tak pernah tahu langsung aku tinggal di Kuantan, walaupun kami berkenalan di Kuantan.
3. Kalau aku dah naik kapal pusing sebelum aku ambil peperiksaan Dynamics, pasti aku akan lulus cemerlang!
4. Sekarang, aku sedang memikirkan bagaimana nak mengatasi Batrachophobia.

4 comments:

  1. haaa
    kt tepi giant 2 ek
    da bkk!
    nk gggggggg

    ReplyDelete
  2. hahaha...beshhh gilerr... naik kapal pusing...aku nk naik lg!!!!!

    ReplyDelete
  3. haha..ayul xbersalah...ayul kate kete tu memg xleh bwk laju2...tuan nye kete xkasik...im innocent..!!tulun2

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.